Wednesday 30 April 2014

Day 2 Jakarta - Monas dan nasi padang...



Weiii...dah lama baru nak update pulak. Serius tak sempat. Hahahahaha....

28 Mac 2014
Dah petang sikit kita keluar dari kawasan  Anchol Hajat di hati nak ke satu tempat tu. Hajat adalah keinginan hati yang harus ditunaikan. Dalam kes ni, hajat hati papa dan mama la...



Kita ambik teksi blue bird lagi untuk kesana. Dah ingatkan papa dan diri sendiri jugak untuk naik teksi yang bermeter sahaja dan blue bird adalah pilihan terbaik. Bukan apa, takut kena tipu kalau takda meter.  Nampak tu, mama siap reveal nama pemandu lagi. Nampak tak apa yang mama nampak ? Tu ha, penjaja tu jual apa tu? Demi sesuap nasi, sangat kagum dengan kesungguhan insan yang mencari rezeki halal.



Dalam kagum, kelakar pun ada. Jenuh depa ni nak berangkut benda besar tu nak jual kat kita yang dalam kereta. Jalanraya kat Jakarta memang macet bangat. So depa ada chance la nak berjalan dan tawarkan jualan depa kat kita ni.



Bahaya pun ada. Tapi depa ni semua dah biasa dengan keadaan macam ni. Semua ni dah jadi warna-warni kota Jakarta. 



Jap, wikipedia bagitau mama... Monas itu adalah....

Monumen Nasional atau yang popular disingkat dengan Monas atau Tugu Monas adalah tugu peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenangkan jasa dan perjuangan rakyat Indonesia untuk mendpatkan kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pembangunan tugu ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk orang awam pada tanggal 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Tugu Nasional terletak di tengah Lapangan Medan MerdekaJakarta Pusat. Tugu dan muzium ini dibuka setiap hari mulai pukul 08.00am - 15.00pm Waktu Indonesia Barat. Pada hari Isnin setiap bulannya ditutup untuk orang awam.

   
Monumen Nasional
Bangunan
LokasiJakarta PusatIndonesia
AlamatJalan Lapangan Monas
Pembinaan
Dimulakan17 Ogos 1961
Disiapkan12 Julai 1975
Dirasmikan12 Julai 1975
Tinggi132 meter
Kontraktor utama
P.N. Adhi Karya
(tiang fondasi)
Pasukan reka bentuk
Arkitek
Frederich Silaban,
R.M. Soedarsono
 

Dah sampai. Tak mahu menderhaka, mama letak gambar abang besar dulu. Thanks papa sebab bawa kami kesini. Walaupun panas terik, jauh nak jalan, letih sangat kita hari tu dengan peluh yang menitik-nitik. Ooooppppssss....sorry...tak baik merungut..



Anje intan payung seorang ni. Macammana pun happy je dia. 



awat gambar mama ni gelap sikit, tak suka la... tapi malas nak edit.



Malas la mama nak edit bagi cerah sikit. Tak apa lah. Terimalah seadanya. kawasan monas ni luas betul. Turun dari teksi tadi tu lepas tu kita berjalan sampai menjejes-jejes peluh. Tapi bestla bila dekat. Canti dan bersih kawasan ni. Ye lah, dah nama pun kawasan parawisata kan ?



Lima ribu rupiah kena bayar kalau nak bergambar dengan binatang ni. Mulanya kita tak mau tapi dia ikut kita kan kayra. Tapi tak pa lah, lima ribu rupiah je pun. Kalau convert dalam RM, dalam seringgit lima kupang macam tu la...



Semakin besar semakin kurus anakku. Tapi semakin comel....sapa lagi nak puji anak sendiri... Hahahaha



Disebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita yang hebat. Kikikiki.... Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu 'andai aku pergi dulu sebelummu..' pulak ...??? 



Mama disuruh buat macam tu ok. Sebab tu mama segan nak edit gambar ni bagi cantik-cantik sangat.... :p



Huhuhu....saja syok-syok...



