Saturday, 27 July 2013

Oasis Log Nasi arab



Eii...ini cerita lama ok. Lama tak lama pun kiranya sebelum puasa la ni.  Masa ni kita balik Taiping. Hujung minggu. Cerita makan memang popular kat blog mama ni kan ?

Alkisahnya ini la nama kedai. Nasi Arab. 


Kedai ni asalnya rumah je. Tapi dah diubahsuai jadi kedai makan. Comel mama tengok kedai ni. Kalau la ini rumah kita, macam-macam boleh ubahsuai ni. Rekabentuk luar dah cantik. Berangan tak salah kan ?? Hehehe....


Semua dah tak sabar membelek menu. Sambil membayangkan rupa makanan tu.


Ok. Giliran papa pulak snap gambar mama. Papa tak candid pun sebab papa panggil nama mama. Takut kalau spontan tak cantik kot gambar tu. Tapi mama ok je rasanya....


Mama tengok menu ni rasa macam....hmmmm.... apa nak makan ye...???


OK, waitress dah sampai. Apa agaknya yang tok honey order agaknya...


Kaunter kat dalam sana...


Maklumat kedai yang jelas. Sila tuan kedai bagi diskaun kat saya lain kali. Hehehehe...


Papa rasa lebih feel bila makan sambil duduk. So, ke dalam lah kita bertukar tempat. Tak kisah lah...


Chicken Mandy Rice mama. Kayra tak makan apa kecuali ayam ok. Kayra memang tak makan nasi yang colour-colour. Tak gemar.


Tekun menikmati makanan. Papa makan Mandy rice kambing dan Tok yang apa ye, mama rasa nasi kabsa kambing. Kabsa ke khabsa mama tak tau sebut dan eja. :)


So, we enjoy our meal today.




Kayra kena belajar makan banyak jenis makanan sikit ye. Rugi je kalau kita tak pandai makan, beribu-ribu jenis makanan patut kita cuba tau. Tak elok jugak kalau memilih makan. Susah nak jalan-jalan nanti.
:)

No comments:

Post a Comment