Saturday 23 February 2013

Terbang sekejap....


Terbang sekejap.....





Cadangnya nak ke......


Family Auntie Emmy...


Papa ada dua kakak. Tapi jarang sangat atau tak pernah pun mama ceritakan pasal auntie Emmy kat blog mama. Auntie Emmy tinggal dan bekerja di Langkawi. Jarang-jarang balik dan kita pun jarang-jarang jumpa.   Kali terakhir kita jumpa pun masa Auntie balik berpantang anak keduanya. Hari tu Auntie Emmy balik rumah Tok Honey, dapat lah kita jumpa.

Ha, mama nak mulakan dengan gambar ni. Sampai saja rumah Tok Honey petang tu, Auntie Emmy dan family keluar ke zoo. Kayra temankan Tok Honey sidai baju kat belakang. Mama kat dalam, tiba-tiba mama dengan Kayra menangis dan papa bawak Kayra masuk bilik dengan hidung yang berdarah dan bibir yang membengkak. Ada saja budak ni tau dapat sakit....


Sejak akhir-akhir ni Kayra selalu cakap. " Mama, i got no cei cei and no ke ke, Keiya ada mama and papa saja "  atau  " Mama, keiya cei cei kan ?".  Beberapa kali jugak Kayra suruh papa beli baby.   :)   Malam tu, mama tengok Kayra sakan bersuap Eisya. Seronok ke jadi kakak Kayra ?


Eisya Syazwina dan Nur Kayra.


Anak Auntie Emmy dua orang. Erfan dan Eisya.


Kalau berkumpul, mesti ada acara makan-makan jugak. :)


Sekejap saja balik, Auntie Emmy dah nak balik. Tok Honey dan papa sama-sama nak hantar Auntie Emmy balik. Ya, kita semua akan pi hantar.


Hari nak balik kita bergambar dulu. berjumpa sekarang, lama nanti baru kita akan berjumpa balik. 


Gambar candid di pintu depan rumah Tok Honey.


Auntie Emmy akan naik feri ke Langkawi. Mula-mula berbelah bagi nak naik kat kuala Kedah ke Kuala Perlis. Kulala kedah , Kuala Perlis , Kuala Kedah , Kuala Perlis , last last kata putus dibuat, kita hantar ke Kuala Perlis lah...


Bergambar bersama sebelum feri sampai. Kayra tu jelous mama pangku Eisya.


Mesti kitra suruh jugak papa bergambar. Jarang-jarang jumpa kan ? 


Dan Erfan, must hug and kisses Tok Honey. Cucu sulung lelaki ok. Yang pertama. Jangan lupa kamu yang pertama.


Dan mesti ada drama air mata. Jarang sekali balik, bila nak berpisah mesti terasa berat hati. Ibu dan anak. Jangan lupa jugak itu....


Selamat jalan Auntie Emmy, Uncle Midi, Erfan dan Eisya. Sampai jumpa lagi.


Kayra dan papa say bye bye...


Mama dan Kayra.


Ustaz Kazim Elias pun akan satu feri denga Auntie Emmy rasanya.


Dan akhir sekali, muka Kayra yang berparut hari itu...


Bertemu dan berpisah. Kita akan berjumpa lagi Auntie Emmy. Kita kan sekeluarga...


Movie again...



Tengok movie lagi. Filem daripada pengarah kegemaran papa, Mamat Khalid. Papa nak bawak mama  menonton sekali. Dah bawak mama tu kiranya kena bawak Kayra sekali lah kan, kalau tak mana nak tinggal kayra. Tak apa, mama memang tau Kayra tak boleh duduk diam lama-lama. Ada caranya....hehehe...

Actually hari tu sebenarnya hari rabu. Hari ketigaTahun Baru Cina. Kita bercuti dua hari saja kan. Sepatutnya papa dah bekerja hari tu tapi dek kerana filem ni, mama ambik keputusan untuk sambung cuti. Mama dan kayra memang dah bercuti kan ?


