Tuesday 31 July 2012

Siput

Bulan Puasa saja mesti kita nak makan siput. Kedai Mak Siti tu cuma jual siput pada bulan puasa. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab siput-siput tu banyak pada bulan puasa atau memang strategi berniaga gerai Mak Siti macam ni. Tak kisah lah apa pun.
Kayra memang tidur lambat, tak larat nak bergaduh dengan dia mama ni kalau nak ajak tidur. Suruh baca 'Peter And Jane' mengantuk, suruh tidur nak tengok kartun pulak. malam tu dia buat perangai, nak tengok tv. Katanya " Teacher cakap, tengok kartun, mama". Banyak cantik, macam tu lah dia. Suruh buat matematik atau belajar apa-apa, semedangnya teacher suruh macam-macam. Hari tu suruh minum air masak dia jawab "Teacher cakap, tak boleh minum, mama" Hmm...macam-macam.
So malam tu, kita keluar lah. makan siput. Dah takmau tidoq sangat kan ?

Duduk je dan kita terus start order. Kita pilih tiga jenis siput. Nanti sat, nanti sat....mama nak perah otak mengingat nama-nama siput ni. Maklumlah, dah berhari-hari pergi, berhari-hari jugak tersimpan posting ni dalam draft. Takpalah, kita cakap pasal air je la dulu nak ? Papa tengah makan lin chee kang. Sekian.
Hehehe...
Bekas putih yang bertanda 36 tu tempat buang kulit siput. Kalau dah makan siput, jangan tak reti-reti buang kat dalam bekas tu. Kalau tak, penuhla lantai dengan cengkerang pulak. Jangan risau, kat sini ada tempat basuh tangan jugak. Tupperware biru tu mama bawak bekal Kayra. hari-hari makan donut je sampaikan kat kedai pun bawak donut. Ye lah, dia bukan makan siput pun. Tapi, malam tu dia tak makan pun. Geram mama, buat penat bawak saja.

Semua siput ni di 'serve' kan dengan sos pencicah. Tak tau la mama sos ni buat sendiri ke beli. Macam sos cili, pastu depa tabur plak atas sos tu dengan kacang tanah. Sedap. Sepinggan siput ni harganya RM6.

Cik kak ni kerjanya dok main-main saja dengan siput ni. Ye lah, bentuknya kan unik sikit. Makan tak mau, main mau. Esok nak pi school tu, malam pukul sebelas dok cerah lagi bijik mata. Kalau tak pujuk-pujuk tutup lampu, maunya sampai pukul 2 pagi. Esoknya mama jemput kat school petang, adalah nanti teacher cakap, Kayra mengantuk lah, kayra tertidur lah. Hmm...tak tau la... Nak marah sangat pun kecik lagi.

Ok, sessi memperkenalkan siput secara one by one. Ini katanya si 'waiter' kedai tu, nama siput ni siput duri. Favourite mama ni. kalau papa bagi pilih, memang siput ni lah yang mama akan order.  Isinya kenyal tapi nak ambik isi tu macam susah sikit. Pegang pun kena hati-hati kan, sebab tajam.

Ni kalau tak silap mama namanya siput unam. Tapi mama tak boleh telan la. Sebab rasanya berbau selut sikit. Mual sikit mama rasa. Satu je mama makan. Tekak tak boleh terima. Tapi papa tu, papa telan macam tak ada apa-apa je. Mungkin orang lain suka kot tapi mama tak berkenan la.

Ini tau ? Kalau tak tau baik pi masuk dalam peti ais la. Ini kerang. Tapi yang kami makan ni namanya kerang bulu. Saiznya besar sikit daripada kerang biasa dan kat kulitnya yang hitam tu macam berbulu sikit. Hmmm, nama pun berbulu je nak sebut. Isinya kenyal sikit daripada kerang biasa. Tapi mama tak berapa suka jugak la. Macam besar sangat.

