Hmmmm.... 28 Februari kita pi scan perut mama kat Colombia Hospital Taiping. InsyaAllah kali ni bersalin kat sana pulak kot. Kalau diizinkan Allah. Mama ni penakut, tak tau la macammana nak menghaapi saat-saat sakit bersalin. Masa Kakak Kayra dulu , caesarean buat kat TMC, paednya Dr Ong Boon Teik. InsyaAllah kali ni kat Colombia dengan Dr Khairul pulak. Setakat ni masih tak tau boleh delivery normal atau tak, tapi kalau ikut scan dua hari lepas baby melintang pulak, tapi masih ada masa dua tiga minggu untuk baby pusing duduk dalam keadaan normal balik. Kakak Kayra dulu memang takleh buat apa dah sebab dah songsang kepala kat atas sejak dari 7 bulan lagi tak pusing-pusing dah.
Pregnancy kali ni teruk sikit berbanding kakak Kayra dulu. Mama rasa tak larat sikit bila dah masuk 3rd trimester. Masih muntah-muntah kadang-kadang. Pastu kadang-kadang takda mood. Kesian kakak selalu kena marah dengan mama. Harap-harap perangai moody ni tak terbawa-bawa lama-lama sangat. Memanglah mama tak sabar nak terima baby baru, tapi kakak Kayra pun istimewa juga di hati mama. Lain kali mama cerita lagi pasal kakak. Kakak Kayra yang sangat baik itu.
Dah masuk 8 bulan tapi barang baby masih tak complete lagi, barang-barang merapu banyak la mama beli. Biasa la mama. Takleh tahan dengan online shop. Tapi kena sabar-sabar jugak sebab pasal gst ni, barang makin mahal pulak.
Dah masuk 8 bulan tapi barang baby masih tak complete lagi, barang-barang merapu banyak la mama beli. Biasa la mama. Takleh tahan dengan online shop. Tapi kena sabar-sabar jugak sebab pasal gst ni, barang makin mahal pulak.
Dr Khairul. Rumah dia satu kejiranan dengan Tok Honey saja. Tapi bukan sebab tu papaMama pilih dia untuk jadi doktor mama kali ni. Sebab PapaMama memang nak doktor melayu kali ni. Boleh la selawat-selawat sikit lepas sambut baby tu. Mama ada gak pi scan 5d kat KPJ Perda, tapi gambar tak clear sangat. Kalau ada masa nanti mama tempek kat sini.
So, ini la gambar yang the best dr Khairul dapat snap. Payah sikit nak dapat gambar muka adik baby kakak Kayra ni sebab dia menghadap mama, kalau menghadap depan, senang la nak snapshoot, bak kata dr Khairul. Dr Khairul kata muka baby macam kakaknya. Well...kemana tumpahnya kuah kan, kalau tak ke nasi.
Next time mama sambung cerita lagi. Banyak nak cerita sebenarnya. Pasal kakak Kayra lagi banyak. Dah lama tak update, dah bersawang blog ni.....
Next time mama sambung cerita lagi. Banyak nak cerita sebenarnya. Pasal kakak Kayra lagi banyak. Dah lama tak update, dah bersawang blog ni.....
No comments:
Post a Comment