Monday 17 November 2014

Dari Kuantan Ke Muar.....Perjalanan Empat Negeri...


Darilah Pahang ke Negeri Johor, singgah sebentar beli berangan....
Hahaha....
Tajuk kat atas tu nak macam lagu asli tu dah...ok, kita sambung cerita kita. Berbulan-bulan nampaknya ambil masa untuk tulis entry ni. Maafkan mama sebab ada hal yang berlaku menyebabkan mama lambat nak selesaikan cerita ni. Well, apa nak buat. Kalau selesai entry ni satu pun, tak tau lah pulak bila mama nak tulis sambungannya balik. Kikikiki....

 Suka sangat mama mulakan permulaan entry dengan gambar sarapan pagi. Di depan tu, sepinggan penuh nasi lemak selaku sarapan pagi mama. Dan Kayra cuma makan nasi lemak dengan telur rebus sahaja.



 Lepas makan dua tiga suap, dia buat cerita pulak katanya kerusi tak cukup tinggi. Its okay sayang, papa kan ada.



 Lepas breakfast, checkout dan teruskan perjalanan terus ke selatan. Dua biji pau kecik ni mama cilok dari cafe tadi. Konon nak buat bekal. tapi kecik sangat....



 Dalam perjalanan, singgah sekejap membeli buah keranji dengan orang asli yang berjualan. Buahnya sangat besar. Sepanjang perjalanan, banyak gerai-gerai yang kita jumpa.



 Jauhnya rasa perjalanan tu, terlelap sekejap, sedar-sedar baru sampai Muadzam Shah.



Lalu Segamat . Mama dah risau, badan Kayra panas tiba-tiba. Alamak... nak demam ke Kayra ?



 Dalam anak nak demam pun, papa tetap gigih nak singgah kat balai polis Bukit Kepong. Tapi tak boleh masuk sebab depa tengah renovate. Tapi kita singgah la sekejap ambik gambar depan tu. ambik gambar muzium je la, kita tak pun...



Akhirnya sampai jugak kita ke  Bandar Muar. Mama tak ingatla kat mana kita singgah sekejap cari farmasi beli ubat untuk Kayra. Rasanya sebelum masuk Bandar Muar lagi. Sebab lepas Kayra makan ubat tu, sempat lah lagi dia tidur .  lepas tu dia muntah-muntah pulak. risau betul mama masa tu.



 Tujuan ke Muar hanyalah satu. Sebab nak jumpa kawan mama ni. Kawan satu poli. Lepas tu satu jabatan jugak. Cuma dia kat Muar dan mama kat Pulau Pinang. Tapi kami selalu keep in touch.



Seronoknya berkawan. Keduanya anak Lin dan kayra. Ini kali kedua depa jumpa. Tapi macam dah lama kenal. Macam kawan satu sekolah. Sangat suci murni hati kanak-kanak.



 Tengokkan telatah nak tergelak pun ada. Riang ria sangat...


Terduduk tergolak tak kiralah time tu. Padahal ini baru kali kedua depa semua berjumpa.


Rumah baru Lin. Bestnya... Seronok bila ada ruang kat belakang. Rumah kita kat penang kalau buka je pintu belakang dah border lorong belakang dah. Takleh nak letak-letak pasu ke apa...


Nampak sangat seronoknya. Jauh rumah kita, kalau tak mesti selalu berkunjung ni...


Happy hari ni mama bila dapat jumpa kawan mama. Ini sebagai membalas kunjungan tahun lepas bila auntie Lin sekeluarga singgah ke rumah kita. Sekejap tapi bermakna. Terima kasih sebab terima kami sebagai tetamu ye lin. Tq jugak untuk lunch.


Lepas tu kita teruskan perjalanan kita. Destinasi lepas ni adalah Melaka. Kita tak bermalam di Muar, kita cuma singgah sekejap saja. Muar dengan Melaka dah dekat kan ?



Sekian cerita Muar. Lepas ni cerita Melaka pulak. Doakan mama diberi ketabahan untuk menaip.
kikikikiki...



xoxoxo