Saturday 31 December 2011

Hari Terakhir 2011

Inilah harinya, akhirnya tahun ini akan berakhir juga. Selamat tinggal 2011.


Friday 30 December 2011

Dengan Tok Honey Pulak

Lepas hantar kakak Ainna. Kita balik rumah Tok Honey pulak. Kita sampai rumah tok Honey dah petang. malamnya papa nak bawak tok Yang dan tok Honey makan-makan. Memang patut pun, sebab kita memang dah sangat lapar kan ?? Kita siap-siap, lepas maghrib kita keluar.

Oleh kerana kamu si kecik, duduklah kamu atas baby chair ni. Sebenarnya mamaPapa dah lama tak letak kayra kat atas baby chair sebab kayra dahpun besar. kaki pun dah takleh masuk rasanya melalui kerusi tu. Tapi sebab semalam meja nya rendah, mama pun try lah letak jugak kayra kat atas tu. Ok je dia.

Tok Honey dan tok yang masa tengah tunggu order, ambik gambar masa perut tengah lapar je mama. Sebabnya, bila makanan dah sampai, mama makan tak ingat sampai lupa nak bergambar bagai.

Esoknya, lepas take out semua makanan basah dari fridge, tok honey tanya kita nak kemana hari ni ?
Papa bawak kita semua pergi Taiping Sentral sekejap sebab Tok Honey nak cuci mata kat kamdar. Kayra papa  bawak main-main.

Sementara mama temankan tok honey ( teman sambil rembat sehelai kain ), papa bawak kayra main-main kat play area ni. Tak silap mama RM6 sejam, tapi papa lebih suka play area kat Sunway Carnival Butterworth lagi,  sebab lagi besar dan lagi banyak permainan. Boring je muka papa, kayra plak tak boring-boring lagi...

Tengok tu, sampai baring-baring anak mama kat dalam tu. Cantik pulak gambar ni kan ?

Bayangkan rumah kita ada banyak bola kecil macam ni. Oh tidakkk.... jenuh papaMama nak kemas nanti. Merata-rata kayra campak bola tu.

Lepas penat jalan-jalan tu. Tok Honey dah rasa lenguh kaki, papa temankan tok Honey. Kayra dah dapat satu belon, senanglah hati dia.


Semalam krismas,  oleh kerana mama nak jugak kayra bergambar dalam suasana festival, makanya mama suruhlah jugak kayra berdiri bergambar kat belakang kerusi urut papa, nampaklah pokok krismas kat bawah tu. Kalau bawak cik kayra ni turun bawah bergambar, maunya dia bawak lari hadiah kat bawah pokok tu nanti. Hehehe...
Tak dapat hadiah dari santa claus, kayra dapat hadiah daripada papa. Pororo ni favourite kartun kayra kat chanel 163. Tengok tu, sangat plastiknya senyum....
Petang tu kita balik rumah kita. 3 hari cuti, 2 negeri kita jejak. Lebih 8 daerah kita masuk. Wah !! Penatnya mama.....

