Tuesday 26 March 2013

Macam pelancong la pulak....



Kayra tau pasaipa mama buat blog ni ?
Sebab mama nak catatkan kenangan kita di sini. Suatu hari nanti mama nak Kayra baca dan tengok gambar-gambar kita. 



Kita duduk Penang. Walaupun bukan kat pulau sana tapi kita tetap tinggal di Negeri Pulau Pinang. Selalu kita ke pulau sana. Makan nasi kandar, jalan-jalan kat padang kota.
MamaPapa selalu sembang-sembang masa-masa santai kami, dan papa selalu sebut nanti satu hari mesti Kayra bila dah besar akan cakap kat kawan-kawan Kayra yang mamaPapa selalu bawak Kayra jalan-jalan ke Pulau masa kecik-kecik dulu. Macam mamaPapa bercerita pasal masa kecil kami. MamaPapa nak, nanti Kayra akan kenang apa yang kayra pernah lalui. 





23 Mac 2013  Kita naik feri hari tu. Tak pernah rasa jemu naik feri. Sangat nostalgia tau....



Angin kuat menampar-nampar muka. Walaupun cuaca sangat panas sekarang ni tapi bila dapat angin yang macam tu, rasa nyaman je.....



Kita bertiga. Masih bertiga. Tak tau lah bila nak dapat rezeki berempat pulak......



Disebabkan kita nak feeling feeling macam pelancong hari tu, makanya haruslah kita pergi ke tempat tumpuan pelancong yang mesti tidak mesti pergi.  :)



Souvenir yang harus dibawa balik jika datang melawat Penang. Jeruk Madu pak Ali.
Kita pun beli jugak....



Bergambar kat tengah-tengah jalan, ada jugak gambar.



Kat lorong-lorong ada kedai-kedai macam ni. Banyak rupanya. Mama pun tak pernah sampai lagi...



Pelancong mesti makan cendol kat tepi jalan, kita pun makan.....



Beli buah berangan ?  Ya, harus. Walaupun kita tak suka berangan-angan.



Papa-daughter. Love hate Love. Sangat jelous tengok depa bersuap-suapan. Takmau kawan... !!!



Naik jejantas dan berhenti bergambar. Wajib



Masuk dalam KOMTAR. Kat tingkat tiga. Nampak benda ni.



Apa benda panggil benda ni ?  Ada banyak tempat kita jumpa. Apakenama tu ?  Arca karikatur ka ?



Mama pun nak, mana aci....



Dan kamu, bila tak larat nak jalan, cakap saja, papa akan dukung. Mama penat  berjalan, jalan slow la sikit, jangankan nak dukung, siap marah suruh cepat sikit. Diskriminasi betul....



Mama dah tak boleh dukung kamu. Kamu dah sangat berat ok. Eh, tengok tu kat belakang kita, bangunan KOMTAR kan ?



Jauh jugak papa bawak dia begitu. Memang anak papa betul la. Anak bertuah...



Ingat Perak saja ke ada Kuala Kangsar, Penang pun ada tau...



Jumpa lagi kat belakang lorong market.



Dah penat berjalan, kita rasa lapar. Call maksu ajak keluar sekali tapi tak dapat pulak. Jadi kita bertiga sajalah nampaknya makan-makan.



Ini kat Padang Brown. makan cucuk-cucuk. Sedap. Berpeluh-peluh mama makan. Kita bertiga makan dalam 20 cucuk kot, papa tambah lagi dengan sate. Serius cakap, sate tu memang sedap. Mama lupa mama makin gemuk. :)



Pi Tanjung Tokong main kat playground sekejap. Sebab kesian Kayra, asyik-asyik berjalan kat tempat orang dewasa saja.



Papa-daughter time again



Buai laju-laju....




Dalam satu jam kat situ main-main dan kita terus gerak ke tanah besar ikut jambatan pulak. Tapi kita tak terus balik. singgah lagi kat Megamall Perai saja jalan-jalan. Keluar dari situ jam 8.30 tiba-tiba dapat sms maksu tanya kita kat mana sebab tadi tu ribut dan angin kuat. Kita kat dalam shopping complex tak sedar apa.


Well...hari sabtu berlalu jua....


Sambung balik cerita....