Hajat hati nak tayangan jam 11.50 pagi tapi awal sangat dan kita terlewat sampai. Ok tak apa, kita book saja untuk pukul dua. Memang mula-mula rasa tak best sebab memang dah jangka akan ramai orang time tu. Tapi dah nak buat macammana kan ?


Hehehe...Kayra bawak bantal busuk Kayra masuk tengok movie. Mama puas beratur nak beli popcorn tapi ramai sangat orang la. Lambat. Leceh. So tak payah. 


Dah nak start. Mula-mula boleh la snap lebih kurang. Masa movie tengah berlansung tak boleh. Ganggu orang dengan flash kamera mama.


Dan Kayra yang kebosanan akhirnya menghabiskan masanya dengan bermain game kat tab. Hehehehe...


Movie ni la yang kita tengok hari tu. Cerita lawak hantu.  :)



Lepas ni ada lagi satu movie mamat Khalid kan ? Hehehe.... papa, nakkkk.....

Wednesday 20 February 2013

Kayra, Wan, Papa, kambing dan air mata....

Wan kita ada kandang kambing yang besar tau kayra. Wan ada bela seratus lebih ekor kambing. Bela suka-suka pada mulanya lepas bersara cikgu, lama-lama makin membiak. Dari tiga empat ekor, sampailah banyak macam tu. Tiap kali nak barbeku, cakap saja kat wan, mesti permintaan kita ditunaikan. Masa aqiqah Kayra pun wan bagi je kambing tu, mamaPapa sponsor sikit saja untuk kenduri.

 Dulu satu kandang saja, sekarang ni dah dua. Siap berbilik lagi. Kandang dan kawasan ni pun lengkap berlampu semua. Kawasan kandang ni luas, cukup lah untuk semua kambing wan.

Pagi wan akan bagi semua kambing makan dedak dan sebelah petang pulak wan akan bawak semua kambing makan rumput di kebun. Memang kita semua kesian dan selalu jugak cakap supaya wan tak payah lah nak susah-susah jaga kambing, tapi wan nak jugak. Suka-suka katanya.

Kayra penakut . Tapi dalam penakut tu nak jugak dia ikut wan masuk kandang.Tengok tu, takut tapi bila suruh bergambar, nak jugak buat simbol 'peace' tapi matanya sesekali menjeling pada kambing yang lalu disebelah.

Memang Kayra takut. Wan suka usik Kayra tau.


Kadang-kadang, kayra suka jugak kira kambing wan ada berapa ekor. Dan selalu jugak kayra tunjuk yang mana satu kambing yang dia suka. Yang itu cantik, yang ini cantik.


Ini kambing yang paing besar wan ada. kalau tak salah dari jenis baka Boer. Kambing Boer ni garang tau. Sebab besar dan arang kita semua panggil dia ketua kampung. Dah la garang belagak pulak tu, tengok la tu, kalau kambing lain minum air kat dalam baldi tu dia macam bagus je minum kat paip tu. Air kat paip tu memang sentiasa saja menitik. Sangat tak sopan tau...


Pagi tu ada orang datang nak beli kambing. So, petangnya si comel ini ditangkap dan ditambat pada pokok. Dalam banyak-banyak kambing, si putih ni yang dipilih.


Bukan setakat beli, wan jugak akan sembelih dan lapah. Ala, setakat buang kulit dan perut saja. Selalu orang beli nakkan kambing hidup, jarang-jarang yang nak wan tolong sembelihkan. Nasib baik kali ni kita ada, ada lah orang yang akan tolong wan pegangkan kambing waktu nak disembelih. Masa ni, air mata si putih dah meleleh macam dia dah tau masa dia dah sampai. Air mata meleleh keluar.


 Pisau yang nak digunakan mesti tajam dan mesti pegang kuat-kuat supaya kambing tu tak boleh meronta. Senang nak sembelih nanti.