Wednesday 28 December 2011

Gadis Desa Pulang Ke Ibu Kota

Kita pergi pada  25/12/2011

Hari tu wan ajak kita makan kenduri lagi kat Lenggong. Lepas tu wan suruh kita hantar kakak ainna kat stesen keretapi ke Kuala Lumpur. Kakak Ainna ni anak kakak mama yang sulung. Hari tu lepas balik dari Krabi, kakak Ainna tinggal kat kampung dengak tok dan wan sebab sekarang ni dia free tunggu result SPM je.
Mula-mula wan ajak kita hantar kakak Ainna ke KL tapi mama rasa tak larat la, hari selasa dah kerja, takkan nak hantar lepas tu balik kot. Kalau nak naik bas, leceh. Lebih baik naik tren. So, bila Papa kata kita hantar kakak Ainna kat stesen keretapi, kayra rasa happy la sebab kayra kan suka choo choo train.
Kita bertolak dari rumah tok pagi tu dalam pukul 9.30, pukul 12 kita dah sampai rumah kenduri. Makan nasi minyak. Lepas makan kita salam-salam dengan semua orang dan kitapun gerak ke Ipoh. Kita target sampai di sana sebelum pukul 230. Kalu diikutkan, sempat lagi kalau nak ambik tren pukul 2 tapi mama takmau la terlalu rush jadi kakak Ainna naik je tren pukul 3. Sampai kat stesen, beli tiket dan kita sempat lagi duduk-duduk minum, sembang-sembang dan lambai-lambai kat tren pukul 2.
Bila tren kakak Ainna sampai, kita turut naik dalam tren tu hantar kakak ainna. Sangat cantik dalam tu buatkan papaMama teringin lah pulak nak naik tren lepas ni.
Lepas tu kita turun, lambai-lambai kat kakak Ainna dan kat luar kita pergi ke bahagian depan untuk tengok kepala keretapi. Hehehe...macam-macam la mama kayra ni cerita.
 Bunyi siren menandakan keretapi akan bergerak tapi bunyi yang kuat buatkan kayra terkejut. Hehehe...

so, that's how the story ends...


Stesen keretapi Ipoh yang sangat gah. Bangunan warisan ni, so jangan sesapa berani nak robohkan. Kalau tak silap mama, bangunan ni ada sejak zaman kolonial lagi. Kalau salah, harap maafkan mama.

Nampak tu, bertetapan tak dengan tajuk. Sangat lah gadis desanya Kakak Ainna dengan baju kurung. Sweet je bila tengok anak dara pakai baju kurung kan ??

Hotel Majestic Station Ipoh ni share bangunan dengan stesen keretapi, sangat nostalgia dan klasik.

Cewah... anak dara mama dengan gaya yang tak boleh tahan.

Kakak Ainna tengah bercakap telefon dengan mama dia, pastu call wan pulak. Anak mama tengah tengok mama yang tak habis-habis tangkap gambar.

Ok, keretapi dah sampai. Kita naik sekali hantar kakak. Salam kakak dulu. Baik-baik ye kakak Ainna. Nanti datang rumah Kayra pulak.


Mama kayra tengah betulkan kedudukan beg kakak Ainna.Tempoh perjalanan dalam 2 jam setengah. So, kena relax-rilex bila duduk dalam tu. Kat dalam tu semua serba baru. Nampak sangat selesa.

Kita dah turun dari tren (bukan sebab dihalau ). Sebab tren akan bergerak bila-bila masa je dari sekarang. Nampak tu, ada orang nak bergambar dengan kita jugak...

Nampak Kakak Ainna dari luar tingkap tren. Kayra lambai-lambai kakak Ainna dari luar.  Dah besar anak buah mama ni. Nanti besar Kayra pun kena pandai macam kakak Ainna tau. InsyaAllah...

Persekitaran sangat selesa, semua masih baru. harap-harap tahap kebersihan dan kemudahan akan dijaga sampai bila-bila walaupun stesen ini nanti berusia 100 tahun lebih...

Papa kata keretapi ni, keretapi elektrik dan ianya adalah keretapi laju. Papa kata, nanti papa nak bawak kita naik keretapi ni. Nanti dekat-dekat rumah kita pun akan ada stesen keretapi yang baru jugak.

Bye Bye Choo Choo Tren, nanti Kayra datang lagi. Bye Bye kakak ainna....

Makan Kenduri Bersama Wan dan Tok

Kita Pergi Pada 24/12/2011

Kita balik kampung mama sebab dah lama rasanya kita tak balik kampung. Last kita balik masa raya haji hari tu. Masa balik dari Krabi, semua orang balik rumah tok tapi kita tak balik pun. Jadi baru-baru ni kita pun balik lah. Kebetulan pulak ada kenduri, makin seronok lagi bila mak anjang pun balik sama. Gamat rumah kita rasa.
Kenduri tu buat kat rumah family paksu, kenduri kawin adik paksu. Kita bertolak dua kereta. Kereta wan dan kereta kita. Mak lang pun join kita sekali.
Kita sampai awal kat rumah kenduri. Pukul 12 dah sampai. Masa tu orang tak ramai lagi. Wah, berselera betul dapat makan gulai batang pisang. kayra pun mama bagi izin  suap  makan sendiri. Tak pedas pulak nampaknya. Ada makanan sampingan lain seperti 'serawa labu' dan rojak buah.
Kita tak lama kat situ. Sebab jemputan dah makin ramai. Lagipun, mama takut kayra panjat pintu gerbang berbunga pengantin sebab mama tengok kayra macam berminat sangat. Lepas paksu dan maksu join kita tak lama lepas tu, kitapun bertolak balik. Kita tak lupa bersalam dengan mak pengantin dan hasilnya, berbeg-beg goodies kita dapat.










