Sunday 31 August 2014

Nota untuk kayra

Sunday 10 August 2014

Pangkor 2014...Hari Last


Hari Last kita, papa masih tak sihat pagi tu. Tapi kita yang sihat ni, harus teruskan aktiviti. Mama nak bawak kayra berendam lagi pagi ni. Resort tempat kita duduk kan ada kolam. Semalam lepas balik dari pantai dapat sekejap saja. So pagi ni sebelum balik, kita berendam puas-puas.

Bila papa dah rasa lega sikit, papa ikut kita ke tepi kolam. Dapatlah jugak snap gambar kita kat tepi kolam ni.


Kesian Kayra sorang-sorang, tak ada kawan. ada budak-budak kat situ tapi tak mau berkawan sebab mereka dah sekumpulan.


Papa suruh Kayra ambilkan nescafe, laju je dia ambik. Tak ada bantahan. Memang Kayra selalu begini, mudah sangat kalau nak mintak tolong. Jarang melawan. 


Tak ada kawan tak bererti tidak gembira kan ?


Rasa seronok tengok gambar kayra di dalam kolam sebab sebelum ni, dia takut sangat dengan air. Sampai mama rasa macam nak tolak-tolak je dia masuk kolam yang cetek tu dulu masa dia takutkan air.


Persis model majalah mangga. Lima tahun umur kamu sekarang, dua bulan lagi dah enam tahun. Cepatnya masa berlalu...


Dah penat berendam papa panggil naik. Sebelum tu, cuci badan dulu.


Mandi sendiri, mama nak tengok pandai ke tak...


Kita dah settlekan hal kolam pagi ni. Jom balik bilik dan siap-siap untuk balik.


ok, dah siap.


Beg katak tak lupa.


Sempat lagi sebelum van sampai papa nak urut pulak.


Sibuk je dia nak naik sama.


Van pink kita dah sampai. Orang kaunter tolong panggilkan.


Senyum dulu. So sweet Kayra, dan papa pun walaupun tak sihat lagi.


Bertiga. dah tak sweet sangat dah. dah jadi sweet and sour. Mama sangat kembang di situ.


Bila dah sampai jeti, bot kita tak sampai lagi. Kita yang sihat ni kecuali orang sakit tu rasa nak makan la pulak mama yang lapaq sebenarnya. So, kita berdua pergilah makan dulu tinggalkan papa jaga beg. Makan cepat-cepat , sedap sungguh sambal sotong kat situ. Pastu, tengah makan papa call cakap dia tak tahan sangat, nak tidur kat bahu. Cepat-cepat la kita pergi kat papa. Kesian papa.


Nasib lah baik bot kita ke Jeti Marina tak ramai orang. eh tak, bukan tak ramai orang sebab masa naik tu penuh jugak tempat duduk, maksud mama tak ramai orang menunggu untuk naik. Jadi mana datangnya orang-orang itu ya ??


Ok, dah naik bot kita bergambar dulu. Selfie je. Oh papa, muka kamu sangat tak larat ternampak di situ. 


Dah sampai tanah besar, panaskan enjin kereta dan terus gerak. Eh  !! Kena bayar parking dulu.


Bye Jeti Marina, Bye Semua, bye Kenangan....



xoxoxo

Pangkor 2014...Malam itu...


Menepati slogan foto dan kata-kata berpisah tiada...

Letih teramat malam tu tapi mama lapaq sangat. Kayra tu dah terlentok-lentok. Mula nya macam dah mengantuk. Mula-mula tu cadang nak round pulau naik skuter dulu. Tak berani bagi Kayra duduk depan, so letak la dia kat tengah-tengah antara papa dan mama. Sekali tu mama panggil, dia dah senyap, rupanya Kayra dah terlelap. So kita pusing balik ke resort. tapi masa nak parking tu Kayra dah macam segar pulak. Sementelah perut pun dah lapaq, so terus la kita jalan cari makan. Park motor dan kita berjalan kaki je. Dekat je pun, area jalan tepi pantai.

Satu gerai ke satu gerai kita lalu tapi tak masuk-masuk. Lalu satu gerai tengok banner, oooo ok ikan siakap sekor siap masak RM 38, takpa jalan lagi. Satu gerai lagi, sekor  siakap stim RM 30, oooo ok tak pa tak apa, jalan lagi......

Ok, dah jumpa dah satu gerai. Ikan siakap siap masak, kailan goreng ikan masin, ayam goreng pedas  dan untuk ketiganya RM 40++. Ok lah tu, setuju lah... Tanpa ragu kaki melangkah masuk.