Ada jugak perkhidmatan bas yang boleh bawak kita pusing keliling kawasan monas. tapi aduh sayang sekali, dah lewat petang. Tak sempat la kita naik bas comel tu.




Disini dataran yang sangat luas, di sana bangunan pencakar lagit. Jakarta sangat besar, bangunannya moden dan cantik.



Bas-bas mini banyak tapi kita tak sempat naik. Tu ha, bear tu tengah cari pelanggan untuk bergambar.



Ada jugak orang ni. Kena bayar jugak kalau nak bergambar.



Tak habis-habis lagi tunjuk.  Semua orang dah tau kan itu Monas ???



Papa, lepas ni mama nak pi bandung pulak boleh ?  Tahun depan ke,  hujung tahun k... Boleh papa cakap, boleh blah... ada plak jawab macam tu.  Eh, gambar ni Kayra yang tangkap tau. Boleh tahan...



Nak beli  fridge magnet. Untuk wan, Tok honey dan lain-lain...



Beli t shirt sikit. bargain jangan tak bargain. Kat sini jugak duit mama jatuh dari poket. tak sedar tapi nasib baik bila pusing balik mama nampak. Alhamdulillah. Kena banyak beringat.




Ini kira kat luar pagar daripada kawasan monas tadi tapi boleh dianggap ruang niaga monas jugak. 




Pilih jangan tak pilih. Tapi kena tawar betul-betul. kalau siap tawar, mendapatla kita harga cekik darah.



Biasa la, bergambar setiap lima saat. Macam artis. artis pun tak macam kita.



Lepas tu kita ambik bajai untuk balik ke hotel. dah penat dah kan ? Jom la kita balik. 


Pasaipa nak naik bajai sedangkan tadi beriya cakap mesti naik teksi bermeter, takut kena tipulah apalah. Ni ha, sebab anak dara papa nak sangat naik bajai. Papa pun ikut je lah.  Last-last masa bayar tu rasa macam tak logik ja, tapi apa nak buat, dah naik kan, dah sampai pun...


L.O.V.E



Tunjuk la bangunan tinggi pencakar langit pun, mama lebih teruja bila nampak bangunan restoran. Kikikiki... 



Naughty face Kayra. Sampai pun kita kat hotel. Jarak perjalanan dari monas ke hotel macam separuh ja perjalanan kita dari Anchol ke Monas tadi. Beza tambang cuma sepuluh rupiah kot sedangkan tadi kita naik teksi dan yang ni naik bajai. Tu yang rasa macam tak logik tu. Tadi tu ada aircond tau, bajai mana ada air cond. Huhuhuhu....


Papa kata ini kali la last kita mai Jakarta. Lepas ni tak mau mai dah...


Kita naik atas rehat-rehat, mandi dan tunaikan apa yang patut, malam tu kita turun balik pi cari makan. Tunggu teksi kat depan ni saja. 


Kita mai kat Restoran minag sederhana yang petang tadi mama nampak. Lapar sangat masa ni dan kayra pulak penat sangat. Tapi penat boleh tahan kan, lapar tu yang tak boleh tahan.



Papa nak snap jugak gambar sedangkan mama dah tak tahan dah masa ni. Sarapan pagi tadi je mama makan, lepas tu tak makan dah. Jadi, masa ni la yang mama tunggu-tunggu. tak sempat dah nak ambik gambar papa. sabar je la...



Lepas makan, hujan lebat turun mencurah-curah. Sebelum tu papa nak ajak kita pi Kota Tua lepak-lepak sana ataupun pi Monas balik bergambar suasana malam. Tapi dah hujan nak buat macammana kan. Nasib baik hujan, kalau tak hujan, penat lagi la kita malam tu. So, kita balik hotel je la tidur awal. Tapi Kayra tidur lambat jugak. Sibuk nak tengok sofea the first kat Youtube. Oh ya, wifi free tengok youtube tak ada sangkut-sangkut pun...


until mama continue again.....hehehe

xoxo


Tuesday 29 April 2014

Day 2 Jakarta - Anchol yang mengembirakan...


