Tuesday 3 January 2017

Kuching 2016 ( Day 2 17 Disember 2016) ....


Bangun pagi. Wow kita kat Kuching ni. Naik kapal terbang kemarin dan sampai sini. Pagi sungguh tapi cepatnya dah nak cerah. Mudah sungguh nak kejut anak-anak mama. Cepat-cepat hari ni kita ada agenda. Mandi gitu-gitu ja Kayra sebab sejukkan. Lagipun anak mama ni mana tahan sejuk. Walaupun air panas tapi dalam bilik kita ni aircond kuat. Audra steady je. Dia mana-mana pun ok. Lasak sikit si kecik ni.

Sarapan dulu ok, makan puas-puas. Nasib baik ambik bilik include sekali dengan sarapan.  Biaq penuh dulu perut sebab sat lagi kita keluaq tak tau kat mana nak makan lagi. Nasib baik ada pasta untuk Audra, mama lupa ada bubur nasi boleh suap audra. Kakak ok je, dah pandai ambik sendiri makanan dia. Apa dia nak makan, ambik je sendiri, cuma lauk-lauk ja papa ambikkan.

Hari ni perjalanan kita jauh sikit. Kita ke Sarikin, tujuan utama nak beli tikar Sarawak. disamping merayau tengok tempat orang. Sesak, ramai dengan orang. Panas pulak tu. Nasib baiklah kita bawak stroller, bolehla Audra duduk atas tu. Kalau tak ntah kemana-mana dia lari. Tu pun jangan, meraung jugak dia nak turun. Panas nak, mama kesian kat kamu walaupun mama pun nak jugak bejalan.




Kita beli empat helai tikar. Satu tikar besaq untuk rumah kita, tikar untuk tok dan dua lagi tikar kecik saiz sejadah untuk letak depan pintu rumah kita. Yang lain-lain, baju untuk kayraAudra dan buah salak untuk kudapan mama. Itu je beli ? Ye la itu je la. Beli apa yang diniatkan je. Selain tu ada la beli air-air untuk minum. Kikikiki...Panas lit lit. Tak yah la berlama sangat kat situ.






Terus je gerak balik ke Kuching. Turun je dari kereta, mama dah rasa something kat kaki mama. Petang semalam pun dah rasa tapi sikit-sikit je. Mama rasa kaki mama letih la. banyak sangat berjalan. Dari sikit-sikit lama-lama makin teruk. Sampai mama betul-betul tak tahan.
Sebenarnya kita terus ke Muzium Kuching. Mama dukung Audra, audra kan berat dah sekarang. Mungkin sebab tu kot. Mama betul-betul menahan sakit masa panjat tangga nak naik muzium tu. Kenangkan kakak yang teruja sangat nak ke Muzium Kuching mama gagahkan kaki jugak. Nasibla dalam muzium tu Audra tidoq, dapatlah mama berehat sambil jaga Audra. Tapi tersiksa sangat mama rasa. Dah duduk-duduk rasa lega sikit, mama cuba la berjalan jugak walaupun lambat. Seret je la kaki tu. Nak jugak tengok dalam ni sebab kalau tak tengok-tengok entah bila nak sampai lagi. Sempat jugak bergambar-gambar. Keluar pi toilet, masuk balik tengok papa dan anak-anak dah takda kat situ, alamak... berjalan lah pulak mama keluar. Dah la tersiksa nak jalan. slow-slow mama tunggu kat luar. Papa sampai bergambar lah pulak kat depan tu. Settle bergambar kita beli pain killer sat sebab mama dah tak tahan sangat. Lepas tu pi makan dan balik rehat kat Hotel.








Mee Kolok dan nasi putih bersama ikan terubuk masin

Malam tu, kita keluarlah makan. Kaki mama dah ok walaupun masih lenguh-lenguh. Dekat je kalau berjalan. Area belakang hotel ni, dekat dengan UTC Kuching. Top Spot nama tempat tu. Makan lah kita kat situ. Sungguh-sungguh punya makan. Sampai Audra jerit-jerit baru kita berenti.





Lepas tu kita lepak je la sekejap dalam UTC tu sebab papa nak mengurut kat kerusi urut dalam tu. Puasla KayraAudra berlari-lari kat dalam tu. Sampai jatuh-jatuh la si Audra tu.


Dalam perjalanan balik berjalan kaki tu, kita singgahla sat kat replika kucing nak bergambar. Gelap je. papa cakap, esok kalau sempat kita singgah lagi bergambar waktu siang pulak. Dah settle bergambar, balik hotel lah kita, penatlah, mengantuk.






Settle day 2. Tunggu day 3 pulak naaaa....

xoxoxo