Dah la cerita pasal kerang. Tahun lepas bulan puasa pun mama ada cerita jugak pasal siput-siput ni. Tahun depan mesti datang lagi kalau ada rezeki. Tahun ni pun dah dua kali pi. Kalau sapa-sapa nak cuba try, datang lah Gerai Mak Siti kat Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Bukan siput saja ada tau. Macam-macam ada. Laksa pun sedap. Mai la na...

Friday 27 July 2012

Iftar pertama di rumah baru mak long....

Tahun ni hari pertama puasa yakni satu ramadhan jatuh pada hari sabtu. Hari cuti. Awal-awal lagi ummi kita, ummi perlis ajak kita sama-sama pi serbu rumah maklong kat Sungai Petani untuk berbuka sama. Mak long baru berpindah balik ke Kedah selepas bertahun-tahun tinggal di Kuala Lumpur untuk bekerja. Dah hampir sebulan mak long pindah sini, kita masih tak berpeluang nak pi jenguk rumah dia. Jadi bila ada plan macam ni,  dapatlah kita jenguk sekejap. Lagipun, nak pi makan kan ? So tak ada masalah bagi kita yang kuat makan ni. Tapi, awal-awal lagi ummi pesan, ada pot luck ok, jadi bawaklah apa-apa untuk dimakan sebabnya kita semua tak mau lah nak susahkan tuan rumah. Mak long ni kakak sulung mama dan ummi kakak kedua.

Well, ini pertama kali sampai Ambangan Height. Besarnya rumah mak long. Tapi rumah ni rumah sewa saja yang ofis bayarkan. Rumah ni jenis banglo setingkat. Besar, ada empat bilik, sangat luas berbeza dengan rumah lama dia dulu di Taman Melati yang dah disewakan. Ye lah, dapat peluang balik ke negeri asal, mestilah nak walaupun tak dapat duduk rumah sendiri.

Sebelum masuk, bergambar dulu. Tapi Kayra baru bangun tidur, tak ada mood la dia. Tak kira mama, nak jugak mama tangkap gambar. Kita sampai dua minit awal daripada ummi dan abah. Tempayan tu, cantiknya. Kalau rumah kita besar dan ada ruang, mesti kitapun nak letak tempayan sebagai hiasan. Tak dapatlah kita nak, sebab rumah pun nak gerak pun himpit-himpit.

Dah ada tanah keliling tu dapatlah nak berpusing-pusing keliling rumah. Belum masuk rumah lagi kayra dah tinjau-tinjau sekeliling. Mama panggil-panggil tak menyahut dia. Rupa-rupanya ada kat belakang main dengan rabbit. Dah lama Kayra mintak kat papa nak bela rabbit tapi nak buat macammana, mana kita nak letak rabbit tu kalau rumah kita yang tak ada ruang tanah lansung tu. Takkan nak biar kat balkoni pulak.

Bestnya dapat pijak rumput. Kakak belakang Kayra tu kakak Fasihah dan yang tengah pegang rabbit tu abang Asyraffi. Dua-dua tu anak ummi dan abah. Kayra panggil ummi dan abah sama macam abang Asyraffi dan kakak Fasihah panggil jugak. Bukan Kayra saja, semua sepupu Kayra macam tu jugak.

Mak Long ada tiga ekot rabbit. Comel-comel semua. Ada seekor tu berbulu panjang. Kayra suka sangat, sebab dah lama teringin nak bela kan ? Tapi tak dapat lah Kayra. Nanti susah sebab kita tak ada tempat. Kalau ada dan senang nak bela boleh aja. kalau bela rabbit nanti susah kita nak kemana-mana. kalau ada pun susah, tak senang pulak hati kita  nak berlama-lama kat tempat lain sebab teringatkan rabbit kat rumah.


Nak jugak sekeping gambar mama kat sini. Bila yang suka ambil gambar dan kamera pulak kat tangan mama, susah la nak ada gambar mama sendiri. Nak gambar candid memang tak dapat la. Nasib baik sesekali papa boleh jugak layankan mama dan ambil gambar mama. Bulan puasa ni harap-harap dapatlah mama kurangkan sikit berat badan. Berat mama sekarang sama dengan berat mama masa pregnantkan Kayra 9 bulan. Memang berat sangat. 

