Wednesday 29 January 2014

Kayra's Concert 2013


Akhirnya....

Ini cerita bulan sebelas ok.  Bulan sebelas 2013. Cerita tahun lepas. Mama terlalu sibuk dengan tugas hakiki di pejabat, membawa penat sampai ke rumah. Di rumah pulak Papa dan kayra menanti buatkan mama tak berkesempatan nak menjenguk blog. Bukan blog sendiri saja, blog kawan-kawan pun tak sempat. Huh, cerita pasal diri sendiri, memang mama sangat penat hari-hari ok.

Ok, cerita Kayra ni mama letak kat sini dulu, nanti mama akan letak kat date yang sepatutnya. Konsert Kayra berlansung pada 17 sebelas 2013. So, setiap tahun mamaPapa memang ternanti-nanti hari ini. Tahun depan lagi sekali Kayra akan ada konsert dan graduation day dan tahun lagi sekali Kayra dah darjah satu.
Sampai kesaat ini, memang Kayra seorang sajalah anak Papa dan mama. Bukan merancang, bukan tak ingin, cuma setakat ini, seorang saja rezeki yang diberi Allah. Dan Mama tak berhenti berdoa agar diberi rezeki anak lagi seorang. Amin....


Ok, ini cerita pagi 17.11.2013. Kayra ada rehearsal terakhir sebelum konsert penuh berlansung pada malamnya. Oh ya, konsert Kayra berlansung di Dewan ILP Arumugam Pillai. Macam tahun lepas jugak (2012) tapi kali ni seharusnya lebih meriah sebab Graduan Q dan buka lagi satu cawangan.



MamaPapa hantar Kayra kesitu lepas tu PapaMama balik. Pandai-pandai la kamu jaga diri kamu ye nak...


Masa nak menjemput balik. Sempatlah papaMama tengok rehearsal kayra.


Bukan saja PapaMama, ramai jugak ibubapa yang lain.  Sebab rehearsal tu habis lambat sangat. Semua parent menunggu diluar, sampailah Teacher Pratibha jemput masuk ke dalam.


Tan Yen Pin, Kayra dan Vasheri. Happy together. Menanti waktu untuk pulang ke rumah.


Yang akan bersama kita malam tu, Tok Honey. Tok Honey mai dari Taiping semata-mata nak tengok Kayra kat pentas malam tu... Majlis akan bermula jam lapan malam. Cepat-cepat solat dan kita terus gerak ke dewan.


Pakaian yang Kayra pakai ni misteri sampaila hari konsert. Mama pun tak tau Kayra akan pakai macam ni. Nak seksi-seksi masa kecik je tau Kayra, dah besar kalau pakai macam ni lagi, alamatnya kena pelangkung la jawabnya....



Masuk dalam dewan. SEmua orang ambik tempat. Mama pass Kayra kat Teacher Chang dan mama pun pi duduk kat Papa dan Tok Honey.


Lagu pertama. Oppa Gentleman.


ewah-ewah. Tak tau la ambik masa berapa lama untuk praktis menari ni.


Macam-macam gerakan. Biasa la... Lagu Psy kan...


Persembahan kedua Kayra. Nyanyi Chinese song.


Ni wawa...Ni wawa...


Persembahan ketiga Kayra. Chinese Dance...


Puyau- Puyau....


Kali ke empat Kayra naik pentas sebab ambik piala. Yang ni mama happy. Hadiah untuk speech tiap-tiap minggu rasanya. Mama lupa. Sorry. Tiap-tiap minggu Kayra akan hafal speech untuk dicakap depan kawan-kawan. Tajuknya Teacher Pratibha akan bagi. Eh, mama baru perasan kayra tak pakai kasut... :)


OK. Dah tamatlah acara malam tu. Berebut-rebut Kayra dengan kawan-kawan nak ambik belon. Mama pun naik atas pentas jugak nak bergambar dengan Kayra.








xoxoxox