Tuesday, 23 July 2013

Suratan Dan Kebetulan


Hari tu kan semua dah sedia maklum mama sakit kaki kan ?  Jumpa doktor lepas cedera tu saja dan doktor tu tak cakap apa-apa dan cuma dibagi ubat tahan sakit. Dah lega sikit mama pi urut. Sekali urut, tak ok, tukar tukang urut, pi kat orang lain lagi sampai sakit hilang.  Mama ingatkan terseliuh biasa saja sebab mama boleh jalan cuma jalan mama macam robot, tak boleh jalan macam biasa. Dalam ertikata lain, mama jalan macam orang sakit, seret kaki, Walaupun pada hakikatnya mama memang tak rasa sakit lansung.
Ada sekali lagi  pi jumpa doktor kat hospital swasta dan dibagi keputusan yang buat mama rasa nak pitam.  Lepas tu takda dah jumpa doktor mana pun sebab keputusan yang dibagi tu pun tanpa ada proof dari segi imaging image ke apa. Tengok tu, mama cuba nak menidakkan hakikat ke apa ?
Ok, mama terus berurut, kali ni kat orang lain pulak.  Tukang urut ni cakap berlawanan dengan yang doktor tadi cakap. Katanya bagi saya urut kaki ni dua kali seminggu sampai baik. Ok. Mama teruskan sampai enam kali rasanya, tetap macam tu jugak. Dalam masa yang sama, mama tetap jalan seret kaki dan tak ada kesakitan yang dirasakan.
Tak boleh jadi, akhirnya....pada tanggal 11Julai 2013, mama bulatkan tekad nak jugak jumpa doktor. Kali ni hospital lain pulak. Bila jumpa doktor tu dan dia cakap....  Tendon achilles Rupture. Wah, nak pengsan rasanya.  Terus hari tu jugak admitted ward. Tapi sehari je la. Boleh pulak nak test macammana rasa duduk wad dulu. 
 Food tester mama masa kat wad..  Mama rasa nak demam bila dengar doktor cakap tadi tu. Ye lah, kalau sapa yang kenal mama mesti tahu mama ni penakut doktor , tak suka makan ubat. Lansung tak hospital friendly. ( Boleh tera tu ? )

 Lagi satu, masa penyembuhan mesti ambik masa yang lama jugak. Kesian kat Kayra. Tak dapat la mama nak tumpukan perhatian mama sangat kat dia dalam tempoh tu. Tapi tak apa, untuk sementara waktu ni, kita kena berkorban jiwa dan raga sampai la mama dapat recover balik.

Tarikh pembedahan dah ditetapkan pada 17 Julai 2013 (hari rabu). Tapi selasa nak kena pi hospital dah sebab insurans nak imaging report. So, doktor cadangkan buat ultra sound saja. MRI mungkin tak berbaloi katanya sebab kalau insuran reject dan operation tak jadi, mahal pulak nak membayar. X ray memang tak nampak lah. So, ultrasound katanya dah memadai.

Pagi rabu 17 Julai. Staff hospital bagi mama baju ni. Berdebar rasa sebab baju ni la yang akan mama pakai masa pembedahan. Sampai ke jam 10 mama masih tak tahu pukul berapa pembedahan mama akan dibuat.
Pagi tu, papa mintak Tok Honey tunggu mama masa operation, tapi disebabkan mama masih tak tau lagi pukul berapa Tok Honey nak keluar lah sekejap.
Jam 12.30 mama dibagitau yang mama akan dibawa ke bilik pembedahan. Terus call tok Honey dan papa. Tak sempat sampai mama dah dibawa masuk. Kat depan bilik bedah, mama tengok ada sorang patient tu menangis sakit lepas operation. Mama dah cuak. Sempat lagi terserempak dengan doktor dan cakap dia kalau boleh mama takmau la simen sampai atas sangat. Dia kata Kena simen sampai bawah lutut. Hmmm...
Lama jugak tunggu turn. Dah la nak cucuk tangan untuk suntik ubat susah bukan main nak cari urat. Doktor kata kapilari kecik.
Sampai giliran mama. Tangan dah cucuk ubat. Ibu jari dah dikepit dengan alat apa ntah macam pengepit baju tu. Pastu mama dibagi sedut gas. ala, macam alat bantuan pernafasan tu. Mama ingat ayat last yang nurse tu cakap, sedut ni, ada bau gas sikit. Ok, mama sedut dua kali sempat mengucap, rasa bergoyang dan lepas tu mama dah tak ingat apa-apa.

Sedar-sedar mama dah ditolak keluar dari operation theatre. Kaki mama dah bersimen dan mama nampak tok Honey dan Tok Yang. Leganya sebab mama tak rasa sakit pun. Syukur.