28 Mac 2014

Sebenarnya tak tahu nak mula macammana. gambar saja dah beratus-ratus. Mama nak satu hari Kayra baca apa yang mama catatkan disini. Kayra's first visit to Jakarta Indonesia. Tapi mama rasa entry ini akan panjang sangat. bukan panjang sebab mama tulis banyak-banyak tapi sebab gambar yang berlambak. Hahahaha...

Ok, kita mulakan hari itu dengan gambar sarapan pagi. Mulakan Hari anda yang ceria dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat. 

Actually, makanan yang kita makan pagi tu mama rasa macam tak boleh nak masuk la sebab berbeza dari segi rasa dengan makanan tempatan kita. Tapi boleh la kalau setakat nak alas perut. Bukan sebab rasanya tak sedap, cuma berbeza dengan yang selalu kita makan saja...


Kayra makan nasi putih dengan telur goreng dah ok dah dia. Tapi kalau nak banding dengan makanan hotel yang dulu masa first visit mama ke Jakarta dulu, lagi lah mama tak lalu. Boleh la makan tapi lepas tu mama muntah tapi kali ni ok la, dah mula biasa dengan makanan luar kot. tapi kalau kat Jakarta ni ada kedai nasi kandar, rasanya papa dah ajak kita pi makan kat situ kot. Hehehehe....


Lepas itu makan kita tunggu teksi depan pintu hotel. Mula-mula kita cadang nak naik bajai sebab Kayra tu nak sangat naik bajai tapi lepas tanya-tanya kat receptionist, kata depa bajai tak boleh pergi ke Anchol sebab lain daerah, terus kita suruh depa panggil teksi. Ada je teksi BlueBird park kat perkarangan hotel tu, sekejap saja dah sampai.



Perjalanan ambil masa dalam sepuluh minit macam tu kalau tak salah mama. Teksi boleh hantar sampai dalam ke tempat mana kita nak pi. Bayaran masuk ke dalam anchol kalau tak silap mama dalam rm 5 jugak kot, penumpang bayar dan teksi boleh masuk dalam hantar kita.

Anchol ni lebih kurang macam taman tema la. Satu taman tema yang sangat besar kat dalam tu dibahagi-bahagi kepada beberapa tempat yang berbeza mengikut jenis presentation nya. Ada kereta kabel, permainan yang macam Genting Highland, permainan air macam kat Sunway Lagoon, akuarium macam Aquaria KLCC dan Langkawi, pantai yang terus ke laut lepas, macam-macam lagi lah. Memang besar dan kalau nak pusing masuk semua tempat memang tak habis satu hari.

Kita minta teksi turunkan kita kat sini saja dulu. Papa turun saja dari teksi, lepas bayar terus nak update perbelanjaan dalam phone. Macam biasa supaya nanti kita nak tengok telly ke tidak dengan perancangan kewangan yang kita buat sebelum ke sini. Lepas tu terus papa candid gambar kita ni. 


Ini pintu masuk ke Dufan, kat dalam tu perkarangan dalam tu masih free (kita tak bercadang nak masuk sini). Dufan ni macam taman tema untuk permainan outdoor. Dengar kata, Dufan la yang mula-mula dibangunkan oleh Anchol. Dufan tu adalah kependekan dari 'Dunia Fantasi).


Melalui gerbang tadi, kita akan berada di perkarangan dalam dufan. cantik jugak sebagai port bergambar. Macam-macam gaya lah kita bergambar kat sini.


Kat sini juga ada live band. Sedang kita berlegar-legar bergambar kat depan depa tu , dua tiga lagu sepanyol depa dok nyanyi. Lepas tu suasana kat situ sejuk je sebab depa pakai sprinkler sembur air untuk bagi suasana sejuk.