Kayra menangis. Sedih pulak dia bila tengok kambing disembelih. Tadi tu bukan main melompat sana sini, sekarang menangis pulak. Mama tak nak la letak gambar masa wan sembelih, rasa tak sampai hati pulak. Bukan tak sampai hati apa, rasa macam takut dan ngeri.  :)



Orang kata tak baik tau rasa kesian kat binatang sembelihan. Kata orang kita tak boleh makan kalau kita rasa kesian kat binatang tu. Mama tak tau samada boleh makan atau tak kalau kita rasa kesian. Atau kita cuma tak boleh cakap kasihan kat mulut saja. Semua tu kata orang. Sahih atau tak mama tak tau. kalau ada sesiapa tau, tolong bagitau mama ok...?


Papa ada. Papa cakap papa nak tolong wan buangkan kulit dari badan kambing. Kayra masih rasa sedih tu...


Lepas sembelih, kita gantung leher kambing tu supaya mudah nak buang kulitnya. Pisahkan kulit kambing dari daging.


Papa pulak ambil alih. Dan Kayra masih disana. Tekun memerhati.


Ya, dah selesai sudah. Lepas tu masukkan dalam plastik hitam dan tunggu pelanggan mai ambik.




Ini pengalaman pertama Kayra tengok Kambing yang disembelih. Dulu masa aqiqah ada jugak tengok tapi masa tu Kayra mana tau apa lagi sebab masih baby kan ?   Masa tu umur Kayra tak sampai pun lima bulan.
Ok lah, kali ni sembelih untuk orang, wan kata nanti bila ramai-ramai balik lagi sekali, kita sembelih untuk kita semua pulak. Yey.....
Sedap tau daging kambing ni.... tak percaya, cubalah...

Monday 18 February 2013

Kampung Mama Jauh Di Sana .....


Dan akhirnya tiba juga saatnya cuti tahun baru cina. Mama pada awalnya tak mau la bercuti panjang sangat tapi memandangkan  cik kayra akan bercuti seminggu (ikut macam sekolah kebangsaan jugak) nampaknya mama terpaksalah jugak bercuti. Kalau tidak, kat mana la mama nak tinggalkan Kayra masa mama ke ofis kan ?  Akan tetapi kita tetap jugak tak dapat kemana disebabkan papa akan bekerja seperti biasa, cuma bercuti masa hari raya cina tu ja la kan ?

Balik pagi hari sabtu. Pada mulanya memang mama tak mau balik awal sebab ingatkan mama nak kerja lah pada hari sabtu tu. Akan tetapi disebabkan ada beberapa masalah teknikal kat tapak makanya dapatlah kita balik awal sikit. Dah sampai rumah wan, kita tengok mak long dan family dah ada, tapi dah bersiap nak balik pun. Tak sempat kita berlama nak sembang dengan mak long dan kakak ainna, mak long dah nak balik dah. 
Tak lama lepas tu family ummi pulak sampai dan family mak anjang jugak , apa lagi, sangat seronok lah Kayra dapat jumpa Najla.


Gegar gempita rumah wan dengan anak cucu yang balik. Kat dapur cara dapur, kat luar cara luar. Kadang-kadang bingit jugak telinga tapi kegembiraan dapat berkumpul sekali sekala tu mengatasi semuanya. Ya, kita rindu semua yang ada. Family pak cik tak balik, rasa kekurangan  di situ.


Ini Wazir, anak sulung mak anjang. Mak anjang tu mula-mula tak mau balik  sebab ada banyak kenduri kena attend la, nak kena pi skolah lah ( ya, mak anjang kita cikgu ya Kayra ) , tapi akhirnya balik jugak lepas tak larat dok dengar anak-anak dia dok ajak balik.  :)


Ini paling depa suka , main bola depan rumah wan , kadang-kadang pakai bola plastik  kanak-kanak kadang-kadang pakai bola tampar  (itu selalu sebab bola tampar tu sentiasa ada bersama waktu kita berkumpul ). Entah lah , yang mama perasan, anak-anak buah mama ni memang sentiasa bawak bola tampar tu kemana-mana. Mak lang ada bola tu, abang Rabani pun ada. Masa zaman mama dengan pakcik kecik dulu, ada je kayu hoki, sebab pak cik suka hoki. :)


Ada jugak dua tiga kali tendang bola tu naik sampai bumbung rumah wan, jerit la banyak mana pun, marah la depa tapi tetap jugak lepas tu dengar bunyi bola tertendang naik atas bumbung. Apa nak katakan, budak-budak....


