Tuesday 26 June 2012

Taman Tamadun Islam Terengganu


Bagai yang dikatakan, kita berkunjung jugak kesini. Taman tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Ada 21 monumen senibina Islam yang kebanyakan masjid. Cantik, besar dan gah dimana ianya dibina dengan skala 1: 8 daripada saiz asal.  Wah, sangat teruja kita hari ni.

We are welcoming to come



Dah masuk dalam kita nak ke kawasan monumen pulak. Tengah panas kita berjalan ye nak....



Papa bayar tiket dulu. Bayaran RM 10, Kayra tak kena caj.  Lepas bayar dapat satu buku kecil (passport). Masuk saja kena cop passport.



Kawasan dalamnya luas. Kayra nampak choo choo train (trem)  pulak. Dia nak naik. Ok lah, lagipun malas nak berjalan panas-panas ni. Selain ada tren, kat dalam tu ada jugak basikal dan buggy untuk disewa.



Kita di atas trem, di kiri mama passport, di kanan mama Kayra.



Papa



Dah la, kita tengok je la gambar-gambar kita kat dalam ni dulu. Ada yang kita berenti dan masuk dalam monumen untuk tengok tayangan video dan pameran tapi tak dibenarkan bergambar. So, memang tak ada gambar dalam bangunan. Kita naik tren, turun, tengok video, pusing keliling dan naik tren sekali lagi untuk pergi monumen lain dan begitulah seterusnya. Tapi kita naik dua kali saja, lepas tu kita berjalan saja sebab lebih puas bila berjalan kaki. Nasib baik Kayra tak meragam dan dia sangat enjoy dapat berlari sana sini.
















Sebelum keluar, nampak pulak benda ni. Bergambar dulu dia.



Kita bergambar bertiga sebelum keluar. Mintak tolong petugas yang nak cop passport keluar  tu ambilkan. Oh ya, bila kita dah masuk, dapat passport semua, lain kali nak mai adalah diskaun untuk datang kali kedua dan ketiga.



Dan ini adalah apa yang kita makan disini. Nasi dagang tu sedaplah....



Sempat jugak kita snap gambar masjid kristal. Ini masjid betul tau. Bukan monumen.


Lepas beredar, kita terus cari jalan ke hotel. Kuala Terengganu banyak laluan 'one way' ,   GPS pun pening. Berpusing-pusing kita nak cari jalan.


Mendarat dan terus ke negeri penyu...

Kita sampai di Kelantan dalam pukul lapan. Ambik je bagasi kita yang hanya satu je tu  terus cari kereta. Papa memang dah book dari Penang lagi. Kalau tak silap mama, syarikat sewa kereta tu namanya HAWK. Kita ambik kereta saga auto dan bayarannya dalam RM 100 sehari. Conditionnya adalah sangat memuaskan hati.


Tak mau berjalan cik kak ni, penat katanya. So, dia duduk saja atas troli dan papa pun tolak.




Ini kereta kita. Kereta ni sangat bersih dan masih nampak baru. Apa-apapun kita check dulu sebelum ambik.


Dah ambik kereta, kita pergi cari makan dulu. Mama nak makan nasi berlauk Kelantan, best. Papa makan nasi dagang kelantan, gulai ikan kayu memang sedap tapi nasi dagang tu manis sikit la. Tak apa, nanti kita makan kat Terengganu pulak.
Lepas makan kita teruskan perjalanan dengan bantuan GPS dan Google map, tak adalah masalah sangat. Mama sempat snap dua tiga gambar ketika dalam perjalanan.



Ini gambar kat kuala Besut, singgah sekejap nak tengok kat mana orang selalu naik bot untuk ke Pulau Perhentian.



Cantik, Kuala Besut.




 Dah sampai Kuala Terengganu. Nampak pulak kereta ni. Jangan tak snap.




 Kayra ternampak bas cantik, suruh mama tengok, macam rumah bas tu....






 China Town





Awal lagi kita sampai. nak check in pukul tiga. Papa tanya nak kemana kita ?  Ada muzium dan ada tempat membeli belah.
 Mama kena fikir dulu kat mana kita nak pergi ni....hmmm
Last-last mama kata kat papa, kita pergi sajalah kat tempat gambar atas ni. Gambar yang last tu...


Monday 25 June 2012

Terbang tinggi-tinggi....

Memang, pagi benar Kayra bangun pagi tu. Bila mama suruh tidur masa on the way ke airport Penang, katanya, " Tak boleh mama, eiya nak naik kapal tebam"
Sesangatlah segarnya dia cuma dah dekat-dekat nak sampai barulah mengantuk sikit, itupun tak tidur, mata yang dah sikit layu tapi bila dah nampak airport, mata jadi bulat balik.
Sangat mudah menguruskan dia dari kecil lagi. 
Parking kereta yang agak jauh dari pintu airport, Kayra berjalan sendiri tak payah dukung pun. 

Gelap-gelap lagi dah sampai. 


 Airport baru dah hampir nak siap renovate.



 Suka hati sangat bila nampak 'kapal tebam' kat belakang tu.




 Dan dia ketika ingin membuang waktu.

Waktunya telah tiba.....




 Atas flight



 mamaKayra



 Ketika di atas awan. PapaDaughter time.



 Sudah nampak ini, petandanya sudah sampai tanah Kelantan.



Sangat suka gambar ni. Mama tangkap gambar curi.


Bukan rahsia lagi. Kami dah sampai Kelantan. Percutian sempena hari jadi papa dan kali ni dengan misi ' tiga negeri dalam tiga hari. Penang-Kelantan-Terengganu.

Hehehe....



Sunday 24 June 2012

Awal pagi sangat ni......

Pagi ni kayra terkejut bangun bila mamaPapa tengah kalut-kalut mandi dan bersiap. Mama tak kejutkan Kayra sebab kalau kayra perasan semalam sebelum tidur mama mandikan Kayra  dan siap-siapkan kayra. Pakaikan Kayra baju berjalan-jalan pulak tu. Mesti ada apa-apa ni ....
Pagi ni pukul empat Kayra pun bangun sama, mama tanya nak mandi tak, kayra kata nak. Rumah kita tak ada pemanas air pun tapi anak mama tahan pulak mandi sejuk-sejuk. 
Dah siap, Kayra ready  kat hall bawah. Bergambar dulu. Sambil tunggu papa tutupkan segala suis dan check apa yang patut.

A bit suprising jugak kan ? 

Kita kemana ?