Papa dan Pak Long. Ambangan Height ni kawasan perumahan yang baru, tapi tempatnya dalam sangat lah.  Kami keluar ikut Plaza tol SP utara ( utara ke kalau kat tepi plaza tol tu ada sekolah teknik tu ? ), pastu ambik kiri pastu kiri lagi ikut jalan nak ke Hospital. Cari je la kat dalam-dalam tu. Jauh jugak dari jalan utama. Tapi rasanya kawasan tu pun tak lama lagi akan membangun jugak. Sebab dekat dengan Carnival Waterpark, Kelab Cinta Sayang, Hospital dan lain-lain. Ofis Mak Long pun dalam kawasan tu jugak. Walaupun tak la dekat dengan rumah tapi tak jauh sangat.

Kakak Ainna dan kakak Mursyida. Ainna ni anak Mak Long yang nombor dua dan Mursyida pulak anak ummi nombor tiga. Dulu masa kecik selalu mama dukung-dukung. Sekarang dah besar, senang pulak nak mintak tolong. :) miss you both

Mama teringin lah rumah besar macam ni. Bestnya kalau dapat. Rumah banglo setingkat. Ada tanah keliling, best sangat bila dapat pijak-pijak rumput. Aidil, mak lang, Aqil, Fikhri dan Yayatz. Aqil tu anak pak cik. Pakcik tu adik lelaki mama. Satu-satunya saudara lelaki yang mama ada.  Masa ni Aqil tinggal denga mak lang sementara pak cik ada kat Mekah, buat umrah.

Dah ramai kan, kita hampar saja tikar dan makan kat bawah. Lauk macam-macam, kuih pun macam-macam. Kita semua tak pernah berkumpul kat rumah Mak Long ramai-ramai. Dah dia bertukar kesini, dapatlah kita peluang makan-makan macam ni. 

Maksu buat sushi, berebut-rebut anak mak anjang. Macam-macam lagi ada. Ayam masak kicap, gulai, nasi kerabu, mama buat ikan sumbat kelapa. Macam-macam la. Banyak sebab masing-masing bawak.

Malam tu bersolat jemaah maghrib, isyak dan buat tarawikh jugak. Peluang yang jarang-jarang kita dapat buat. Lepas sembahyang sambung makan. Anak-anak berlari-lari kat luar while yang tua-tua tunaikan kewajipan. Meriah dan bising macam kenduri. Tapi kita happy dapat berkumpul ramai-ramai.


Sebagai kenangan anak mama jugak. Kenangan masa kecil  Kayra dimana semua masih ada. Selagi masih ada, jagalah kerana nilai kasih sayang itu ibarat segunung intan. Selagi ada, ikat ketat-ketat, peluk kemas-kemas. Kerana jiwa-jiwa itu adalah akar kita, akar yang menentukan siapa kita.
Sekarang semua ada dengan kita, yang sayang kita, yang masih ambil tahu tentang kita. Kita kena jaga ikatan tu. Marah bukan benci. Tegur tanda sayang. Bila dah tak ada, kita harap kita dapat mengenang yang baik-baik sahaja dan lupakan yang kurang enak.  :)

Wednesday 25 July 2012

Steak you, sebelum puasa...