Sudah bersawang blog  tunggu cerita ni.... :)

Hari terakhir di Jb. Hahaha...memang sangat singkat kita singgah kali ni. Datang dari Penang semata-mata nak pi Legoland. Tak apa dan tak kisah asalkan mama hilang stress dengan kerja berlambak-lambak hampir dua bulan tu. (Tapi lepas ni pun banyak kerja jugak, sebab tu dah tak sempat nak update blog ) Tak percaya ?  Ini lah buktinya, dah dekat sebulan tapi tak settle-settle lagi cerita JB.  :)

Pagi tu Kayra bangun ceria sangat sebab cukup tidur semalam. Masa ni kita otw nak pi sarapan.


Tapi dia bukan makan sangat pun. Asyik main game saja. Mama ? usah ditanya , rezeki jangan ditolak ....hehehe


Pencuci mulut mama. Kelassss....


Lepas tu naik bilik, mandi, bersiap-siap dan turun untuk checkout. So Kayra sempatlah say bye bye to dragon. Oh ya, kat hotel ni memang ada sebiji dragon Lego ( betul ke perkataan yang mama guna ni ?). Ini mesti Legoland yang bagi untuk promote kan ?


Abang Syahir yang akan hantar kita ke perhentian bas sebab kita akan naik bas express ke Airport.


Kita ke CIQ dan kalau nak ambik causeway kena pergi ke terminal bas laluan Singapore-JB dan jauh jugak la kita berjalan disebabkan kita tak biasa dan tak tahupun arahnya. Jenuh la bertanya orang.


Abang Syahir yang baru je start kerja kat situ pun masih tak tahu selok belok kalau nak ambik bas kat sini. Apa la abang Syahir tu. Tapi akhirnya kita jumpa jugak dia kat bawah.


Bergambar macam pelancong pulak kita.


Ok, bagi yang nak tahu. Kalau nak ambil bas causeway ke Senai boleh naik kat Aras 1B Level 1B di laluan Singapore- JB.  Bas-bas akan parking sekejap kat situ untuk ambik penumpang dan tak salah mama, bas-bas tu dari Singapore ( kalau salah tolong betulkan mama ye ? )


Dan papa sempat lagi bertemuramah dengan driver bas.


Lama jugak kita menunggu sebab kata driver tu shifnya dah habis, nak tunggu driver lain katanya. Tak kisahla, lagipun flight kita lambat lagi kan ?


Nampak gayanya hari tu kita sajalah penumpang dalam bas tu. Agaknya tak adalah orang nak naik bas di hari isnin yang permai ni ye tak ? 


Perjalanan dengan bas dari JB ke Airport Senai ambil masa dalam 50 minit jugaklah itupun sebab kita naik bas express, kalau naik teksi jenuhla kita nak bayar tambang yang ikut meter tu sebab jauh dan jem yang boleh tahan jugak. Bas ni pun memang straight away ke airport. Papa beli tiket secara online seminggu awal lagi.


Sambil-sambil duduk menunggu, mama mintak papa ambilkan gambar kita. Besar airport ni dan moden. Tunggulah nanti bila airport Penang dah siap renovate nanti, rasanya setaraf dengan senai jugak.


Menunggu lama-lama pun jemu jugak kan ? Tapi kita tak kisah sangat sebab kita boleh sambil-sambil bergambar. :) Tak lama lepas tu kita dah dengar panggilan penumpang.


Ok, flight dah sampai. Cepat-cepat Kayra.....


Senyum Kayra bila stewardess tu say hi kat dia. 


Cari tempat duduk dulu. Pastikan betul dengan nombor yang dibagi.


Papa berebut dengan Kayra nak duduk tepi tingkap. Malu sikit....
Tapi sebab nak ambik gambar kipas kapal terbang, tak apa lah....hello, mama cakap kat papa takkan tiap kali naik flight nak ambik gambar kipas tapi papa pandai balas pulak...mama tu tiap kali mesti nak ambik gambar nombor kapal terbang dan nak ambik gambar kat tangga kapal apa cerita pulak. Ok, kita senyap....


Dah sampai Penang. Baru lepas hujan.... Kayra rindu rumah....


Maksu jemput kita, makan-makan dan pi Giant pulak lepas tu (lepas melancong kita pi shopping barang rumah ok...) Lepas hantar maksu kita terus gerak balik Nibong Tebal. Esok school dan mamaPapa pulak nak pi ofis. Tak ada cuti rehat kat rumah esoknya. tapi kita tetap happy. Cuma mama risau kayra mengantuk saja, tak apa, dah siap pesan kat Teacher Pratibha kalau dia penat bagi rehat. Tapi Kayra dah biasa travel, bukan masalah sangat untuk dia...


