Friday, 9 December 2016

Hujung November



Nak tau apa makna macam biskut ? Biskut tu macam blog ni la, sekejap ada sekejap tak ada updatenya. Gambar berlambak-lambak tapi nak taipnya tu yang malas. Banyak cerita, banyak gambar tapi malas sangat la mama rasa nak buat posting. Kerja banyak kat ofis lagipun. Rindu zaman-zaman rajin berblogging dulu. Masa kakak kayra seorang dulu, banyak kan cerita, sekarang ni mama rasa hectic sangat hidup mama.


Tengok gambar ni rasa macam dan besar sangat anak-anak mama. Kakak dah dah masuk darjah tiga dah, audra plak dah pandai nak makan sendiri dah sekarang. Garang bukan main. Ini gambar masa kita otw balik kampung. Dah sampai sebenarnya tapi singgah makan sekejap sebab papa dah lapar. Sarapan je pun...



ini gambar pagi-pagi masa mama nak hantar Audra pi taska. Mood Audra ok je pagi tu. So marilah kita wefie sekejap. Muka dah berubah ke Audra ?



Hubungan mereka sangat rapat. Senang hati mama tengok kakakAdik macam ni. Tapi Audra tu garang sikit ye. Asyik kena je kakak...



Tapi kena macmmana pun, kakak tetap takkan jauh dari adiknya. Bila adik tidur, tetap nak membaca, nak tengok youtube kat tab, nak melompat dan membising kat tepi adik. Tu yang buat mama selalu marah tu...



Ini gambar kakak masa majlis ihtifal kafa. kakak ambil bahagian dalam nasyid. Macam-macam cerita sementara nak tunggu kakak habis nasyid pun. Biasa la Audra, bukan dia boleh duduk diam. Dalam dok menunggu tu dia boleh jatuh kerusi dua kali, lebam pipi. yang mama ni excited dok tunggu kakak, dia boleh pi jatuh pulak. Dah la nak pegang pun tak bagi. Biaq duduk sendiri, sakit pulak dapat.


Balik dari majlis intifal kakak kita terus ke Padang Serai Kedah sebab ada hal sikit. Petang sampai rumah. Malam tu dah nampak dah tanda-tanda biji-biji kat muka. Alamak, harus dah ni. Campak nampaknya... Bercuti lah mama seminggu menjaga Audra.



Ini gambaq bila ek ? tak ingat tapi dalam bulan november le, awal november. Bergambar kat Aeon Taiping. Saja nak letak gambar tu kat sini. kanak-kanak, dimana pun depa boleh happy. Kebahagiaan tanpa syarat.


Kerja tak pernah habis, rezeki tak pernah putus, pahala masih tipis, dosa tak pernah pupus.....



Dah renew pasport kakak, buat baru pasport adik. Orang tanya ada nak pi mana-mana ka? Apa mama nak jawab? tak kita tak bercadang nak kemana pun, cuma papa tu cakap kena standby sebab mana tau kot2 kita nak pi makan-makan kat negeri sebelah ke... 


Hari pertama cuti sekolah. Kakak ke Tadika lamanya dan Audra tetap ke Taska. Sorry sayang mama kena kerja. Hujung tahun, kerja makin banyak ok.


Hahahaha...mama betul tak ada idea nak tulis apa, just ada caption gambaq ja. Mama janji lepas ni mama update pasal percutian kita ke Cameroon Highlands ok. Kesian anak-anak mama nak tengok kenangan depa nanti. Tq jugak kepada reader yang sudi membaca. Tak ramai mama tahu yang nak baca apa yang mama tulis. Tapi mama tetap happy jugak walaupun jumlah reader mama tak ramai. Lain kali mama tulis panjang-panjang lagi.

xoxoxo