Thursday 18 October 2012

Kenduri Kesyukuran Paling Happening....



Dah masuk dua minggu entry ni ada dalam draft post blog mama. Mama tak sihat, jadi ambik masa jugak la nak publish kan. Tapi tak apa, oleh kerana mama nak jadikan penceritaan ini lebih dramatik dan up to date, mama akan gunakan ayat seolah-olah peristiwa ini baru terjadi to make it just happen ok.  Hehehe... mama kau memang poyo Kayra.... Marilah kita sama-sama melalui pengalaman yang baru berlaku ini...

 Wan dan Tok nak pi Mekah Isnin ni ( save the date 16 oktober 2012 ). Jadi sebagai tanda kesyukuran dan selain doa memohon Allah memudahkan dan meminta kelapangan ketika beribadah di tanah suci wan dan tok adakan sedikit kenduri doa selamat dan bacaan yaasin.

Majlis belum berlansung. Mama dok tercari-cari dimana Kayra. Oh, disini rupanya. Senyap saja main sorang-sorang. Tengok tu, baru saja mama simpan patung kungfu panda tu sebab dah nak start kenduri. Bila masa dia ambik bawak keluaq pun mama tak tau.


Kat belakang, ketika semua orang sibuk memasak. Wah, hari tu kita makan nasi kawah ok . Wan tumbangkan dua ekor kambing untuk kenduri. Burung merpati sembelih sampai nak kosong sarang. Mesti sedap ni. Kat kampung kita mana boleh pakai katering, tak rock la. Semua gotong-royong.


Dan ketika sibuk-sibuk. Budak berdua ni masuk dapur nak cari benda untuk dimakan. Mama bagi je keropok kentang. Habis satu tupperware dikerjakan mereka. Lapar nampaknya.


Majlis bacaan yaasin dah nak start. Semua orang dah ready. Dari jauh nampak tok duduk atas kerusi sana. Pakai tudung hitam. Gambar ni bukan mama snap ye, mama bagi Kakak ainna snapkan sebab mama 'sibuk' di dapur.


Huru-haranya dapur tok. Tu, nampak tak mama Kayra tu tengah pegang penutup cerek. Mama tengah buat kopi tu. Tak nampak ke ?  Ala, yang pakai tudung hitam berbaju merah tu....


Wan tengah makan. Oppps nanti sat, mana gambar orang baca yaasin ? Mama rasa mama dah silap susun gambar ni... tak apalah. Kita tengok je lah gambar wan tengah makan ni dulu...


Setiap hidang disusun dalam satu dulang (talam). Senang bila berangkat nanti. Untuk empat orang satu hidang, angkat je satu talam ni dan letak. Senang dan mudah.


Tok tih tengah baca yaasin. Tok tih ni kakak Wan tau Kayra. Jangan tak kenal pulak. Nampak tok kat belakang sana tapi boleh tengok dari jauh saja, takkanlah kita nak berjalan ke tengah majlis semata-mata nak tangkap gambar tok tengah baca yaasin kan ?


Wah, gambar makanan. Part yang paling mama suka adalah part memperkenalkan makanan. Hari tu, menu-menu yang ada adalah gulai ikan kering, kurma kambing, sup kambing (paling sedap), som tam (kerabu betik. Ala, kerabu thai tu...), ikan goreng (dan ikan kering jugak), merpati masak kicap, sambal belacan dan ulam-ulaman.


Gambar salah susunan lagi. Tak apa, abaikan saja. Ketika majlis bacaan yaasin sedang berlansung dibahagian sudut pandangan yang lain pulak.


Ini gambar anak-anak buah mama sedang makan. Semua makan berkumpul satu tempat. Senyap saja. Dulu bukan main masa kecik. Nak suruh makan pun susah, sekarang ni asal dapat makan senyap, asal senyap je makan.


Ni pulak gambar suasana kat depan. Papa ambik gambar.


Kayra yang sepet mata sebelah sebab baru lepas sakit mata. Mata dah baik tapi sepetnya masih belum hilang. 


Tok Anjang dan Tok Su. Dua-dua adik tok. Terima kasih sebab mai kenduri ni.


Tidak boleh tidak. Mesti ada gambar camwhore. Mama kan gilergambar.....
Kakak Ainna, mak su, Kakak Mursyida dan MamaKayra


Gambar dua orang ni yang paling jarang ada dalam blog mama. Wan Nur Fasihah (anak ummi) dan Khairunnisa' (anak mak anjang). Payah sangat nak bergambar. Nah, mak andak kau letak gambar besaq-besaq macam poster k-pop....


Ha ! dan susah jugak nak ambik gambar anak bujang pak cik ni tersenyum. Dapat jugak akhirnya. Gambar ni nanti mama cuci dan gantung kat dinding rumah Wan ok ?


Mama dengan Wan. Baru sekejap tadi (18/10/2012 jam 3.10ptg) wan telefon mama dari Mekah cakap wan dengan tok sihat. Lega mama rasa. Dari jauh wan telefon. Rindu ni....


Dah terletap mereka berdua ni. Penat buat kerja ke penat kekenyangan. Jangan nak buat malas ek. Bangun dua-dua orang tolong apa yang patut. Pi basuh periuk besaq, pi...


Pakcik, papa dan paksu tengah bersembang nak calm down lepas penat makan. Satgi boleh sambung lagi tuh...


Ish , si Aqil ni. Sangat geram dengan kamu boy...


Yang si berdua ni memang tak kisah siapa dah. Tak ingat dunia bila boleh main.


Mak su ni saja tau. Mama nak bergambar dengan wan dia pun nak. 


Ok, satu gambar mama dengan maksu. Nak jugak letak gambar ni sebab mama dah kurus sikit sekarang. Dah lama rasanya gemuk, dah tiba masanya untuk kurus semula.


Dan dengan keadaan rumah yang masih tunggang langgang. Sempat lagi anggota lelaki berjemaah maghrib bersama-sama. Mama ambil gambar ni dari tingkat atas rumah. Terlindung dengan tangga tapi tak mengapalah.


Selesai sudah majlis hari tu. Lebih dari 40 orang doakan Tok dan Wan sihat dalam menjalankan ibadah di Makkah. Syukur dipanjatkan sebab setelah sekian lama menanti, dapatlah Wan dengan tok menunaikan ibadah rukun islam ni. Moga mendapat Haji Mabrur.

*** Syukur ****



6 comments:

zulaikha megat said...

bila kyra nak beradik nih..hehehe (soalan xder kena mengena ngan tajuk n3)

Unknown said...

soalan cepu emas ni ida??? kuang3

syarida said...

Entah la kak, tak ada rezeki lagi..... :)

syarida said...

Ala kak effa ni, main cepu-cepu pulak. Ntah la, tak nampak bayang lagi kak...

Bunda_nora said...

salam kenal...meriah nampaknyer kenduri..

ida said...

Salam Kak Nora. :) tq sbb sudi jenguk blog yang tak sepertinya ini...

Post a Comment