Wednesday, 5 December 2012

Tempat berteduh kita yang terbaru....


Jeng jeng jeng....kita ada barang baru. Papa kita dah lama minat benda ni. Kata papa masa dia kecik-kecik dulu dia selalu teringin nak beli khemah sendiri. Kata papa lagi, dia suka bercamping tapi tok honey tak berapa nak benarkan. Ye lah, tok honey mestilah risau anak dia pi berkhemah dengan kawan-kawan. Kalau mama pun risau...
Ok, berbalik kepada cerita khemah. Huish, penat ooo kita nak cari kat mana nak beli. Kita naik car4, Giant, Tesco, jusco di seluruh Penang, Kulim dan Perak semata-mata nak cari yang murah dan yang berkenan di mata papa. Survey punya survey, cari punya cari last-last kita beli kat Giant jugak. Ala, Giant yang dekat dengan sunshine belah pulau sana tu. Papa tu hajat hati nak beli coleman tapi fikir punya fikir tak jadi pulak papa, sebab mahal sikit dan sebab papa nak ambik yang besar sikit, tak kisah jenama asalkan besar dan harga berbaloi.
Lepas dah beli tu, tunggu dua tiga hari kita balik kampung. Papa balik test pasang khemah kat rumah maklang dengan paklang. Ada jugak kita try pasang kat rumah kita tapi leceh la, takut kena dinding, bercalar nanti dinding rumah kita. hehehe...

Pagi ahad tu, bila mama keluar rumah, mama nampak papa, pak lang dan mak lang tengah bekerja keras kat luar.


Perasmian pemasangan khemah pertama papa kita


Dan kamu Kayra, terlompat-lompat seronok.


Pada dasarnya dah siap, tegangkan dan kemaskan apa yang patut.


Kerja-kerja terakhir adalah meletakkan  penutup atas.


Kerja ni kena buat dua orang barulah cepat. Suasana berkabus kan kawasan rumah mak lang ni.


Dah siap ke ?


Entah apa lah yang dibincangkan dua biras ni...


Bila pak lang masuk dalam, kamu pun sama masuk.


Ya, meraikan selesainya sebuah tugas.


Settle. Sebuah khemah pertama  milik papa.


Lepas ni bolehla kita rancang nak berkhemah kemana-mana. Tapi berkhemah ni kena ramai-ramai, bahaya kalau kita bertiga saja. Biar papa saja buat keputusan kat mana kita nak camping nanti, kita ikut saja. Tapi takkan nak bercamping kat balkoni rumah saja kan ?

5 comments:

  1. nanti boleh la kayra tidoq ngan mama kt dlm khemah tu

    ReplyDelete
  2. bestnya tgk view kampung kak ida. gambar yg paling atas tu nampak sungguh cam kat hutan. bestnya.......... berkabus

    ReplyDelete
  3. ingat camping kat Cameron.. sekali kat kampung da.. bestnya ada kampung cam ni.. bleh feeling2 dok kat cameron :)

    ReplyDelete
  4. Tumpang tanya, harga khemah yang untuk 6 org tu berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Liyana...
      Rasanya dalam harga RM250 macam tu la....Dah lama beli, dah lupa...

      Delete