Majlis berlansung pada 21/5/2013
Secara paksarela mama join kumpulan ini. Secara berat hati mama hadir setiap perjumpaan. Kekadang bersungguh-sungguh, terkadang main-main mama siapkan tugasan yang diberikan. Dengan niat mama dan mungkin kawan-kawan mama, kali ini saja , kali ini saja masuk pertandingan ini bisik hati mama. Lain kali never, never, never. Separuh hati ... tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka, no 3. Bukan secorot yang kami semua bayangkan. Alhamdulillah...
Inilah kali terakhir, dan yang terakhir inilah yang paling manis. Terima kasih semua untuk ikatan berpasukan ini. Tiada masam muka, kamu semua sangat...... "ROCK"
Yanti , pn. shatinah, Cik Rokhiyah dan ida. Masa ni kat auditorium dah. Di hari kejadian. :)
Good. You are all good. Save the best for last.
Gambar kenangan. Pantang nampak kamera.
Hazrami diapit oleh kami-kami. Sangat pendiam ye kamu Hazrami....
Ya, tengok tu, mama dah berjaya menghasut Hazrami supaya menjadi camwhoring macam kami semua. Berani dia tak buat macam yang mama suruh ?
Masa di atas pentas. Tiba giliran kami untuk buat presentation.
Giliran mama untuk baca teks. Baca teks tau. mama rasa kalau mama hafal, habis berterabur dek kerana gementar. Nanti ayat kemana, intonasi kemana.
Ini giliran Linda pulak...
Soal jawab bila dah habis presentation.
Dan rupanya penyertaan kali pertama kali ini membuahkan hasil jugak. sangat tak sangka ok.
Jangan tengok tempat lain. Tengok saja kat cek besar yang Linda pegang tu....
Dan Linda masih tak lepas-lepas daripada memegang cek tersebut.
Bergambar beramai-ramai bersama JD. Kali ni Encik Yunus pulak pegang giant cheque tu. Linda nampak sedikit kecewa tapi masih mampu tersenyum...
Mama dan Kak Effa aka big mama . Tengok la blog dia kat sini
Linda dan mama
ok, last. Gambar mama bersama Sijil Penyertaan.
Berjaya jugak mama habiskan entry ni. huhuhu....lap peluh...lap peluh...
Berjaya jugak mama habiskan entry ni. huhuhu....lap peluh...lap peluh...
No comments:
Post a Comment