Friday 27 July 2012

Iftar pertama di rumah baru mak long....

Tahun ni hari pertama puasa yakni satu ramadhan jatuh pada hari sabtu. Hari cuti. Awal-awal lagi ummi kita, ummi perlis ajak kita sama-sama pi serbu rumah maklong kat Sungai Petani untuk berbuka sama. Mak long baru berpindah balik ke Kedah selepas bertahun-tahun tinggal di Kuala Lumpur untuk bekerja. Dah hampir sebulan mak long pindah sini, kita masih tak berpeluang nak pi jenguk rumah dia. Jadi bila ada plan macam ni,  dapatlah kita jenguk sekejap. Lagipun, nak pi makan kan ? So tak ada masalah bagi kita yang kuat makan ni. Tapi, awal-awal lagi ummi pesan, ada pot luck ok, jadi bawaklah apa-apa untuk dimakan sebabnya kita semua tak mau lah nak susahkan tuan rumah. Mak long ni kakak sulung mama dan ummi kakak kedua.

Well, ini pertama kali sampai Ambangan Height. Besarnya rumah mak long. Tapi rumah ni rumah sewa saja yang ofis bayarkan. Rumah ni jenis banglo setingkat. Besar, ada empat bilik, sangat luas berbeza dengan rumah lama dia dulu di Taman Melati yang dah disewakan. Ye lah, dapat peluang balik ke negeri asal, mestilah nak walaupun tak dapat duduk rumah sendiri.

Sebelum masuk, bergambar dulu. Tapi Kayra baru bangun tidur, tak ada mood la dia. Tak kira mama, nak jugak mama tangkap gambar. Kita sampai dua minit awal daripada ummi dan abah. Tempayan tu, cantiknya. Kalau rumah kita besar dan ada ruang, mesti kitapun nak letak tempayan sebagai hiasan. Tak dapatlah kita nak, sebab rumah pun nak gerak pun himpit-himpit.

Dah ada tanah keliling tu dapatlah nak berpusing-pusing keliling rumah. Belum masuk rumah lagi kayra dah tinjau-tinjau sekeliling. Mama panggil-panggil tak menyahut dia. Rupa-rupanya ada kat belakang main dengan rabbit. Dah lama Kayra mintak kat papa nak bela rabbit tapi nak buat macammana, mana kita nak letak rabbit tu kalau rumah kita yang tak ada ruang tanah lansung tu. Takkan nak biar kat balkoni pulak.

Bestnya dapat pijak rumput. Kakak belakang Kayra tu kakak Fasihah dan yang tengah pegang rabbit tu abang Asyraffi. Dua-dua tu anak ummi dan abah. Kayra panggil ummi dan abah sama macam abang Asyraffi dan kakak Fasihah panggil jugak. Bukan Kayra saja, semua sepupu Kayra macam tu jugak.

Mak Long ada tiga ekot rabbit. Comel-comel semua. Ada seekor tu berbulu panjang. Kayra suka sangat, sebab dah lama teringin nak bela kan ? Tapi tak dapat lah Kayra. Nanti susah sebab kita tak ada tempat. Kalau ada dan senang nak bela boleh aja. kalau bela rabbit nanti susah kita nak kemana-mana. kalau ada pun susah, tak senang pulak hati kita  nak berlama-lama kat tempat lain sebab teringatkan rabbit kat rumah.


Nak jugak sekeping gambar mama kat sini. Bila yang suka ambil gambar dan kamera pulak kat tangan mama, susah la nak ada gambar mama sendiri. Nak gambar candid memang tak dapat la. Nasib baik sesekali papa boleh jugak layankan mama dan ambil gambar mama. Bulan puasa ni harap-harap dapatlah mama kurangkan sikit berat badan. Berat mama sekarang sama dengan berat mama masa pregnantkan Kayra 9 bulan. Memang berat sangat. 

