Tuesday 21 July 2020

Pangkor...short vacay...The Day after Corona...



Setelah sekian lamanya tak keluar berjalan bercuti duduk hotel dan merehatkan diri jauh dari kesibukan untuk melapangkan sebak di dada...ha nampak nau ayat ni... Maka PapaMama telah membuat keputusan untuk membawa anak-anak yakni Kayra dan Audra untuk berehat sekejap dengan bercuti ke Pulau Pangkor. Lama dah kan terkurung. Kampung pun dah balik, Taiping pun sama. So sekarang masanya untuk kita bercuti kita-kita je. Tuisyen kakak pun tak tak buat secara online weekends, kakak dah boleh pi tuisyen kat centre weekdays. So lapang sikit jadual kita. Tapi tak lama la, sehari je tidur sana. Sat, tak tau macammana nak mula ni, mama dok pusing ayat je ni.



Jumaat 17.7.2020  kita baru book hotel resort, esok ni dah nak pi dah ni. Bilik pun tak banyak dah tinggal, yang ada pun kata depa family room je harga dalam RM190 ada dua katil queen. Ok lah papa kata. Malam tu kemas-kemas baju, esoknya papa kata kita gerak pukul 5 pagi , subuh kot tengah jalan. Mama mengemas sampai jam 1 kot malam tu walaupun baju-baju dan kelengkapan untuk sehari sahaja. Dan betullah kata orang, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Jam 5 kita bangun, bersiap-siap, solat subuh, jam 7 baru kita gerak. Sarapan pagi pun dah dekat Pantai Remis. Hajat hati nak round-round Lumut dulu, tak sempat lah nampaknya, kita kejar feri jam 12. Tapi nasib baik, ada feri awal jam 11.30 kita dah dapat naik. Anyway, kita naik feri kat Marina Lumut.


Happy la dua-dua orang tu sebab dah lama tak berjalan tambah-tambah Audra first time datang Pangkor, kakak pun dah lama tak mai sini lepas peristiwa papa kena keracunan makanan. Cerita lama papa, pelik sebab kita makan semua yang papa makan, mungkin dalam banyak-banyak udang dalam mangkuk, satu ekor tu tak berapa elok dah, atau dalam sup sepinggan ada sotong yang dah busuk, manalah kita tau kan. Tapi yang mama ingat, lepas tu papa cakap dah tak mau mai dah Pangkor. Nasib la setelah beberapa tahun dibukakan hati papa untuk bawak kita kesini lagi.


Panjang sangat pulak intro, Jam 11.10 pagi papa dah settle beli tiket feri, lepas bergambar dua tiga keping teruslah kita ke 'balai pelepasan', entahla nama apa tempat feri parking tu mama tak tau belasah ja la. Jam 11.30 kita dah atas feri. 
Tak lama pun atas feri tu agaknya dalam 15 minit je kot atau tak sampai pun kita dah sampai ke Pulau pangkor. Sampai kat pulau kita tak terus cari van untuk terus ke resort. Standard la kat sana naik van pink. Kita berjalan jap kat area-area kedai kat situ sebabnya kan Pangkor dah jadi pulau bebas cukai, nak tengok la macamman keadaan kedai kat situ apa yang ada, mama tak nampak apa melainkan ada dah jual coklat sikit-sikit dan dikatakan ada kedai pinggan kat pangkor, tapi kat mana?
Dah merayau kita makan tengahhari jap kat situ, papa cakap papa dah lapaq. Anak-anak mama takmau makan nasi, nasiblah ada jual ayam gunting kat seberang jalan. Lepas makan kita naik van ke teluk nipah

Excited je dapat naik van. Pengalaman pertama Audra naik van kat Pul;au Pangkor.


. Satu van kita berempat je RM16. Dalam perjalanan dari dalam van kita dapat tahulah kat mana tempat jual corell kedai DCK ke kalau tak silap mama kat Pasir Bogak. Driver van tu lah bagitau, dia cakap kalau nak turun pun boleh, bayar extra lagi RM10 dia tunggu. Tapi kita malaslah, kita nak sampai awal sebab nak cepat-cepat pergi snorkeling.



Teluk Nipah banyak chalet kat situ, ramai dan meriah malam-malam. Kali ni chalet kita kat Pangkor Bayview Resort. So check in, dapatkan kunci, naik bilik, mandi , siap-siap dan keluar ke pantai. Kayra audra nampak dah tak sabar dah sebab papa janji nak bawak snorkeling. So kita suvey-survey dulu pakej yang ada dan ternyata semua harga yang ditawarkan kat situ sama saja.



