Sunday 30 September 2012

Rupanya ada Muzium Padi di Negeri Kedah....

Lepas check out hotel kita terus ke Negeri Jelapang Padi. Jelapang Padi adalah nama gelaran bagi negeri Kedah yakni negeri kelahiran mama. Hari tu raya tahun lepas ke apa masa kita mai Alor Setar kita tak dan pun nak mai sini. So, kali ni kita ambik kesempatan untuk melawat muzium ni.
Tak ada padi, tak ada lah beras ye Kayra, tak ada muzium padi, entah-entah kayra pun tak kenal pokok padi....hahahaha...

( malas betul nak update blog sekarang ni, ketuk keyboard dua tiga kali lepas tu tutup laptop, nak buat ayat pun macam dah tak reti pulak , banyak cerita tertangguh, tapi sebab Kayra punya pasal, mama gagahkan lah jugak... Oh ya, mama jarang update blog sekarang kat ofis sebab kerja dah terlampau...terlampau banyak, cuma upload gambar saja kat ofis. Laju sikit kalau guna desktop ofis untuk upload gambar, gambar pun tak la sangkut, cantik dan laju je prosesnya )

Ok, back to our story ....

Macam biasa. Kita bergambar dulu kat depan ni. Ikan-ikan kat belakang Kayra tu banyak betul. macam jinak saja, tak takut pun kalau kita nak pegang.


Panjat tangga, bayar tiket dan masuk dalam. Kayra tak dikenakan bayaran dan bayaran RM 2 extra untuk kamera compact mama.


Masuk dalam, kita terus tuju ke sini. Naik tangga ikut laluan gelap untuk ke puncak Gunung Keriang.


Duduk atas kerusi yang disediakan, kalau nak berdiri pun tak apa. Tengokla permandangan sepuas hati.


Permandangan yang mama sebut di atas adalah lukisan, railing yang kita pegang tu adalah penghadang yang jadi sempadan antara lantai yang kita pijak tu dengan kawasan permandangan. Lantai tu akan berpusing 360 darjah perlahan-lahan untuk bagi peluang kita tengok permandangan tanpa perlu kita bergerak. Dan pergerakan tu sangat perlahan, kalau kita tak tengok permandangan kat dinding, kita takkan perasan pun yang lantai tu bergerak.


Tiket bayaran masuk. Dewasa. Kayra percuma.


Konon-konon kita berdiri atas puncak Gunung Keriang dan boleh tengok apa aktiviti yang rakyat Kedah buat. Ada petani bercucuk tanam, ada mesin padi, ada kenduri, ada petani yang tengah ambik baja lah dan macam macam lagi. Mama rasa penyampaian yang sangat kreatif untuk menggambarkan tentang aktiviti rakyat Negeri Kedah di sini. Thumbs up untuk yang bagi idea hebat ini.


Dah boring kat atas, kita turun tengok pameran kat bawah. ini pulak jenis-jenis beras yang ditanam di Malaysia. Kita tau makan je kan ? Ha , kat sini ada tunjuk jenis-jenis beras yang kita 'makan je' tu...


Oh ! ini rupanya rupa padi malinja yang Suhaimi Meor Hassan dok nyanyi-nyanyi tu. Lagu senandung padi malinja.


Papa dah 'taram' lama dah niat nak mai muzium ni.


Hari ni cik intan payung sangat suka bergambar.


kayra dengan fesyen 'ingin ke bendang'


Mama tak tau nama apa ni tapi dulu mama panggil 'tempat memukoi'. Orang bendang tau la ni, pukul batang padi yang dah dikerat kat dalam ni untuk pisahkan biji padi dari tangkainya.


Jelapang. Tempat untk simpan padi selepas dituai. Dulu kat rumah wan pun ada. Simpan padi. Bila beras kat dalam rumah habis, tok akan jemur padi tu, lepas tu bawak pi kilang untuk buang kulit dan beras tu dah ready untuk masak lepas tu. Tapi bukan hantar sekilo dua kilo untuk dimesinkan, berguni lah jugak. Hmmm...rindu masa lalu. Masa mama kecik. 
Mama tak ingat la, wan ada jual tak padi dulu. Nanti mama tanya wan. Tapi seingat mama, wan dan tok ada tanam padi jugak dulu. Wan akan turun bendang lepas balik dari sekolah, wan kan cikgu. Musim padi lah paling meriah dulu kat Kedah. Rata-rata kat kampung mama memang orang akan menanam padi. Sekarang mana ada dah. Dah tak ada orang 'buat bendang' (istilah untuk menanam padi) kat kampung mama. Banyak dah tanah sawah tu dah diconvert jadi tapak rumah dan kebun.



Dan di atas tu gambar petani suami isteri.


Dah, sudahla dulu cerita kat sini. Kita pi tempat lain pulak. Dan sebagai anak kedah, anak petani dan yang pernah hidup bermain selut bendang, mama rasa sangat 'best' di sini. Sangat nostalgia.