Papa dan Pak Long. Ambangan Height ni kawasan perumahan yang baru, tapi tempatnya dalam sangat lah.  Kami keluar ikut Plaza tol SP utara ( utara ke kalau kat tepi plaza tol tu ada sekolah teknik tu ? ), pastu ambik kiri pastu kiri lagi ikut jalan nak ke Hospital. Cari je la kat dalam-dalam tu. Jauh jugak dari jalan utama. Tapi rasanya kawasan tu pun tak lama lagi akan membangun jugak. Sebab dekat dengan Carnival Waterpark, Kelab Cinta Sayang, Hospital dan lain-lain. Ofis Mak Long pun dalam kawasan tu jugak. Walaupun tak la dekat dengan rumah tapi tak jauh sangat.

Kakak Ainna dan kakak Mursyida. Ainna ni anak Mak Long yang nombor dua dan Mursyida pulak anak ummi nombor tiga. Dulu masa kecik selalu mama dukung-dukung. Sekarang dah besar, senang pulak nak mintak tolong. :) miss you both

Mama teringin lah rumah besar macam ni. Bestnya kalau dapat. Rumah banglo setingkat. Ada tanah keliling, best sangat bila dapat pijak-pijak rumput. Aidil, mak lang, Aqil, Fikhri dan Yayatz. Aqil tu anak pak cik. Pakcik tu adik lelaki mama. Satu-satunya saudara lelaki yang mama ada.  Masa ni Aqil tinggal denga mak lang sementara pak cik ada kat Mekah, buat umrah.

Dah ramai kan, kita hampar saja tikar dan makan kat bawah. Lauk macam-macam, kuih pun macam-macam. Kita semua tak pernah berkumpul kat rumah Mak Long ramai-ramai. Dah dia bertukar kesini, dapatlah kita peluang makan-makan macam ni. 

Maksu buat sushi, berebut-rebut anak mak anjang. Macam-macam lagi ada. Ayam masak kicap, gulai, nasi kerabu, mama buat ikan sumbat kelapa. Macam-macam la. Banyak sebab masing-masing bawak.

Malam tu bersolat jemaah maghrib, isyak dan buat tarawikh jugak. Peluang yang jarang-jarang kita dapat buat. Lepas sembahyang sambung makan. Anak-anak berlari-lari kat luar while yang tua-tua tunaikan kewajipan. Meriah dan bising macam kenduri. Tapi kita happy dapat berkumpul ramai-ramai.


Sebagai kenangan anak mama jugak. Kenangan masa kecil  Kayra dimana semua masih ada. Selagi masih ada, jagalah kerana nilai kasih sayang itu ibarat segunung intan. Selagi ada, ikat ketat-ketat, peluk kemas-kemas. Kerana jiwa-jiwa itu adalah akar kita, akar yang menentukan siapa kita.
Sekarang semua ada dengan kita, yang sayang kita, yang masih ambil tahu tentang kita. Kita kena jaga ikatan tu. Marah bukan benci. Tegur tanda sayang. Bila dah tak ada, kita harap kita dapat mengenang yang baik-baik sahaja dan lupakan yang kurang enak.  :)

6 comments:

Najwa.H said...

Salam kenal,
hari tu kami ada jgk survey kat ambgn height ni waktu mula nk buat dulu.....tapi terasa jauh sgt ke dalam. tak jadi beli ;)

Anonymous said...

bestnyer...bila berkumpul macam ni kan....

Lily said...

seronok kan berkumpul..... ermmmm.... makan ramai2...solat berjemaah....

syarida said...

Najwa, kawasan Ambangan Height ni satu hari nanti mesti kita rasa dah tak jauh kedalam sebab kawasan Sungai Petani cepat membangun. Tapi tak apa, rumah Dr Najwa pun sangat cantik jugak. Bila nak masuk rumah baru ?

syarida said...

Ya, sudah tentu. nak nak pulak makanan banyak-banyak. hehehe....

syarida said...

Memang seronok bila dikelilingi keluarga flesh and blood. :)
Sama jugak dengan keluarga mertua.
Kita mesti hargai apa yang kita ada. Kan ?

Post a Comment