Sebelum puasa request macam-macam nak makan kat papa. Satu-satu papa tunaikan. Sabar je lah bila dah selera melebihi had kemampuan seorang manusia. Ahak ahak ahak. Statement tak boleh blah. Tapi kan, dua tiga hari sebelum puasa mama dah stop pelan-pelan makan nasi, papa tak bagi. Bukan tak bagi makan banyak tapi tak bagi makan terus. Hampir nak pitam mama bila mendadak stop tak makan nasi. Mana boleh, dari kecik dah benda tu yang ditelan tiba-tiba nak sekat selera kita pulak. Tapi, dah nama dipaksa tu kan, akhirnya dapat jugak lah mama kurangkan kuantiti nasi yang masuk dalam perut mama. Dulu kalau makan mesti nak bertambah, pastu makan sepinggan je, pastu setengah, kurangkan lagi portionnya, last-last berenti terus. Tiba-tiba mama sedar. Eh ! tak mati rupanya kalau tak makan nasi. Hehehe...
Ni kalau tok masa sihat dulu kalau mama sebut tak mau makan nasi sebab nak kurus mesti dia cakap, "Sakit lah kamu nanti kalau tak makan nasi, nanti nak angkat kaki pun tak larat". Bukan tok tak mau mama kurus, tapi tok akan risau kalau mama atau anak cucu dia tak mau makan, takut tak ada tenaga.  Lagipun kita kan orang bendang, adat lah petani makan nasi untuk dapat tenaga untuk membajak sawah. Kalau berani, tanyalah mama, bendang mana mama pernah membajak. Hmmm... itu serius, beri masa untuk saya menjawab.
Tapi terus-terang mama cakap, mama nak kurus bukan semata-mata sebab nak nampak elok sikit, tapi atas nasihat doktor jugak. Mama kena kurus kerana bersebab.
Ok, sekali lagi intro mengarut dari mama. Hai, kalau diikutkan memang malas nak update blog, tapi memandangkan hari ni dah hari kelima puasa. Orang lain dah start cerita pasal sahur, berbuka, mama masih lagi dok tayang cerita bowling, konvo, makan siang. Gambar-gambar pun dah berhari terperam kat dalam draft. Ala, kalau nak cerita pasal masak, memang tak ada la masak-masak bulan puasa ni. Papa kata, takyah susah-susah, kita beli saja, ini lah masanya nak makan makanan pasar ramadhan. Tahun lepas, walaupun mama masak, tapi yang beli tetap beli jugak. Last-last, cik tong sampah yang dapat makan semua tu. So, tahun ni kita berbuka dengan makanan beli saja. Kayra pun, hari-hari asyik makan donut saja. Kesian jugak, tapi takpa, mungkin minggu kedua mama akan start balik masak.
Ok, kali ni entry malam last sebelum esok kita nak puasa, pagi sebelum subuh tu kita nak bersahur, malam tu jugak kita nak berniat puasa sebulan. Malam tu, tiba-tiba mata kita jadi biru, selera kita berubah ke barat, kita nak makan macam orang putih. Ya, kita nak makan daging tanpa nasi. Wah, macam nak bangga je, bukan nak bangga, tapi pelik. Tadi elok je cerita pasal nak kurus tapi sekarang ni dok cerita pasal makan pulak. Ala, tak kisah la.

Bertempat di Stesyen Victoria Seberang Jaya, kita dah sedia sampai kat situ jam delapan setengah malam. Kalau nak diikutkan, kita tak payah nak rasa teringin-teringin sangat nak makan daging sebab kita boleh makan selalu-selalu kan sebab Wan kan bela kambing, dah biasa sangat makan kambing panggang. Tapi kali ni lain, kita nak la yang masak stail orang putih sikit. Hari ni, tekak kita tekak mat salih.

Mama makan bukan habis semua tau, sikit saja. Sebab dah dua tiga hari perut diprogramkan untuk makan sikit saja. Dan memang menjadi, memang mama makan sikit. Wah, mama cakap macam betul-betul nak kurus nih. Kelakar je, nak turun sikit saja ikut cakap doktor.

Dulu kalau makan guna tangan kiri mesti mak marah. Tapi dah besar, dah cerdik guna tangan kiri jugak. Tapi nak buat lagu mana, dah macam tu la cara makan steak. Takkan nak memotong guna tangan kiri kot. kalau tak cekap boleh potong jari wooo. Tapi kali ni makan kat sini mama rasa macam tak sedap sangat la, mungkin sebab mama tak ada selera sangat ke atau mama kenyang. Tapi dulu, mama rasa lagi sedap kot.