Tinggi badan 100cm bayar penuh. tapi kita tak bayar pun untuk masuk dalam dufan. Cuma try ukur tinggi Kayra saja. 

  
Sebenarnya kita tak masuk dalam pun, kita bergambar kat luar saja memandangkan papa tau kayra mesti penakut nak main-main dalam tu. so kita berjalan keluar dan ambik bas ....


Kita dah nampak ada bas kat dalam kawasan anchol tu tapi kita tak tau dimana nak naik. Lepas kita tanya petugas anchol baru lah kita tau kat mana nak tunggu bas. Menapak lah kita bertiga pergi balik ke depan pintu masuk. Nasib baik tak jauh sangat. Oh ya, nama bas tu ialah wira wiri.


Dalam kawasan Anchol tu, penuh dengan papan tanda macam ni. 


Ok. Wira wiri dah sampai. Jom kita naik.


Kita turun kat Anchol Epic Cablepark. Sebenarnya kita tak tau kat mana nak turun  tapi bila nampak gondola kita ambik keputusan turun kat situ sebab perancangan awal memang kita nak naik gondola kan ?


Anchol Epic Cablepark ini adalah tempat sukan air wakeboarding. Hahaha... mama pun tak tau sangat permainan wakeboarding ni macammana tapi permainan tu macam gabungan luncur air (surfing) dan skateboard. Kamu kena berdiri atas papan luncur wakeboard  lepas tu kamu akan ditarik dengan tali yang kamu pegang sendiri. Macam luncur air di laut bot akan tarik kamu kan, tapi kat sini tali itu akan di tarik dengan kabel yang terpasang di tower. Yang pasti mama nampak sukan air ni adalah sukan yang mahal tapi mesti sangat seronok kan ? Kalau kita berdiri di tepi kolam tu, kita boleh nampak kabel-kabel di dalam air.


Bus stop wira wiri


Ocean Dream Samudera ni macam behind the scene wisata laut katanya. Lawatan sambil belajar tentang ilmu kelautan. Kat dalam tu ada dolphine katanya tapi kita tak masuk pun. Cuma tumpang bergambar kat depan tu saja...   Sapa kata ?


Tadi papa tangkap gambar mama dengan Kayra, sekarang giliran papa denga Kayra pulak. Tempat yang sama.


Mula-mula kita pi sea world

Berjalan kaki lah kita kat tengah-tengah panas tu semata-mata untuk masuk ke dalam sini. 



Bila jumpa tempat duduk kita rehat sekejap. Tempat ni unik jugak kan, ada kuda laut.


Kayra penat tapi excited nak tengok benda-benda baru. Kadang-kadang merengek jugak panas dan penat. Tapi sekejap je dia macam tu selebihnya dia lah kanak-kanak paling riang pada hari itu.


Ada nampak banner ni, singgah sebentar kita nak bergambar.


Dalam kata dok lalu nak pi masuk dalam sana ( mami syle cakap ), boleh pulak kita dok berenti sini nak bergambaq.  Kayra punya la malu sebab mama dok suruh bergambaq dengan ikan jerung bila nampak benda ni atas lantai. 

 Macam-macam ikan kita tengok hari tu.


 Kayra kadang-kadang takut bila mamaPapa nak tangkap gambar dia dengan ikan. Tak tau pasaipa dia takut. Padahal ikan tu bukan boleh gigit pun....


 Bertuah hari tu sebab dapat tengok diver masuk dalam akuarium bagi dugong makan real di depan mata.


anakku bergambar bersama ikan. Tak segan silu duduk bertimpuh depan orang ramai. kikikikiki.....



Ini apa ? Ini la akuarium dalam kereta namanya. Cuba tengok daya usaha depa ni nak tutup semua lubang supaya ayaq boleh bertakung dalam ni. sangat kreatif kan ?