Dah dapat yang puas hati, kita balik ke hotel kita siap-siap dan gerak keluar. Semangat nih nak bersnorkeling. So beli roti untuk makanan ikan, bekal sikit makanan, kasut semua kena tinggal, pakai jaket keselamatan, pastu jom naik bot.

Naik bot dan menujulah kita ke Pulau Giam. So happy sebab dapat tengok ikan semua, mandi laut lagi. Happy anak-anak mama.

















Dah turun bot dari Pulau Giam, kita sambung pulak mandi pantai kat sebelah sini. Seronok betul KayraAudra main air. Pasir pulak putih bersih. Gembira la depa.




Balik  chalet sambung pulak mandi pool. Suka hati lah nak oi. bila malam menjelang, dah penat semua. Keluar sekejap beli makanan , merayau-rayau lebih kurang lepas tu balik bilik dan tidur tak sedar diri.






So esok berendam lagi. Sarapan kat tepi pantai dan siap-siap untuk balik.



Upload dua gambar pulak, tak apalah, kira halal lah... hehehe




Selamat Tinggal Pangkor Bay View, KayraAudra nak balik dah. Nanti insyaAllah kami datang lagi.




Sebab gambar ni cantik, mama upload lagi satu ...




So happy to be here setelah sekian lama terkurung. Till we came again...

xoxo



Thursday 2 July 2020

PKPP Pasca PKPB.... cerita kita seribu makna...






Hampir tamat sudah episod duka cerita terkurung dah hampir tidak boleh kemana mana. 


Apabila Menteri pendidikan umum semalam sekolah akan dibuka tidak lama lagi dan kes baru cuma satu kes dan bukan dari penularan tempatan, dah dapat rasa Malaysia dah hampir menang melawan wabak covic 19 ini.



Untuk kenangan yang tidak mungkin terlupakan PKP atau RMO di Malaysia bermula pada tarikh 18 Mac 2020 dan berakhir pada 9 Jun 2020. PKP adalah Perintah Kawalan Pergerakan atau dalam English RMO (Restrict Movement Order).
Bila ini berakhir...
Dan mama rasa satu kehilangan. Perasaan bila mama terpaksa lepaskan anak-anak kembali kesekolah, kembali kepangkuan guru-guru dan kembali kepangkuan kawan-kawan mereka. Mama akan rasa rindu bila balik kerja disambut anak-anak.



Sebenarnya Audra dah mula ke kindy semalam iaitu 1 Julai 2020. So Happy la dia. Mama je tak happy sebab kena tambah bayaran yuran , cikgu kata untuk tampung keperluan SOP kerajaan, so semua tu mak bapa yang kena tanggung. Tak apalah, asal audra kesekolah, syukur dah mama. Tapi sebenarnya risau jugak ni, ye lah, bdak-budak boleh ke nak follow SOP penjarakkan sosial semua tu? Apapun mama harap anak-anak mama di bawah lindunganNya selalu.


Kakak pula akan kesekolah pada 15 Julai 2020. Dan kerajaan memang mengotakan janji untuk mengumumkan pembukaan sekolah pada dua minggu awal. Macam biasa nampak keterujaan kakak untuk kesekolah semula. Tapi sebelum tu, macam-macam permintaan kakak nak makan itu ini, nak kesana sini sebelum kesekolah semula.


Tapi sayang betul hajat kita nak ke Langkawi akhir bulan ni sebelum sekolah buka terpaksa kita tangguhkan sebab sekolah akan buka awal dari tarikh rancangan kita. Sengaja papaMama tak mau ke Langkawi awal-awal ni takut pack sangat dengan pelancong tempatan yang nak bercuti ke dalam negara. Dan nasib baik jugak kita tak book lagi ro-ro. Takut nanti burn je kalau tak jadi sebab mamaPapa rasa sayang jugak nak pontengkan kakak dan audra dari school. Jadi kita tangguhkan je la dulu percutian kita ni. Banyak masa lagi, nanti kita berjalan la. Ada banyak masa, mama pun rindu dah nak jalan-jalan. Langkawi lama dah tak pi, apatah lagi Pangkor, sejak Audra lahir tak jejak lagi kita ke Pulau Pangkor.

Tapi apapun kita harus bersyukur, pandemik ni buatkan kita lebih muhasabah diri, lebih berjimat dan kita rasa (terutamanya mama) lebih suka berada di rumah. Tambah-tambah lagi waktu tak payah keluar kerja hari tu, bahagia je rasa...




xoxo









Monday 25 May 2020

Covic 19 Eid 2020M 1441H




💓💓💓💓




Berlalu sudah ramadhan sebulan berpuasa, tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira...

Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa...

tapi tahun ini...


tidak terjadi...

sebab tahun ini berbeza, semua dilarang mudik ke desa berhari raya. Kalau nak balik jugak silakan, takkan sampai ke kampung, denda dan saman yang sampai..

Untuk keluarga kita, semua serba sederhana. Ada jugak baju raya itupun sebab mama tempah awal, sebelum puasa dah tempah dah, Baju kurung tradisional sebab anak-anak mama wajib berbaju kurung pada hari raya pertama. Kalau tak sempat tempah hari tu gamaknya memang tak adalah baju raya. Dapatlah satu kegembiraan yang tak ada beza dari tahun sebelumnya...

Raya ahad kan, hari sabtu tu kiranya hari terakhir ramadhan pagi-pagi papamama dah keluar hajat hati nak beli daginglah kat market. Tapi ya rabbi punya lah ramai orang beratur nak masuk market tu. Pastu kan, papamama pi cari cari kat kampung-kampung ada la jugak jual daging lembu kat tepi-tepi jalan. Dapatla kila sekilo setengah daging dan sekilo paru lembu. Pastu cari lagi jumpa plak orang jual ayam, beli la seekor setengah. Pastu ke tempat lain plak, market yang tesorok sikit dapatla beli santan. Pastu balik rumah cepat-cepat sebab KayraAudra tinggal kat rumah kan... Kanak-kanak tak digalakkkan keluar rumah lagi. bahaya kan sebab virus korona masih dimana-mana.

Tahun ni kita tak balik berhari raya kat kampung. Tapi anak-anak mama dapat kegembiraan berhari raya di rumah sendiri. Papa awal-awal dah tempah ketupat dan rendang. Lemang plak papa nak beli malam raya tu kat tepi jalan yang selalu ada tiap kali raya tapi malangnya habis pulak, yang ada tinggal semua orang dah tempah. Tak ada rezeki kita makan lemang raya pertama.










Pagi-pagi raya pertama tu bangun awal-awal. Panaskan rendang, rebus ketupat, masukkan kuih raya dalam bekas dan hidang cantik-cantik atas meja. Lepas tu mama siap susun baju raya yang dah siap iron untuk kita semua pakai. Serba hijau kita semua pagi tu.






Dah siap semua kita bergambar dulu. Tripod tak ada tak apa, no hal, tangga papa angkat untuk jadikan tripod, ha kau...

Best jugak gambar raya dalam rumah sendiri. Tak pernah kita begini. Inilah pertama kalinya. Covid 19 bagi peluang kita beraya di rumah sendiri.










Lepas bergambar sakan kita makan hidangan raya di atas meja makan kita sendiri. Best pulak pakai cantik-cantik dan makan di rumah sendiri.







Lepas makan papa cakap, 'jom kita balik rumah Tok Honey ? ' Masalahnya rumah Tok Honey tu kat Taiping Perak, kita pulak kat Penang. Rentas negeri mana boleh papa...
Tapi papa cakap kita cuba je la, kalau rasa tak lepas kita patah balik..
So kita cuba-cuba..





Akhirnya lepas jugak. Masalah nak masuk sempadan negeri je.Bila dah lepas ok je kita. Sampai jugak kita ke rumah Tok Honey. Tapi tak bergambar pun dengan Tok Honey sebab Tok Honey tak pakai pun baju raya. Tapi tak kisah, janji kita dapat jumpa Tok Honey pada hari Raya. Tok Honey kan sorang je kat rumah tu.







Lepas Sejam dua kat rumah Tok Honey. Kita balik la. Kita tak cadang nak bermalam kat sana dah nama pun langgar arahan rentas negeri, so jangan le lama-lama k.
Tapi masa on the way balik sempat la kita singgah sekejap bergambar kat Tasik Taiping.

















Lepas tu kita makan jap kat Hotel Panorama. Eh !! tak balik lagi...








ok, lepas makan kita gerak la.


Masa otw nak jejak je sempadan kita lalu roblock, polis tanya jugak kita kemana, papa cakap kita masuk Perak sekejap bergambar. Memang kita bergambar pun kan...
Lagipun kita tak beraya, kita cuma ke satu rumah saja, dan dua tempat lagi kita tida contact sentuhan dengan sesiapa pun lagi...insyaAllah kita tau apa kita buat hari tu. Lagipun dah PKPB dah kan. Syarat dah makin longgar. Di Perak dah boleh buka premis perniagaan.


Sesungguhnya, Aidilfitri 1441H pada tahun ini, indah dengan caranya yang tersendiri...

#kitajagakita




xoxo