Kayra tak makan daging. Kayra makan jagung dengan fries saja. Dia memang suka sangat jagung. Tak payah susah-susah nak order  yang bukan-bukan, bagi je jagung, mesti habis punya. Kayra tu kalau nak tau, sekali makan, dua puntung jagung yang besar tu pun boleh habis tau.

Papa, sambil meratah sempat lagi menyudu sup. Kayra taknak dia, sup orang putih dia tak suka.  Kita ni pa, orang melayu. Sup kita cair, bukan pekat macam ni ha. Papa cakap, sepanjang bulan puasa nanti kita mesti takkan makan makanan orang putih la, bulan puasa makan murtabak, bubur lambuk dan makanan kemelayuan lain. Sekarang ni, kita makan ini dulu, esok, kita telan makanan kita. Tapi anak mama suka donut, camna tu ?  Nampaknya sebulan la kita takkan makan burger mc Donalds, kita makan burger Malaysia yang ada sambal bilis tu. Lagi sedap kan ?
Bila tengok gambar mama yang ni. Besarnya mama. Mungkin betul apa yang doktor kata, cuba kurus sikit. Mungkin kurus boleh buat mama rasa cergas dan mungkin boleh bantu mama dapat apa yang mama nak. Gemuk bukan tak cantik tapi gemuk mungkin punca masalah mama. Ok, mama akan cuba sungguh-sungguh kali ni. Pemusnah segala diet mama adalah nasi dan mama sangat gemar coca-cola. Dah stop sikit-sikit ni. Tengah mencuba dan mencuba lagi.


Eh ! tiba-tiba je ada gambar ni pulak. Elok-elok ja tadi dok sembang pasal makan dan doktor, muncul pulak gambar ni. Ini gambar anak mama, lepas makan kita pi Autocity sekejap. Layankan Kayra main-main kat funfair. Makin surut badan Kayra berkat kelasakan yang makin lama buat mama makin pening. Penat nak layan. Moga kamu membesar jadi anak yang berguna ye anakku.

Sampai disini dulu lah. Sat lagi papa ajak pi Pasar Ramadhan. Papa tak mau makan nasi petang ni. Tapi mama nak makan sikit la. Rasa tak bermaya sangat hari ni. Sikit saja makan, tak tambah.  Janji..

Wednesday 18 July 2012

Konvo Papa


Pada 16 Julai 2012 adalah tarikh konvokesyen  Politeknik Sultanah Bahiyah yang ke 7. Hari tu papa dapatlah diploma yang papa Kayra nak tu selepas belajar  hampir dua tahun lebih. Papa Kayra start belajar masa Kayra baby lagi dan bila Kayra dah besar, dah pandai cakap pun, Kayra dapat tengok sendiri papa naik pentas ambik diploma. Papa belajar sambil bekerja, hujung minggu papa pi la kelas, weekdays kerja macam biasa. Selama dua tahun tu, hujung minggu papa memang sarat dengan aktiviti belajar dan kawan-kawan saja, nak bawak mama dan Kayra jalan-jalan pun kadang-kadang tak sempat.

Pada hari konvokesyen ni mula-mula papa cadang nak pakai baju melayu hitam, dah tempah siap pun. Tapi last-last bertukar fikiran, nak pakai kemeja pulak. Hari tu lah beli kemeja, hari lepas seoul Garden Gurney tu. Tak mau beli kat pulau, kita patah balik beli kat Pacific. Dah kemeja baru, nak jugak slack baru. Semua ni sebab konvo. Baju melayu tu nak buat pakai raya, elok lah hari tu cakap takmau baju melayu raya, Kayra dan mama dah buat baju kurung hijau. Tak matching lah kita raya ni.
Dan saya, tak ada gaun baru pun untuk konvo ni. Papa kata tak perlu baju baru sebab raya ni pun Kayra akan dapat gaun baru. Lagipun Kayra ada gaun berhelai lagi. Sangat seronok kayra hari ni. Dapat bergambar dengan banner konvo pun muka manis harum setaman.
Masa kita baru sampai kat sini, orang tak ramai lagi jadi dapatlah kita pilih kat mana kita nak duduk. Kita pilih duduk depan-depan menghadap tv. Dekat jugak dengan laluan papa nak ke pentas nanti. Tok Honey dan Tok Yang takmau masuk duduk dalam dewan. Makanya, kita berempat akan duduk kat luar sama-sama.
Mama doa-doa harap-harap Kayra dapat bertahan behave sepanjang dok tunggu majlis papa ni selesai. Mama bawak roti dan air kalau-kalau dia mintak. Tapi mama lupa nak bawak susu. Nasib baik tak merengek mintak susu. Tapi memang tak duduk diamlah dia. Budak kecik nak suruh duduk diam setempat dalam sejam dua mana boleh, takkan boleh punya. Melainkan dia tidur.