:) Happy. Thanks papa. Love u



Monday 25 March 2013

Masih aku terasa....



Masih mama terasa rasa kat mulut ni Briyani Gam Abah kat Bandar baru Uda JB.  Ala, makan masa pi Johor hari tu....

Tak mau cakap bayak lah , tengok gambar dah....








Mama makan briyani gam puyuh, papa Briyani gam kambing dan abang Syahir briyani daging.



Sedap wa cakap lu....


Monday 11 March 2013

LEGOLAND....seronoknya Kayra....



Well... Tak tau macammana nak mula dan pening jugak nak pilih gambaq.

Pagi tu kita mulakan di hotel dengan bersiap-siap dan breakfast dulu. Pagi tu kita nak pi Legoland dengan abang Syahir. Dia akan jemput kita kat hotel. mama dah suruh Abang Syahir breakfast siap-siap sebab nanti tak payah la kita berenti mana-mana lagi untuk makan. :)


Bila abang Syahir dah sampai, kita terus gerak ke tempat yang dituju. Tapi disebabkan masih awal lagi, kita pusing-pusinglah dulu area situ. Papa ajak cari kat mana tempatnya Hello Kitty Town. Bila kita dah tengok tempat, kita berpatah balik ke Legoland. Kita tak beradang nak ke Hello Kitty Town. lain kali kita mai lagi sebabnya percutian kita kali ni singkat sangat. Agaknya kalau kita singgah Hello Kitty Town, mesti Kayra tak mau balik agaknya. :)



Mall Of Medini. Tempat kita park kereta. Tempatnya kat sebelah Legoland tu saja. ada deretan kedai dan booth jualan kat sini. Tempat makan pun banyak jugak. Best jugak tapi yang penting, parking lot free....hehehe...



Abang Syahir ni anak kedua ummi. Sekarang kerja kat JB. Kebetulan dia kat sini kita ajaklah dia sekali ke Legoland sebab abang Syahir pun tak pernah kesini.



OOOppppsssss....sat...sat... Kayra jumpa Hello Kitty pulak. Nak bergambar dulu dia...



Legoland Malaysia. Sesiapa kesini, kat depan ni adalah port yang wajib untuk bergambar. Tak mungkin sesiapa yang pernah kesini tak ada gambar kat depan ni...



Ada gambar abang Syahir, mesti ada jugak gambar kita. Panas tau masa ni.  Senyum pun kelat je.



ei...ei... belum pukul sepuluh lah. Jangan la panjat-panjat. nanti kita sama-sama masuk ikut pintu yang betul ok. kat sana tu. Tunggu la, skejap saja lagi. Replika lego pertama yang Kayra jumpa pagi tu...



Mr Lego datang dan Kayra pun pi la nak salam. Sempat la mama snap gambar dia. Keluar dari  'kerumunan' tu Kayra menangis. Entah kenapa. Ada orang cubit Kayra ek ?



Tepat jam sepuluh. Semua dibenarkan masuk . Tapi sebelum tu kita semua count down dulu. Seronok betul Kayra. Seronok lagi nampaknya mak bapak kayra.



Replika kiri kanan. Sampaikan kita tak tau kat mana nak start dulu.  Terpinga-pinga sekejap kayra awal-awal tu. Tengok gambar atas ni, dia terpegun tengok kapal. Mama pun terpegun jugak. Terbayang berapa lama depa nak susun lego untuk siapkan pelabuhan ni.



Tak larat berjalan, kita naik keretapi pulak. Cho cho train Lego kata Kayra. Bentuk macam lego tapi bukan susunan lego ok...


Spider and bee .  asyik terjumpa je replika lego kat mana-mana. Ye lah, dah nama pun Legoland kan ?



Ini kat entrance roller coaster. Apa nama tempat tu mama tak ingat. Tapi kat sini kita berdua  (mama dan kayra) merayap kat luar je la. Biar papa dengan abang Syahir saja naik roller coaster. kalau mama kena paksa naik, nanti malam mama bukan tidur kat bilik hotel tapi kat hospital. mama ni semua ada, takut, gerun, gayat semua cukup.



Seharian disini. Bergambar saja kerjanya sampaikan kayra pun dah tension. 
Sorry Kayra, ini semua untuk kenangan.   :)



 Mama kagum kapal kuning tu sambil cakap, "cantiknya Kayra...." , tiba-tiba Kayra cakap. 'mama, tengok tu, orang tu nak jatuh dalam air'. Apa maksudnya tu?  Mama nampak benda besar saja dan Kayra, ada benda lain yang lebih menarik dari tu.   :)

Hati kamu tulus Kayra....