 Sepanjang mama kat hospital. Yang susah payah kesana sini Papa lah. Pagi-pagi kat rumah siapkan Kayra, hantar Kayra pi school, kalau sempat tengahhari jenguk mama sekejap kat wad. Lepas tu ambik Kayra bawak ke hospital jumpa mama, lepas berbuka balik. Rutin selama empat hari mama di wad. Hari pembedahan tu Tok Honey berbuka kat Wad dengan kita sekali. Mama nak letak gambar tapi gambar tak cantik la. Goyang-goyang. Terima kasih papa sebab layan mama masa mama sakit ni. I Love u papa.

Mama, kayra so sad mama in hospital. Tapi ketawa tak berenti-renti. Mula-mula tu memang Kayra blur, tak faham kenapa mama masuk hospital. Tapi lama-lama macam faham jugak. Dah besar dia...

 Lepas ni, memang berbulan la kena pakai benda alah ni. Sampai la tendon tu baik kan ? 

 Kaki berbalut. Doktor kata nak buat tiga kali simen untuk tiga kali pergerakan pergelangan kaki. Simen kali pertama akan dibuka 29 Julai 2013 ni. So, lepas ni ada 2 kali lagi simen. Fuhhh...lap peluh..

 Mama tak tau apa nama benda alah ni. Mama panggil Frame saja. Untuk mudahkan pergerakan. Yang ini hospital punya. Pinjam.

Kena biasakan dalam tempoh mc ni makan berpantang. Tapi doktor tak cakap apa pun yang tak boleh dimakan. Cuma katanya, elakkan makanan gatal macam udang. Tapi, kata doktor sesetengah orang boleh aje makan udang tu kalau tahan. Gatal-ke tak gatal ikut penerimaan badan masing-masing. Telur boleh makan sebab sumber protein, begitu jugak dengan ikan.  Katanya, as long you makan antibiotik, tak ada apa-apa.

 Hari pembedahan tu alhamdulillah mama tak rasa apa-apa. Tapi hari kedua tu sangat sakit ok. Dua kali mama mintak ubat tahan sakit. Tapi kali ketiga dah tak boleh, nurse cuma bagi mama panadol saja. Sebab tak boleh ambik dos berlebihan . Tapi sakit tu sangat sakit, menyucuk-nyucuk.

 Di hospital mama di ajar guna frame ni. Mudah bergerak. Nanti mama balik kampung ambik frame ni kat rumah tok. Tok pernah guna alat ni masa baru lepas kena stroke dulu.

 Dua kali fisioterapi mai ajar mama guna tongkat. Leceh guna tongkat tapi kalau guna tongkat , kaki kanan mama tak la lenguh sangat sebab masa kita berjalan dengan menggunakan tongkat, tekanan akan diberikan pada tangan bukan macam frame, kaki kanan yang akan menanggung beban. Mama beli tongkat ni kat hospital dengan harga RM 74.

Papa snap gambar ni masa hari mama nak discharge dari wad. Yang bersembang dengan mama tu Niza, agen insurans mama.  Masa ni tengah tunggu urusan pembayaran. Tapi papa tak dapat ambik balik deposit sebab ada beberapa hal lagi hospital dengan insurans. Bila dah  issued baru boleh ambik. Best jugak kalau dapat guna wheelchair. Nanti nak pinjam wheelchair tok jugak lah.


Panjang lebar entry mama kali ni. Mama tau mesti ramai jugak tertanya-tanya kenapa mama tak update blog. Sebab hal ini lah. So raya ni, memang mama beraya dalam kedaan kaki bersimen. Mama redha walaupun rasa kesian sangat kat papa dan Kayra.




p/s : Mama tak sempat nak pi beli baju raya kat booth kawan mama si Syuhada. Booth baju raya dia ada banyak baju cantik-cantik. Dia bukak kat Village Mall Sungai Petani sebelah kedai Eumas.So sad tak dapat pi. Sapa-sapa nak beli baju raya pergi lah k wakilkan i  :(




4 comments:

  1. sis... apa puncanya ya? pastuh rasa camne sebelum detect tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Puncanya main bola jaring, mungkin warming up tak cukup kot. Masa nak start lari rasa macam something kat kaki, macam kena pukul, rasa macam ala macamamana nak cakap ... macam pembaris kita patahkan. Pastu ingatkan terkehel, urut2 tak ok jugak. Bila dah hilang sakit dua tiga hari tu, jalan macam robot, tak boleh lipat pergelangan kaki masa berjalan. Pastu pi doktor, dia suruh berjengket, memang tak boleh la. Kat belakang kaki antara tumit dengan betis tu ada gap. Macam urat yang keras belakang tu dah tak ada. Dalam pada tu, memang ada terjatuh jugak dekat site (kerja kat tapak pembinaan), kaki masuk dalam lubang. :)

      Delete
  2. sabar yer kak ida..semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) tengah sabar la ni yan

      ....sop...sop...sop

      Delete