Nak sangat beli present untuk papa. Bagi pilih sendiri, yang ni dia pilih. 'Papa suka coklat, mama'. Tak sampai 5 minit, coklat atas tu dah habis. Sukahati kamu lah Kayra. Tapi sekejap, mama nak tangkap gambar sebagai kenangan papa. Tak dapat present dari Kayra, tengok gambar pun cukuplah k, papa.

Masa ni papa dah gerak dari tempat berkumpul tadi. Call mama suruh snap gambar. Gambar ni je lah yang terbaik mama dapat. Sebab papa bergerak kan ? Macam tak ramai, sebab depa buat banyak sessi konvo. Gerak dari tempat berkumpul tadi tak jauh, dalam 15 meter saja rasanya.

Dah dekat dengan kita. Masa ni Kayra pulak merengek nak pi kat papa. Terpaksalah mama snap gambar dan sebelah lagi pegang tangan Kayra. Buatnya dia lari pi kat papa dia siap menangis peluk kaki bagai, nak jugak lah papa dia nanti tak masuk dewan terus, ataupun meraunglah si anak tu sebab kena cubit. Ala, yang makcik baju hijau bunga merah ni, tiba-tiba pulak ada kat depan, dah tak cantik gambar mama.

Ok, lepas tu kita duduk bawah khemah balik. bagi tengok cd, diam sekejap dalam setengah jam. Sekarang Kayra tengah addicted dengan cd barbie princess. Yang dia tengah tengok tu Princess Elina yang ada wings tu. Apa nama tu, Fairytopia ke?  Dia kenal watak dalam tu, Elina, Azura, fungus, laverna semua. Janji duduk senyap sudah. Senang mama. Dapat lah mama dengar dengan kusyuk segala ucapan aluan (padahal mama dok surf internet kat phone).

Tok Honey dan Tok Yang datang jugak tengok konvo papa. Ye lah kan, hari konvo adalah hari meraikan kejayaan dan semestinya ibubapa lah yang patut ada. Dah besar panjang, sekolahkan, hari ni dapat apa yang nak. Papa memang nak Tok Honey dan Tok Yang datang hari ni datang tengok dia naik pentas dan bila tok berdua dapat datang, kita pun rasa sangat happy.

Papa tengah beratur kat luar dewan pulak untuk masuk balik dewan, naik pentas. Dan Kayra bila nampak papa terus nak pi kat papa. Tapi bila mama kata papa nak naik atas stage, terus dia tanya, papa nak nyanyi ? Oh yes sayang, papa nak nyanyi. Terus pi duduk kat kerusi tengok tv. Mudah tertipu, tak elok tu, tak elok sayang.

Dan akhirnya, dapat jugak apa yang kamu nak. Segala malas bangun pagi nak pi kelas, segala penat buat assignment (yang entah buat entah copy je tu), hilang bila dah dapat pegang apa yang dicita-citakan. Kalau nak cerita tu macam-macam, ada satu malam tu yang esoknya nak exam, baru sedar ada kawan pinjam buku dah lama dah tapi tak pulangkan. Buku tu la yang nak baca untuk exam esok. Mengarut betul papa kita. Tapi semua tu dah tinggal kenangan kan ?