Bila jadi antara ahli keluarga termuda, sudah semestinya kamu berdua dilayan lebih. Sentiasa ada kakak dan abang yang akan melayan apa kehendak kamu. Bila kat kampung, macam biasa mamaPapa macam tak wujud pada Kayra, cuma ingat mama masa mintak susu dan tidur saja, masa lain, dah ramai yang akan layan kehendak kamu. Sampai hati....


Acara wajib, makan beramai-ramai. Macam kenduri kita semua. Keseronokan berkumpul ramai-ramai adalah sebab dapat makan beramai-ramai macam ni lah kan ? Tuala masing-masing tersidai berderet kat belakan tu pun dah tak kisah dah.


Tak ada apa sangat malam tu. Cuma goreng ayam, fries dan nasi goreng mak long buat kat rumah dia. Tapi berebut-rebut jugak anak buah mama makan malam tu.


Mula cadangnya nak buat barbeku tapi tak jadi sebab kesuntukan masa. Wan kata tak apa lah, lain kali arrange lain. Kambingnya dah ada cuma tukang nak buat saja tak ada hari tu.

Fasihah, Kak Long dan Mak anjang. 


Malam keesokannya pulak, bila semua orang dah balik rumah masing-masing, kita yang masing tinggal kat kampung diajak pulak makan kat luar. Nasib la kan sapa suruh balik awal sangat.


Kalau makan kat luar mesti nak cari tom yam.


Dan ikan tiga rasa ni...


Kayra pulak makan nasi goreng cina ni. habis jugak separuh walaupun penuh dengan drama. Hmmmm.... Kayra dah tertidur masa nak datang tadi. Mama angkat masuk dalam kereta. Itulah, penat sangat main sampai tak sempat pukul lapan dah tertidur.


Walaupun anak meragam, mama maintain berselera. Memang selera gred A punyalah, walaupun badai melanda, aku akan tetap menyuap. Mama rasa mama ada masalah dengan selera makan mama lah. Terlalu berselera. :)


Baju biru tu pak lang, baru balik dari outstation lepas tu terus kena pau dengan kita.


Dan mesti ada adegan chit chat lepas makan sebagai pencuci mulut. Bukan mengumpat tau.


Mama sangat sayang budak pakai seluar belang pink ini. Walaupun meragam mengantuk tapi masih mau makan dan merengek sikit-sikit je. I lap u so strong lah. Nanti kita ajak papa jalan-jalan k.... :)


Ini pulak gambar keesokannya pulak sebelum balik. Kita makan tengahhari kat rumah mak lang. Masak sama-sama. Ayam goreng, sayur batang keladi, kari ikan jenahak dan pais ikan sungai. Pais tu mama buat ok, pakai oven je. Keladi tu pulak gatal la, semua orang tak makan. Mak lang beli kat pekan selasa, selalu beli ok je tapi kali ni pulak nasib kita tak baik. Gulai ikan jenahak ( kat kampung mama, kari tu kami panggil gulai)  yang mak lang masak sangat sedap. :)


Apapun, buah hati pengarang jantung mama ni makan bertambah jugak walaupun dia hanya sekadar makan ayam goreng dan nasi berkuahkan kicap.



Itulah apa yang kita buat masa cuti tahun baru cina yang lepas. Kita tak kemana-mana. Kita cuma balik kampung menghabiskan masa di sana.





Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.