Thursday 4 July 2013

Planet Gempak

OTW balik dari kampung dan masa tu masih awal lagi untuk sampai ke rumah. Tak boleh balik awal sangat, tak boleh. Dalam perjalanan balik kita akan melalui Batu Kawan. Hmmm...bila sebut Batu Kawan, ingat tapak projek dan ingat jugak tarikh hari tu 30 Jun 2013. Ya, Astro ada buat program kat situ sabtu dan ahad minggu ni. Papa tanya mama, nak pi tengok tak ? , kalau nak pi kejut la Kayra. Kayra tengah  tidur time tu. Bila mama kejut, ok ja dia bangun terus. Jangan terkejut, anak i memang kaki berjalan macam i jugak...

Terus mama call site supervisor kat site. Bukan nak tanyakan apa kerja yang depa tengah buat sekarang tapi tanya ramai tak orang depan stadium ?  (ya, program tu buat depa depan Stadium batu kawan ). Katanya tak ramai sangat.

Masa kami sampai tu memang matahari terpacak atas kepala. Panas sangat-sangat. Tapi mama tengok Kayra steady ja. Muka ada la sikit masam tapi dia tak merungut pun pasal panas ke apa. Kesian Kayra, tapi  disebabkan dia pun nak tau jugak apa yang bising-bising sangat kat sana tu, agaknya kata Kayra dalam hati, baik aku diam je kalau tak mama mesti ajak balik terus.

Tengok tu, ada la jugak khemah tapi macam tak ramai orang sangat kan ? Jalan dua tiga langkah mama suruh berenti lagi nak bergambar. Panas sikit tak apa, janji gambar kita cantik.

Bila penat Kayra berjalan, papa dukung Kayra pulak. 

Nasib baik la depa dua orang ni takda, kalau ada mahunya kita bermalam kat sini lah Kayra oi. Papa kita die hard fan zizan dan Johan....( lap peluh... )

Seronok bergambar, dari satu booth ke booth kita singgah. Nasib baik la mereka berdua ni bagi kerjasama , dapat la gambar-gambar yang comel-comel ni. Kayra dah tak senyum dah sebab tak dapat belon pun. Mama nak cari belon free je tapi time tu rehat, tak ada lah orang nak bagi belon percuma kat kita.

hehehe... merah menyala muka Kayra. 

Boboi. Kat booth Astro Warna.

Satu-satunya celebrity yang kita jumpa live hari tu. Tengah memasak makan tengahhari. Ramai sangat orang berkumpul tengok dia memasak. Kita tak boleh masuk dekat pun. Still tak ada orang nak bagi belon kat kita.  huhuhu....

Syura. Sangat cantik dipandang mata. Dia kan baru menang masterchef celebrity hari tu. Mama tak ikut sangat rancangan tu tapi tau la dia menang. Nampak cekap dia kat dapur

Aaron Aziz. Dia tak ada di sini, tapi gambarnya ada. Segan mama nak bergambar, tolak anak suruh bergambar dah la....

Apa tu, apa tu ...?  Macam best je...


Mama tak kira, mama nak jugak souvenir daripada Astro. Teka-teka nama artis aje pun. Artis barat. Depa tunjuk gambar dan mama teka nama artis tu. Senang je. Setakat nama bratt pitt, Jessica alba dan victoria Beckham. Masa mama dok tinjau-tinjau tadi tu depa teka nama program dan rancangan kat Asro. Nampak susah jugak. Tapi mama kena senang la pulak. Artis ja, cuba depa bagi gambar presiden Amerika syarikat, terkebil-kebil jugak...

Mama dapat buku nota. Jadi lah , daripada tak bawak balik apa lansung ....Hehehe...

Ini kat booth Nickelodeon. Macam best jugak . Ada pertandingan colour-colour lagi. Tapi kesian lak nak biar kayra colouring  time panas-panas macam ni....

Buku ke kad apa ntah atas meja tu, bila mama tanya  orang kat booth tu cakap untuk sama-sapa yang like page  fb depa. Tunjuk bukti dan depa akan bagi kat kita satu sebagai souvenir.

Jumpa teacher Syima pulak kat sini. Jumpa teacher pun masih tak mau senyum Kayra ni. Teacher Syima dah tak kerja kat school kayra. Tapi bila jumpa, kayra still ingat lagi cikgu dia ni... :)
Teacher Syima kalau jumpa lagi kat mana-mana, kalau mama tak perasan ke, tegur la ye sebab mama kayra ni kadang-kadang blur sikit bila kat luar. Orang lain pun sama ye, kalau jumpa tegur la...

Oleh kerana Kayra tak dapat satu pun belon free, maka papa pun beli lah satu belon kat kayra, Satu belon seringgit. Sebab kayra nak butterfly, lima belon dan harganya rm 5.

Tengok tu, dapat belon tu pun masih tak boleh nak senyum lagi. Ok, mama faham, kayra nak bailk kan ? So, jom kita balik. Duduk rumah lagi tenteram dan aman kan ? sejuk je....

So, macammana ? Dah lama mama tak update blog kan ? Penat dan tak ada masa sangat sekarang ni. Dengan projek sekolah yang sedang bermasalah, banyak masa dihabiskan untuk projek ni. Bila balik rumah, terkedang la mama penat, tidur. Masa untuk papa dan Kayra pun jadi sangat-sangat berharga. So tak ada masa sangat nak membelek blog. Ada lagi cerita, pelan-pelan kayuh ok.



p/s :  Kayra dah pandai membaca sikit-sikit, mama dan papa sangat happy dan bangga ok. Sebab kamu belum pun 5 tahun. Tapi kamu malu sangat bila mama mintak kamu baca buku cerita kat wan dan tok.  :)



2 comments:

Siti Hajar said...

peja ada jugak ajak pi tapi tak pi pon..
sbb kepala tgh memikirkan nak pindah umah :(

baby elephant said...

wahh.. dpt buku diva tu kira ok la tu! kayra kena blaja senyum banyak2 ye! nnt murah rezeki. ;)

Post a Comment