Wednesday, 31 July 2013

Siput 2013


Ini cerita awal ramadhan hari tu....
Acara wajib kita setiap tahun bila bulan puasa, makan siput. Papa tu kalau bulan puasa ja mesti teringin. Macam biasa, port kita kat Gerai Mak Siti la...mana lagi. Kalau pi awal sikit tak ramai orang, kalau lambat, ramai. Kali ni kita pi awal-awal puasa sebab kita dah tau mama akan masuk ward dan buat operation kan. Sebab tu papa ajak awal Ramadhan ni . Kalau mama dah bersimen kaki, kayra dengan papa pun tak dapat pergi.

Tak banyak jenis siput yang ada malam tu. Empat jenis ni je yang ada. Yang ini sample siput yang dibagi kita untuk tengok dulu. Kayra tu pilih macam dia yang nak makan...


Senarai harga makanan. Harga siput tu untuk sepinggan...


Belakang kiri siput duri, siput unam dan kepah... tiga tu saja. Mama tak makan siput unam sebab baunya. Tapi papa suka pulak...


Kayra tak makan pun...Tapi seronok je lebih....


Kepah ni manis je rasanya. Baru ambik kot...


Siput duri, pilihan mama setiap kali datang ke warung Mak Siti  ni....


Kami makan siput dengan ais bobo. Ala, macam ABC je tapi ada keladi ke aiskrim keladi ntah mama lupa...


hmmmm..... habis siput unam papa makan. Mama tak makan siput tu.....




Tu je lah nak cerita. Tak tau apa lagi nak cerita pun...sekarang duduk terlantar saja atas katil, cukup time turun bawah buka puasa. Semua papa uruskan. Mama cuma basuh tangan dan makan saja. Time sahur, papa hulur je satu mug fresh milk. Papa pi kerja, Kayra pi school, mama duduk lah rumah sorang-sorang. Serius cakap, untuk orang yang aktif macam mama, bila diuji tak boleh bergerak macam ni, mula-mula memang akan rasa blur dan tak tau nak buat apa. Nak tengok tv pun tak ada selera.... betul tak tipu...

2 comments:

  1. tulah zam pun kata siput unam tu sedap. hari tu dia tak ambil sbb kawan dia tak bagi ambik. kawan dia kata nampak cam kulit siput babi.sat gi dia muntah

    ReplyDelete
  2. kikikiki.....eeeiii...tak baik cakap siput tu cam tu.....siput unam bau dia kuat sangat....

    ReplyDelete