"Mana aci Kayra saja bergambar dengan banner konvo, saya pun nak, dah hari ni hari konvo saya kan? Asyik orang lain je interframe, mana boleh. Biarpun panas terik ketika ini, nak jugak saya bergambar dengan jubah, mortar board, paper bag poli dan bunga daripada isteri saya ini." Kata papa di dalam hatinya

Sekarang, semua orang bergambar. Terpaksa berkali-kali snap sebab Kayra masa tu lah nak tengok longkang lah, nak tengok rumput lah. Dah la panas membahang. Gambar ni diambil masa kita dah nak balik. Kita pi tangkap gambar studio pulak lepas makan tengahhari. Ye lah, gambar kenangan yang profesional sikit. Nak harapkan gambar amatur mama ni, berapa sangat yang semenggah, yang lainnya hampeh. Sebab awal lagi, kita balik bilik mengemas dan check out dulu baru pi bergambar. Kita masih pakai satu kereta ke studio gambar, dah selesai balik motel ambik kereta sebab tok Honey nak terus balik lepas tu. Lepas salam-salam dengan Tok Honey dan Tok yang, kita ke Poli sekali lagi untuk hantar jubah papa. manakala Tok honey terus gerak ke Taiping. Lepas settle hal papa, kita terus gerak balik rumah. Tapi sebab awal, papa belanja Kayra mc Donalds kat Perda dulu sebab kayra sangat baik hari ini.

Kayra dengan Mortar Board Papa, mamaPapa harap Kayra dapat pakai mortar board di hari konvokesyen sendiri suatu hari nanti. Belajar rajin-rajin ok...


Thursday 12 July 2012

Seoul Garden Again....


Hari Jadi Papa. Kita akan sambut berlima dengan maksu dan paksu. Tempatnya kat Seoul garden Plaza Gurney. Tak ada lagi tandatanya macamana rasanya sebab kurang lebih 48 jam sebelum tu kita dah rasa kat Juru. Papa lah yang spoil kan 'keexcitetan' mama. Tapi ok lah jugak, sebab kita dah dapat picture nak makan apa, nak ambik sup apa, dan tau dah apa yang Kayra akan makan dengan tahap kepedasan yang boleh dikawal. Hmmm...

Berbanding dengan Seoul Garden Juru, kat sini kita bayar dulu baru makan. So kita kena declare berapa orang yang nak makan, bayar dan kita akan diberi meja. Sup steamboat, mama pilih sup kimchi lagi sebab mama rasa tak ada masalah untuk Kayra makan dengan kuah sup ini.

Dua orang tetamu khas masih tak sampai-sampai. Kita dah lapar. Jadi kita makan dulu. Tapi mula-mula tu kecoh jugak sebab kita nak tukar meja, meja yang di bagi kat kita tu sempit sangat la. Susah nanti nak keluar masuk.
Mama suka sangat seafood, sangat menggemari seafood. Udang, ketam, siput-siput tapi agak kurang sikit dengan sotong. Masuk saja dalam kuah tu, tunggu mendidih sikit, pastu dah boleh makan.
Kayra ? masih setia dengan mi celup kosongnya. Sayangnya kat sini tak ada epal potong, yang ada pun epal hijau yang dibuat salad. Kayra sorry la salad-salad ni, bukan dia makan pun. Udang ada jugak makan sikit hari tu. Tapi cik kak ni sekejap-sekejap nak ke toilet. Kacau betul la mama nak makan tau.
Tapi, mama sayang budak ini. Sangat sayang budak ini. Apapun tak apa untuk dia. Masa nakal mama marah, tapi kalau dia sakit, demam ke apa, memang mama tak senang duduk lah. Dua tiga jam kat situ, dia sangat boring. Silap tak bawak cd player, boleh dia tengok 'princess' kat situ.
Mereka sampai bila kita dah menambah daging untuk pinggan kedua. Sebab mereka duduk dekat sini dan nak jugak sama-sama join kita. Makan kat Seoul garden kena makan ramai-ramai, baru meriah dan menambah-nambah pun tak sedar. Patutnya hari tu kita counting berapa kali kita bangun duduk ambik makanan. Daging kambing tu tak tau la berapa pinggan. Udang rasanya dekat sekilo.
Happy Birthday Papa. Tak ada hadiah untuk papa kali ni tapi mama belanja makan best kan ? Tapi sayang sikit, dah tak ada suprise dengan rasanya. Tu la, nak jugak makan hari tu. Orang nak buat special treat untuk papa.
Makan punya makan, tambah punya tambah. kita kekenyangan sebentar. Tapi, jangan tertipu dengan gambar ini. Tadi baru intro.  Masa ni kita rehat sekejap, nak bagi apa yang dimakan tu hadam dulu. Hehehe...
Masa ni la, kayra tu sat sat nak pi toilet, sat sat nak pi toilet. Mama faham Kayra boring tapi mama buat-buat tak faham. Aiskrim pun dia buat main-main dah. Chopstik tu tak tau berapa batang dah jatuh bawah meja dia buang.

