Kejadian berlaku pada 7.3.2015. Cik Kayra merengek nak mandi swimming pool. Bukan hari tu saja dia merengek. Dah berhari-hari merengek nak mandi swimming pool. Papa dah gatal tangan, gatal telinga dah nak call book Northam Hotel Penang. Mama kata tak payah la papa, tak payah la buang-buang duit nak ke pulau sana, kayra nak berendam dalam pool saja. Kita cari la mana-mana yang dekat dan murah.
So, nak dekat dan murah, pada dua tiga malam sebelum kejadian tu, memulunla papa kita surf google yahoo semua untuk dapatkan maklumat tentang dimana ada penginapan sebentar dan murah yang ada swimming pool supaya dapatlah anak perempuan dia yang seorang itu berendam barang sejam dua atau dalam ertikata lain sampaila si anak itu tidak merengek lagi nakkan mandi di dalam swimming pool untuk satu tempoh masa tertentu.

Dan akhirnya, kita memilih untuk menyewa sekejap di Suria Apartment. Tau tak kat mana ? Kat Bukit Merah tu ja. Perjalanan daripada rumah kita tak sampailah satu jam bahkan rasanya tak sampai 45 minit pun.
Dan ada swimming pool yang besar dan luas. Harap-harap puaslah hati anakanda bersiram. Anakanda sulung kesayangan papa.
Tengok tu anakanda papa. Berlenggang dia berjalan, si gadis tersayang manja, Jelingan yang manja.
Matanya lirik-lirik selalu. Rupanya manis-manis ayu.
Puas hati lah sangat tu...
Suria Servis Apartment yang berada dibawah pengurusan Bukit Merah Lake Town Resort. Masa kita pergi tu dalam proses untuk menamatkan pengurusan. Macammana nak cerita ek ? Ok, macam ni. Dulu Setiap bilik kat apartment ni ada owner sendiri dan ada yang masih belum terjual. So Bukit merah lake Town Resort mengambil inisiatif untuk meletakkan satu pengurusan utuk menguruskan sewa bilik-bilik kat situ. Kiranya jadi macam hotel la, kalau nak bilik, pergi ke receptionist dan book atau call saja. Tapi lepas ni, Pengurusan tu dah takda dah, kalau nak book kena call owner sendiri (itupun kalau ada owner yang masih nak sewakan bilik).
Hari Jumaat malam Sabtu kita check in. Rasa scary jugak sebab tak nampak orang pun kat situ. Kita ambik bilik studio ja. ada dua katil single dan sofabed. Peti ais ada , kipas dan aircond . Tak lupa jugak cerek serta almari pakaian beserta tv. Ha kau, mama cerita...
Semuanya keranamu, demi kamu anakku.
Kat atas bilik tengok pool rasa bestnya dan tak sabar-sabar. Bila turun dan kolam di depan mata, adalah rasa regret sikit, poolnya tak sebersih yang disangkakan. Mungkin dah lama tak digunakan. Papa tu boleh sampai terfikir nak ajak tukar pi duduk hotel mana-mana. Tapi nak buat apa, kan kita dah bayar. Sabar je la sekejap, lagipun bukanla teruk sangat pun kolam tu.
Tapi Kayra apa kisah, yang dia tau, dia nak kolam mandi yang besar dan dia boleh berendam dan bawak mermaid tu. tapi puas la dia berendam pagi tu. Oh ya, pool buka jam 9. Sebelum itu kita menyusup keluar pi RNR beli nasi lemak. sampai sebelas setengah kita kat situ. Mama juga bawak sandwish maker dari rumah, so pagi tu kita bersarapan sandwish sardin dan nasi lemak kat tepi kolam.
tengahhari kita keluar makan lepas tu masa otw balik bilik kita singgahlah sekejap dalam theme park Bukit merah sebab cik Kayra kita ni merengek lagi nak beli pelampung pulak.
Perut mama yang dah makin membesar ketika ini, dah masuk 7 bulan dah. Bakal kakak pula dengan cheeky face, menambah rasa bahagia mama.
petang tu turun berendam lagi. kali ni dengan pelampung frozen berwarna biru. Dah sombong dah sekarang, dah takmau kolam kanak-kanak lagi. Lebih suka terapung kat kolam dewasa.
Amboi seronoknya Kayra. bagai dreams come true gitu. Nak kolam, nak pelampung. Suka bangat.
Nak dijadikan cerita, malam tu kita pi Taiping tau. Pi makan kat Taiping. Hotel panorama. Mama teringin gila sharksfin soup. Lepas makan kita masuk taiping Central. Hujan kat Taiping malam tu. Sampai apartment Suria dah hampir 11.30 malam. Ada la jugak nampak orang. Hilang sikit rasa takut.
Pada pagi itu kita sambung lagi mandi. Nak bagi puas lagi hatinya. Hai la anak...
Bertiga lagi masa ni secara rasmi, secara tak rasminya berempat tapi baby masih di dalam perut mama. InsyaAllah Mei nanti bertambah lah seorang lagi ahli keluarga kita.
ok kita checkout tengahhari tu. Singgah makan sat lepas tu gerak pi Pulau. Targetnya nak pi makan kat sana pulak. Dalam perjalanan dapat wassup group bertubi-tubi kawan-kawan dok bagitau Harun Salim bachik meninggal kat RNR Bukit Merah. Hmmmm baru saja kita kesana kelmarin beli nasi lemak, hari ni dia meninggal kat situ. Ajal tak menunggu kita kan ? Kat mana-mana pun kalau dah masanya, berpisah juga kita dengan dunia. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Berbalik kepada kisah kita, petang tu kita ke Teluk Tempoyak pulak, makan ikan bakar. Jam 6 petang baru start makan, so malam tu, pukul sepuluh jugak la kita sampai ke rumah.
Well, panjang lebar pulak cerita mama kali ni. Best jugak lepak Suria apartment tapi papa kata kalau nak lepak situ jugak lain kali, papa akan pi tengok dulu kolamnya macammana.
xoxoxo

1 comment:
Tempat Berhantuš„²
Post a Comment