Menjejes-jejes peluh nak menaip ni sebab malas sangat. Mati lah kalau orang tanya makna menjejes sebab mama pun tak tau yang sebenarnya tapi mama pernah lah tengok perkataan ini ditulis tapi tak ingat la kat mana. Tak apa lah, biarlah nak guna sekejap. kikiki.....
Sukan... Well cakap pasal sukan, memang letih dan penuh drama. Walaupun mama bukanlah atlit. Tapi syok jugak setahun sekali. Dan.... disebabkan sukan ini jugak mama menanggung sakit sampai sekarang tak lega-lega. Jalan pun dah macam robot. Pi doktor katanya urat keting putus, pi tukang urut katanya salah urat, nak serah kaki untuk doktor bedah tak berani, tunggu punya tunggu sampai ke la macam ni.
Inilah puncanya, netball. Rasanya tak ada pun orang letak pisau kat leher pun paksa-paksa main netball. Depa tanya saja, nak main netball tak. Mama tanpa fikir banyak, terus saja setuju. Ye lah kan, badan pun dah makin besar ni. kalau dapat lari-lari tu dapat jugak la berpeluh, bakar habis lemak-lemak degil ni.
Oleh kerana dua daerah membentuk satu team, berlatih pun nun jauh di Perda sana. Well, sanggup pergi sana tu. Ye lah kan, mana nak tau malang tak berbau.
Masa belum kena tu memang la bersukaria je. Enjoy je gelak-gelak. ada orang kata mama tak mintak izin dulu nak tumpang main kat situ. Mana mama tau aih. Baca bismillah dah cukup la rasanya. Nak mintak izin kat sapa ?
Dua hari selepas kejadian. Mama pi lawan bowling. Dalam dok sakit tu. Sakit kaki kan, bukannya tangan. Feeling atlit terhebat la padahal asyik ke longkang saja. Ini gambar kami satu pasukan.
Ini nombor mama. Pemain ke 5. Rasa macam tak ada ong saja nombor ni.
Lawan bowling kat sunshine square. Malam. Tinggallah Kayra kat papa sekejap. Papa tu, mama ajak pi takmau.
Kami kalah, kesian kan kat kami ? Mama teruk sangat malam tu.
Permainan tradisional yang paling mama suka. Congkak. Suatu hari, mama akan ajar Kayra cara nak main permainan ni. Sangat seronok ok.
Dalam masa yang sama, gelanggang batminton turut dibuka. Mama pemain simpanan. Nama dibagi sebelum cedera. Lepas cedera, tumpang nama sajalah. Kesian kan kat mama ?
Walaupun demikian. Perjuangan mama dalam sukan tahunan kali ni diteruskan lagi. Tak boleh guna kaki, tangan ada kan. Seronok...
Cerita macam mama sorang saja main congkak. Tu ha kawan-kawan mama. Hebat depa depa ni.
Kadang-kadang mama mesra alam sikit, pemain lawan pun mama ajak bergambar sekali. Ala, bukan orang lain, kita kawan-kawan jugak. Satu jabatan.
Gambar kami berempat. Sebenarnya satu pasukan lima orang tapi sorang lagi mana ntah. Sarapan kot. Si baju kuning tu pengurus pasukan merangkap penyokong setia ( Hajar, takkan pengurus tak sokong ye tak? ) Tengok mama duduk silang kaki, kaki sakit, memangku kaki tak sakit....
Ada lagi gambar tertinggal rupanya. Dua lagi kawan mama.
ini plak gambar kawan-kawan mama yang join hari tu. Sebahagian ye sebab semua kami pi dengan 5 bijik kereta. Acara congkak dah habis, acara batminton pulak sedang berlansung. tapi belum sampai giliran team mama.
pantang nampak kamera. Pusing sana posing, pusing sini posing.
Ha, baru cukup satu team congkak. Walaupun kami hebat tapi kami tetap kalah jugak. Kikiki. Bukan nombor dua, bukan nombor tiga tapi nombor empat.
Candid-candid. Saja nak letak gambar ni sebab bos mama kat belakang tu.
Nak letak jugak gambar ni. Fizah and me.
Part of team. Mereka bermain bersungguh-sungguh.
Tulang belakang kepada kemenangan kali ini. Walaupun bukan kemenagan utama tapi sekurang-kurangnya bernombor. Tahniah Linda dan Mahani.
Fuh, selesai sudah cerita sukan. Gambar-gambar dan cerita di atas adalah sukan yang melibatkan mama sahaja. Sukan yang mama tak ada kena mengena tak adalah gambar. Acara penutup pun mama tak join sebab papa dan Kayra ambil mama awal hari tu.
Kaki mama masih tak ok. Tolong doakan ye...
Fuh, selesai sudah cerita sukan. Gambar-gambar dan cerita di atas adalah sukan yang melibatkan mama sahaja. Sukan yang mama tak ada kena mengena tak adalah gambar. Acara penutup pun mama tak join sebab papa dan Kayra ambil mama awal hari tu.
Kaki mama masih tak ok. Tolong doakan ye...
Bowling pada 8/5/2013 dan congkak pada 11/5/2013
1 comment:
bersukan sungguh mama kyra ni...baju pink tu kan yang kita tukar suka sama suka...
Post a Comment