Bergambar dulu. Yang tak best makan steamboat ni, muka akan berminyak-minyak, melekit dan habis satu badan bau makanan. Tempat pulak tertutup. Tapi, kalau dah teringin tu kan, hadap je la. Makan daging dengan sos pencicah korea tu sangat sedaplah. Dan kita sangat banyak makan daging kambing.
Tukar plate barbeku, sebab dah ada bekas hangit-hangit. Plate baru, semangat pun baru. Siap tambah sup lagi . Kena charge RM 4, tak kisah lah. Apa lagi, mulalah membakar lagi. Mari kita memasak.
Dan, makan lagi, dah jemu dengan daging, kita panggang udang pulak. Tapi semua dah slow down dah. Tengok daging pun dah tak berapa nak lalu. Agaknya, perut masing-masing dah cakap, tolong jangan makan lagi, tolong jangan makan lagi.
Kayra dah jemu makan aiskrim ni, Kayra dah cakap kat mama Kayra nak rumah kita, tapi mama dan papa tu asyik makan, makan. paksu dengan maksu pun sama. Semua orang buat tak tau saja kat kayra. Dah la Kayra sorang saja kanak-kanak, semua biar je kayra main sorang-sorang.
Baru tau rupanya mangkuk steamboat tu tak panas lansung. Tengok tu, selamba saja paksu angkat. Papa pun dah buat muka kenyang. Dah kenyang ke ?
Wah, rupanya paksu angkat Mangkuk tu supaya mudah dia nak panggang udang. Part ni kayra suka la, Kayra memang suka udang. Tapi sebab dah kenyang, kayra cuma makan tiga ekor udang saja. Sedap juga, udang, panggang buang kulit dan cicah dengan sos.
Mama rimas dah dengan melekit-lekit semua ni, Rasa macam nak sabun je muka. Kalau Seoul Garden ni kat tempat terbuka alangkah bestnya. Ada angin yang bergerak, barulah kurang sikit baju tu berbau dengan makanan.
Ambik kesempatan bergambar depan kedai ni masa bawak Kayra  pi toilet. Mama rasa mama lebih suka suasana Seoul Garden kat Juru. Kecil sikit tapi best, mungkin sebab baru. Seafood kat sana lagi fresh.
Bila lah mama nak kurus macam maksu ni. Dah boring badan besar-besar. Dulu masa study saiz S saja baju-baju mama. Tapi bila dah kerja, hmmm... malas lah nak cakap. Asyik cakap nak diet, lepas ni , lepas ni. Tapi tak lepas-lepas pun.

Maksu pulak tangkap gambar kita. Masa ni kita semua dah tak lalu lagi nak telan daging, nak hirup sup. Kat atas meja kita cuma ada mangkuk-mangkuk aiskrim saja.
Sekarang ni, kayra nak suap-suap aiskrim kat paksu plak.
Papa pulak.


Dah, dah. Selesai sudah semua. Masa untuk meninggalkan meja makan. Kita semua terus balik lepas tu. Sempat jalan sekejap je dalam mall. TQ maksuPaksu sebab join kami. lain kali kita datang lagi K.