29 Julai 2013 adalah tarikh mama jumpa doktor dan ini adalah appointment mama yang pertama selepas operation. Papa dan mama sampai di Hopital Bagan Specialist Centre (BSC) lebih kurang jam 10.15 pagi. Bila sampai kat pintu depan, wheelchair pulak tak ada. Papa hantar mama terus kebelakang kat unit kecemasan. Kat situ ada wheelchair. Dari situ mama ditolak masuk seorang staff BSC terus ke klinik Doktor Tan manakala papa pulak pi parking kereta.
Punyalah lama nak tunggu jumpa doktor sebab client dia ramai sangat hari ni. Boring betul. Nasib baik tak terlelap saja.
Akhirnya nama mama dipanggil, tapi bukan masuk bilik doktor tapi bilik lagi satu sebab simen fibreglass mama akan dibuka, doktor nak tengok luka kat kaki mama.
Mama senyum tapi sebenarnya mama takut jugak. Nak nak pulak bila tengok alat nak potong simen tu. Tak terkata i. Redha je la satgi...
Seriau. Orang utara cakap seriau. Orang belah selatan, timur barat panggil apa aaa? Ngilu ka ? Tak sanggup nak dengar bunyi tu.
Mama ambil keputusan untuk tidak tengok semasa kerja pemotongan dijalankan. Harap-harap tak la terkena body. Kalau tak, menjerit la mama kat situ.
Nasib baik berjaya dengan jayanya....betulkan ayat tu ? Dia buka plaster kat kaki mama.
Doktor Tan masuk dan cakap, mari saya tengok luka you. Hmmm...ok...elok...dah kering...
Eeeiiiii....ngerinya mama tengok. Nasib baik kat kaki, kalau kat muka dah nampak macam chunky je. Chunky mama....hehehe...
Lepas tu dia spray kat luka tu. Tujuannya untuk bagi kalau luka tu kena air akan kalis air la. So selamat la luka dari terkena air. Tak tau nak explain. Pastu dia letak plaster baru.
Lepas tu dia sarungkan kaki mama dengan kain macam pakai stokin.
Lepas tu kerja-kerja membalut. First time mama tengok kerja-kerja menyimen kaki. Ye la, hari tu kan doktor simen kaki mama masa mama tak sedar dari bius lagi.
Bandage tu doktor celup dalam besen yang ada cecair jernih, bila dia balut kaki mama, bandage tu akan mengeras. Dalam dua tiga minit dah keras.
Dalam masa doktor dok buat kerja tu mama adala cakap, kalau boleh mama nak la doktor simen jangan sampai tutup jari kaki mama macam hari tu, jari kelengkeng mama tak nampak. Tak puas la mama rasa. Kalau gatal tak dapat garu. Doktor jawab mama rasa macam lawak pulak, "you nak pakai cutex raya ke?". Alahai doktor, nak sambut raya pun tak tentu lagi ni. Macammana nak beraya dengan kaki bersimen....
Dalam masa doktor dok buat kerja tu mama adala cakap, kalau boleh mama nak la doktor simen jangan sampai tutup jari kaki mama macam hari tu, jari kelengkeng mama tak nampak. Tak puas la mama rasa. Kalau gatal tak dapat garu. Doktor jawab mama rasa macam lawak pulak, "you nak pakai cutex raya ke?". Alahai doktor, nak sambut raya pun tak tentu lagi ni. Macammana nak beraya dengan kaki bersimen....
So, sessi kali ni selesai dalam masa tak sampai pun satu jam. Next appointment adalah pada 12 Ogos 2013.
No comments:
Post a Comment