Airport Kita Berwajah Baru

Kita datang sini pada 17/12/2011

Hari ni hari Sabtu. PapaMama bawak kayra pergi jamuan kahwin uncle Awie. Lepas tu kita balik rumah sekejap. Papa ajak kita jalan-jalan Penang, tapi tak tahu kemana. Kita ikut je papa. Di pertengahan jalan baru papa dapat idea, papa bawak kita tengok airport. Masa kita pergi Sabah bulan 7 hari tu, airport kan tengah renovate. So, kita pun teringinlah jugak nak tengok macammana keadaannnya sekarang. 
Sesampainya di sana... wah !!! dah hampir siap. Hari tu masa pergi sabah, kita terpaksa lalu satu lorong sementara lepas maksu loading kita kat loading bay. Sekarang ni, terowong tu dah tak ada. Tempat melintas pun  dah terbina cantik.
Tapi, kerja-kerja renovation belum siap sepenuhnya. Papa kata, nanti kita datang lagi. Sempat jugak kita jalan-jalan dalam tu selama sejam. Takleh lama-lama, nanti kita boring. Kita tengok kat tingkat bawah, dan kita juga naik ke tingkat atas. Lepas penat jalan-jalan dalam tu, kita gerak keluar dari situ. Hajat hati nak cari nasi kandar pulak ....












Tuesday 27 December 2011

Jambatan Kedua Pulau Mutiara

Lawatan pada 19/12/2011

Jambatan kedua ni dibina dalam daerah yang sama dengan mama bekerja tapi baru sekarang dapat peluang untuk tengok tapak.
Pada hari itu, mula-mula mama dan kawan-kawan diberi penerangan di dalam pejabat tapak dan kemudiaannya baru lah dibawa naik bot untuk tengok jambatan yang masih dalam pembinaan tu. Masa tu, ada group dari JKR Kuala Kangsar pun join jugak lawatan hari tu. Laju betul bot tu, basah muka mama dengan air laut yang terpercik. Tapi best, teringat bot kat Krabi dan bot laju yang mama naik dengan papa masa mama pregnantkan Kayra 6 bulan 3 tahun lepas. Hehehe.
Kami disediakan 3 biji bot. Rombongan pejabat mama seramai 10 orang muat untuk sebuah bot dan 2 bot lagi untuk rombongan JKR Kuala Kangsar. Setiap bot disediakan seorang staff jambatan untuk memberi penerangan dan menjawab apa-apa soalan yang berkaitan. Jadi, apa-apa yang menjadi persoalan kami tanya saja dan 'dia' akan menjawab on the spot.
Projek Jambatan Kedua ni memulakan pembinaan pada 8 november 2008 dan dijangka siap pada 8 November 2013 dimana ia dijangkakan mengambil masa 62 bulan tempoh pembinaan dan projek ini adalah milik Lembaga Lebuhraya Malaysia. Projek ini dipecahkan mengikut pakej dimana setiap pakej mempunyai kontraktor tersendiri.
Jambatan ini akan mengandungi  laluan dua arah dan setiap satu petak adalah mengandungi 2 laluan kenderaan dan setiap satu arah terdapat laluan motosikal berasingan yang terpisah. Rekabentuk laluan tersebut adalah berbetulan dengan JKR U5 standard. 
Jambatan ini akan dihubungkan dari Batu Maung Interchange di Bayan Lepas Expressway, Batu Kawan Cloverleaf Interchange di PDC Road dan Batu Kawan Interchange di Lebuhraya UtaraSelatan( kM 154.7).