Kayra menangis nampak monyet tu. Depa ni pun tiba-tiba saja muncul dari belakang dan mama terus ajak bergambar. Nampak elok je gambar ni kan ? Padahal sebelum tu terkejut jugak mama tiba-tiba ada monyet kat belakang.



Dah mama pulak kena pujuk dia.



Driving school. Kayra nak memandu pulak. Tapi sekejap saja sebab boleh pusing satu round saja. Tak apa lah, dapat jugak peluang memandu sendiri kan ?



Penat berjalan, kita duduk sekejap tengok show.



Tema pertunjukan hari tu adalah keselamatan di rumah. Enjoy tengok show tu hari tu. Best la Kayra dapat nyanyi-nyanyi sambil tepuk-tepuk tangan.



Photographer mama tengah ambik gambar.  :)



Luas tempat ni. Penat kita jalan kesana kesini.



Kayra takut nak bergambar dengan giraffe, takut kena pijak katanya.



Peace yo. Masa dalam cinema. nak tengok 3D movie



Masuk dalam ni, semua orang dapat spek sorang satu. Spek untuk tengok movie 3D. Dah penat berjalan. Lagipun kat dalam ni ada aircond.



Dua kali kita ulang alik masuk . Dapat tengok dua kali movie. Semua watak dalam tu lego. Dah nama pun 3D kan ? Kita rasa macam kita ada dalam movie tu. Kalu hujan kita rasalah percikan air hujan tu, kalau angin kuat dan salji. Cuma kerusi saja tak gerak.



Lepas tu kita ke section lain pulak. Dapat la Kayra main lego sementara papa dengan abang Syahir pergi main kat mana pulak tak tau.



Giraffe lagi.



Nampak tak mama ? ke nampak dinosaur tu je ?



Instrument tu berbunyi tau. Bukan sekadar pancutan air saja.



Cho cho train lagi si Kayra ni...



Kat depan surau depa letak benda alah ni. So kita tak buang masa jugak bergambar. hehehe....



Inilah kesudahannya Kayra di dalam Legoland hari itu. Penat sangat. Ini pun kita duduk-duduk sementara tunggu papa pi tangkap gambar lagi. Tengok-tengok Kayra dah lelap. Kesian anak mama.



Lepas tu berdukunglah Kayra bila mama nak tengok-tengok apa yang dijual kat dalam kedai. Papa lah yag dukung Kayra. Berat tau kayra sekarang. Gambar kat atas tu, panel-panel lego kalau kita nak beli secara loose item. Mama tak ingatla berapa harganya ikut gram. Kita tak beli pun...


 Tengok tu, Kayra masih penat. Masa ni kita kat luar sementara papa masuk tengok gambar yang photographer Legoland  tangkap. Lepas tu kita pun join jugak papa kat dalam. Kita beli jugak sekeping yang depa tangkap.


 Lega nampaknya Kayra bila papa ajak keluar.




Best ke Legoland ?
Mama rasa best sebab lain dari yang lain.

Berbaloi ke dengan harga tiket masuk ?
Berbaloi sebab banyak benda yang kita boleh cuba.

Tak panas ke sebab Legoland tu kan baru lagi, pokok pun tak sempat tinggi ?
Panas tapi ada banyak tempat berteduh. Ada jugak tempat beraircond.

Makanan dalam Legoland ?
Mahal jugak tapi standard la tempat macam ni. Sediakan payung sebelum hujan la...

Pendapat peribadi mama tentang orang yang susun lego kat Legoland ni ?
Wow bestnya jadi orang yang buat kerja susun-susun lego ni, selalunya orang marah kalau kita asyik bermain je, tapi depa tu boleh main sambil bekerja. Dibayar untuk bermain.  :)




Itu sajalah ceritanya. Gambar ini saja yang mama letak daripada yang beratus atau mungkin beribu gambar yang mama, papa dan abang Syahir ambik hari tu. Itu tak termasuk lagi yang photographer Legoland ambik. Hmmm, kalau tak bawak kamera pun tak apa, bersepah photographer akan ambik gambar kita, siap duit je nak bayar nanti. Tau-tau je lah harganya kan ?


 So, bila hangpa nak pi ?