Friday 6 July 2012

Pertama Kali Di Seoul Garden Juru ....


Petang sabtu lepas ambik Kayra di Kindy, kita ke klinik ambik ubat mama. Lepas tu kita terus shoot ke Juru. Papa lapar katanya. Lapar tapi nak makan sampai kat Juru. Rupa-rupanya nak ke Seoul garden.
Kayra tau sebenarnya tempat yang kita pi makan ni  adalah tempat yang sepatutnya kita pergi pada 8 Julai 2012 yakni pada hari ahad yang akan datang. Mama nak belanja papa makan hari tu. Tapi papa kita degil Kayra, papa nak buat food tester katanya. Papa pulak yang nak belanja kita malam tu. Ahad ni mama pulak belanja birthday boy. Macam-macam lah papa kita.
Sebenarnya mama dah lama teringin nak makan kat sini, dah siap janji dengan kawan ofis tapi asyik bertangguh saja. Last-last first timer ke Seoul garden tu jadi family treat kita.


Seoul Garden Juru ni rasanya Seoul Garden yang ketiga dan terbaru di Penang . Bangunan pun masih baru. Tapi depa ambik bahgian bawah saja, bahagian atas ada restoran lain. Oh ya, tempat ni kat auto City, lepas keluar dari tol Juru, jalan depan sikit masuk kiri. Kalau tak salah sebelah Pizza Hut. Ada banyak lot kedai makan kat Auto City. Nando's, kfc, subway dan lain-lain.



Gambar mama tak ikut susunan dah, belasah saja lah. Oleh kerana kita pi malam, makanya harga ikut harga dinner lah. Kalau tak salah Rm 32 satu kepala dan kanak-kanak lak ikut ketinggian. Lebih daripada 1.3 meter kena bayar. so Kena bayar jugaklah Kayra malam tu RM 14. Air plak ikut bilangan gelas yang kita ambik. kalau ambik dua kira dua lah kita bayar. harga satu gelas  RM 4. Malam tu kita ambik 3 gelas. Air suka hati boleh tambah berapa banyak kita nak. Sup untuk steam boat lak RM 4.



Nak tau apa Kayra makan malam tu ? Dia makan mi kosong yang rebus dalam kuah steam boat je. Pastu makan epal hijau dua potong dengan aiskrim sikit. Air plak jus manggo separuh gelas pun tak habis.  RM 14 bayar dia makan tu saja. Ok mama lupa, Kayra kecik lagi.


Ni meggi plak. Kosong je semua. Fish ball ke fish cake ke semua tak mau. Mama paksa-paksa, makan jugak la udang sekor. Dalam kereta masa on the way dah habis milo sebotol, tu la sebabnya tu. Salah mama jugak. Tapi Kayra memang tak banyak makan pun. Memilih pulak tu.


Papa tengah memanggang. Sup steamboat tu kita pilih Sup Kimchi. Ada 4 pilihan sup. Ingat-ingat lupa mama, sup tu ada sup kimchi, tomyam, ginseng apa ntah dan sup chinese apa ntah. Sebab nak feeling-feeling Korea sikit, kita pilihlah Sup kimchi. Pedas sikit tapi tapi ok lah Kayra makan. Walaupun sekadar nak buat celup mi saja.


Tak sangka pulak sampai kesini kita, tengok tu mama dengan t shirt sukan ofis saja. Papa la, suka buat terkejut tergempar macam ni. Tak apa lah , bukan baju yang nak makan ye dak ?


Mula-mula mama risau jugak kot kalau makanan korea ni tak kena dengan tekak Malaysia kita ni. Tapi nasib baiklah tersangat sedaplah makanannya. Macam makan steamboat. Banyak betul makan hari tu. Maklumlah buffet. Menangis treatmill kita kalau tengok mama makan malam tu. Makan banyak-banyak, tak tau la berapa lap nak kena lari nak burn kalori dan lemak yang masuk dalam perut kita.


Daging dah siap perap dah, kita just ambik panggang je sendiri. Nak masak rare ke, well done ke terpulanglah ikut tekak kita. Banyak jenis jugak daging perapan yang boleh kita pilih, ada ayam jugak, squid pun ada. Mama teringin jugak nak rasa coffee chicken tapi tak terambil pulak, terasa pelik pulak kopi perap dengan ayam. Entah betul ke kopi ntah-ntah nama saja. Daging kambing jugak yang sedap. Berkali-kali kita ambik.

Kat tengah steamboat, kat tepi lak panggang daging. Sedap ni, melecur lidah sebab makan benda panas. Makanannya, not bad at all. Tak rugi pergi. Tapi tu, pastikan perut kosong sebelum masuk, sebab makanan nya adalah secara buffet, sedap pulak tu. Melantak la hangpa puas-puas. hehehe... aku le tu...

Daging demi daging diambil, masak-masak masuk perut, berjenis seafood udang, siput segala dirasa, pinggan kotor tak tau berapa kali diangkat. Barulah kita rasa muak sikit. Kenyang ? Belum. Tu baru intro kenyang. Dah muak dengan rasa sup, kita ambik pulak sawi jeruk letak dalam kuah, rasa masam-masam sikit pulak. Teruskan menghirup. Rasa masam kan boleh hilangkan mual sikit. Hehehe. Nak jugak menelan lagi aih... Dahaga ?  Pi tambah sendiri.

Orang masih ramai, tapi kita dah surrender. Kononnya nak lepak sampai 10.30 malam tapi perut kita dah cakap, no, no no, please stop. kita akur dengan kehendak badan. Makanya berhentilah kita makan. Ukur tinggi Kayra dan bayar.
Opps... mama nak tunjuk jugak tempat kita ambil makanan tadi, berjenis-jenis. Pilih saja mana yang kita suka. :)



Papa parking jauh. Dekat 'shop in the park' sana. Berjalan jauh sikit kita nak ke kereta. Malas nak masuk lot-lot kedai sebab dah kenyang sangat, nak bawak badan pun dah tak larat, apatah lagi nak merayau. Kat situ pun dah meriah malam tu sebab pacific buat sale jugak . Depa sewa tapak. Ada jugak fun fair Upin Ipin. Tak apalah, lain kali je la kita mai lagi kalau ada rezeki.
Esok pagi mama nak main congkak kat Batu Uban, baju pun tak pack lagi sebab lepas tu kita nak terus balik Taiping.

5 comments:

Anonymous said...

harga pengambilan dessert dgn makanan mentah asing ke dikira sekali dgn bayaran rm38++ per head?

syarida said...

Harga makanan dengan dessert sekali tapi harga minuman kira asing

Unknown said...

org jkr ka

syarida said...

Sopie...mintak tolong cari pelan.....boleh ????

Anonymous said...

Yg 4 jenis kuah tu kita boleh pilih sekali ja ka? Xleh tukaq2 dah?

Post a Comment