Ini pulak pondok telefon. Jadi akuarium jugak. 


Indonesia merupakan negara kepulauan yang terdiri dari lebih 17.504 pulau terhampar sepanjang garis khatulistiwa. Rentang garis pantai terbujur sepanjang 81.290km dan luas lautan 5.800.000km menjadikan Indonesia sebagai negara maritim dan laut adalah urat nadi kehidupan masyarakat Indonesia.


Suka sangat la bila mama suruh pose bergambar. 



Lupa, tadi lepas bayar tiket masuk , depa cop belakang tapak tangan kita tanda dah bayar untuk masuk.


Cubaan memegang tortoise. Tapi Kayra sangat penakut. Kita tengok sajalah orang pegang ye nak....


Kagum dengan dekorasi kat dalam ni, macam-macam yang dibuat, nampak sangat berseni.


Hammerhead Shark. Sangat Ganas.


Singgah sekejap tengok tayangan gambar. Kalau tak salah tayangan tayangan hari tu pasal binatang tepi pantai.


gambar kat dinding tu bila bergambar akan keluar reflect cahaya yang sangat cantik. Suka sangat mama.


Kayra pun tak kisah bila sekejap mama suruh berhenti sana sini nak bergambar. Maklumlah, kita bukan selalu kesini. Kalau nak pergi pun kena naik kapal terbang. Jauh ooooo Kayra....


kikikiki....kesian anak mama, sekejap-sekejap berhenti. Kacau betulla mama ni....


Ha....kat sini kayra kena marah dengan papa. Boleh pulak dia takut pastu menjerit-jerit. Mama layankan aje. Rasa comel je Kayra takut ikan yang lalu atas kepala. Tak hairan sebab Kayra memang takut air pun...


Singgah sekejap kedai souvenir. Hajat hati nak la beli fridge magnet untuk rumah. tapi depa tak jual la. Berkenan pulak kat si katak ni.


Keluar dari souvenir shop, terus kita keluar dari seaworld. Dan kayra pun terus pakai beg katak yang mama baru beli tu. Comel kan ?




Lepas tu kita naik gondola

Gondola tu macam kereta kabel. Dari dalan kereta kabel kita boleh tengok permandangan kat bawah yang boleh nampak Pantai Anchol, Dufan, Pasar Seni, Ocean Dream Samudra, Sea World dan permandangan sekitar.  Tinggi tau kita kat atas nanti, lebihkurang 21 meter dari permukaan laut. Puas hati.  :)


Cakap banyak tak mau. Kita tunggu papa bayar tiket dulu. Ada tiket baru boleh naik gondola. Eh  !!  Tiket ke loket  ?



Happy child with happy face.


Tunggu turn untuk naik gondola, sabar menanti. 


Cantik, kita nampak Epic CablePark Anchol dari atas sini...


Mama bawak bekal roti gardenia sapu dengan nutella untuk kayra. Kayra kan susah sikit nak makan-makan. So, kena ready makanan yang dia suka.


Papa tu saja la tu nak tunjuk muka penat.



Sampai kat hujung sana, kita turun dan naik balik.


Nampak sikit je laut kat belakang sana. Dok cari-cari gambar pening nak memilih.


Rasanya ini kat dalam Atlantis. Mama tak tau sebab kita tak masuk.


Ini pulak dekat Taman Pantai.


Jauh jugak perjalanan kita atas tu, nampaklah kawasan sekitar.


Dufan rasanya ni.


 Happy up there


Apa yang ada kat sini...




Habis sudah cerita kita kat Anchol hari tu. Dua minggu ambil masa nak siapkan entry ni. Huh... bersawang la menunggu. Itu baru kat Anchol hari kedua. Petang tu kita ke tempat lain pulak. Huhuhu...
Until mama rasa nak update lagi... Mama rasa setakat ini dulu untuk kali ini. Tapi apa-apapun. Memang best pengalaman kita kat sini.