Datanglah walaupun anda tak pernah merasa pengalaman seperti mama, datanglah. Sangat best.  Betul wa cakap lu...
Kita makan nasi kan ? Hehehehe...

Saturday 29 September 2012

Perlis, Padang Besar dan PadangBezar....

Lepas kenduri kat Sungai Petani tu, kita terus shoot ke Perlis. Dari Taman ria rumah tok andak, kita masuk highway ikut Sungai Petani Utara terus ke Jitra. Dengan bantuan GPS, kita cari Seri Malaysia Perlis. Kita lalu ikut Arau. Jauh jugak la Seri malaysia Perlis ni daripada Pekan kangar tu sendiri. Sebab mama dok bayangkan Seri malaysia tu dekatla dengan Sekolah Derma ke, dekat Stadium ke tapi jauh ke dalam dekat dengan SUK sana. Tak kisah lah, janji ada view menarik dan biliknya selesa.

Ya, kita dah sampai Perlis tapi kita dah terlepas hotel ni tapi tak la jauh sangat. Papa kena pusing balik untuk ke hotel.


Yep, dah sampai. kayra tak pernah masuk Hotel Seri malaysia ok. jadi, ni la first time Kayra kat sini. MamaPapa pun...


Moody ok moody. Apa taknya, tengah sedap tidur mama kejut suruh bangun. Dah la panas. Papa tak mau dukung. Kenalah kayra jalan sendiri. dah umur empat tahun masih nak papaMama dukung, berat pulak 15 kilo. maunya patah pinggang mama kalau dukung Kayra.


Check in. Cantik la kaunter depa. Sangat welcoming.


Bilik kita. Rasanya papa ambik Family room. Ada satu katil kelamin dan satu katil single. Buka langsir kat belakang nampak bukit.


Nombor Bilik. Bilik ni kita duduk. hehehe...save the date....


Melalui Arau dan Chuping, dikiri kanan saujana mata memandang ladang tebu.Akhirnya kita jumpa ini.


Dan penunjuk arah ini.


Ini jugak.


Berhenti disini, scan passport.


Settle kat imigresen Malaysia


Nampak ini pulak.


Kita masuk sini. Imigresen Siam.


Berhenti di sini pulak dan cop passport. Oh ya, kat imigresen Malaysia kita scan passport dan kat imigresen Thailand pulak kena cop (stamp) passport. Yey...kita dah maju sikit dari segi teknologi di situ.


Dah jejak Thailand. Kalau di sebelah Malaysia, Padang Besar di sebelah sempadan pulak PadangBezar.


Thumbs up untuk jalanraya di Thailand tapi bila tengok atas nampak wayar elektrik yang berselirat, rasa sangat menyemakkan.


Ada gambar berdua saja. Tu la papa, time kayra dok ready nak bergambar awak dok buat muka pelik. Lidah terjelir la, muka penyet la, akibatnya tak ada Kayra dalam gambar ni. Merajuk dah dia.




Tau tak, sebenarnya tujuan kita nak masuk Thailand hari tu sebab nak makan ja....


Puas pusing pekan siam ni nak cari tempat makan akhirnya kita berenti kat sini.


Berenti nak makan kat sini bukan sebab tak ada tempat lain, tapi sebab dah malas nak usha tempat lain.


Order makanan pun lauk biasa yang selalu kita makan kat Restoran makanan Thai jugak.


Mama lapar tapi nak bergambar jugak dulu.


Tanpa buang masa. Dua anak beranak ni terus menyuap tak toleh kiri kanan.


Lepas makan kita singgah pi beli beras siam satu paket dan asam jawa pedas kudapan yang mama nak tu. Lepas tu ada la kita singgah kat gerai yang jual barang macam kedai dua ringgit kat malaysia tapi kita tak beli apa-apa pun.  Tanpa buang masa lepas tu kita terus gerak menuju imigresen. Macam biasa pi cop passport kat imigresen Thailand.


Ada tiga sorang satu. MamaPapa punya untuk 2 tahun, Kayra punya 5 tahun. Kenapa Kayra 5 tahun ? Sebab Kayra umur bawah 5 tahun bayar RM150  untuk buat, mamaPapa punya untuk 2 tahun je pun dah RM 100. Papa kata tak apalah, buat 5 tahun terus untuk Kayra, senang. MamaPapa bila-bila pun senang nak renew, Kayra susah sikit sebab sekolah.



Kita tidak dibenarkan ambil gambar kat sini. Tapi biasalah, mama curi-curi. Ala, tak rock lah bercerita tanpa gambar...


Kangar di waktu malam




Dah sampai hotel. nak jugak tu bergambar. Tadikan masa sampai Kayra tak mau bergambar. So, bila malam ni mood dia baik, mama tangkap gambar kamu banyak-banyak.


"SELAMAT MALAM SEMUA"


Sambung lagi nanti...k...