Kayra dah menyebai-nyebai sebab dah mengantuk tapi papaMama ajak jugak makan. Ye la, seharian dia tak mau makan apa-apa, seronok punya pasal.


Ya, sudah mari siakap stim kita yang seksi ini. Sangat sedap tau...


Meja kita malam tu. Bertambah-tambah kita makan. kayra cuma makan dengan telur mata goreng saja. Tak apa lah, janji dia mau makan. 


Merajuk. Sebelum makanan sampai dia dah tumpahkan segelas air. So, senyap je la makan malam tu. Sepatah pun tak cakap. Mama panggil untuk tangkap gambar pun takmau pusing dah.


Ada buskers plak datang nyanyi dari meja ke meja.


Ok, dah sampai meja kita . Nama dia JAS.


Request pa, jangan tak request. 'Suatu Masa' dari M. Nasir satu. Sayangnya lirik Jas tak berapa ingat. Dia mintak papa nyanyi sekali, kikikikiki....


Dah sampai bilik, happy lah dia. Tadi mengantuk sangat, sampai bilik dah sejam tak tidur-tidur lagi. Dalam dok sembang-sembang, tiba-tiba senyap ja kayra, tengok-tengok dah tidur.



Jam sepuluh setengah ke sebelas macam tu la, papa dah start sakit perut, pening dan muntah-muntah. Dah sudah, apa yang tak kena ni ??  Kena keracunan makanan agaknya. Tapi, apa yang papa makan, semua mama makan. Entah la, no idea. So, papa memang tak sihat malam tu. Merah-merah muka mama tengok. Kesian papa kita...


xoxoxoxo



Pangkor 2014...Selepas check in...


Amaran : Entry ini mengandungi banyak gambar, jangan sampai termuntah...




Lantak le, papa kata semua nak tulis, semua nak letak gambar. Eh ! Kita nak bagi detail la papa, senang nanti Kayra nak baca dan nak ingat apa yang jadi. Kan kayra kan. Mama buat semua ni untuk kayra dan anak-anak mama, kalau mama ada anak lain le...


ok, lepas check in papa ambik motor sewa. mula-mula nak ambik motor tapi macam tak best, kalau ada raga kat depan. Mula-mula papa kata  kita ambik ja la motor, tapi kesian la kayra pulak kan. kalau motor dia kena duduk anatara mama dan papa. Kalau naik skuter, boleh duduk depan, skuter kan tak ada raga kat depan. Lama jugak kita dok pilih-pilih, last-last dapat jugak skuter yang orang baru hantar rasanya.



Tempat pertama yang kita pi adalah ke arah Teluk Dalam, nampak lapangan terbang, singgah la sekejap bergambar. Airport ni kecik ja, untuk landing pesawat kecik.



Nasib baik family kita tak ramai dan kayra pun kecik lagi. Dapatla kita merambu dengan sebiji skuter, kalau ramai dan Kayra dah besar sikit tak dapatlah agaknya kita naik satu motor lagi.



Di hujung tanjung merenung cantiknya air.



Cantik sangat sampaikan tak boleh nak stop snap gambar walaupun panas membahang ketika ini.



Sengih sungguh mama aih...



Kat tempat lain, guna monopod pulak....



Bestnya main pasir.



Kayra ajak mandi tapi no...cannot sebab sat lagi kita mandi kat tempat lain.



Kat situ ada sampan lama, dah dilitupi pasir pun. Dah jadi tempat duduk la sekarang. :)



Sambung naik motor, bergambar kat tempat lain plak. Yang ni dekat belakang Pangkor Rimba Camp. 



Dekat pintu masuk kuil. Bergambar lah pulak dengan patung mouse ni...



Menuju ke arah bertentangan ke arah pekan. Sebab kayra nak mainan untuk main pasir. Nampak tempat menarik, berhenti bergambar.



Dah dapat mainan, menuju ke arah kota Belanda, terus lagi, sampai tempat best, berenti lagi...




Gambar ke arah laut cantik sangat kan ? Tapi bila arah bertentangan, ambik kau...hahahaha...kuari....



Pergunakan sepenuhnya monopod, dapatlah kita bergambar berdua pa....



Kota Belanda



Bertiga di Kota Belanda



Bergantungan ikan buntal di gerai-gerai kat situ, tak kira, nak ambik jugak gambar.



Dah sampai lah kita ke acara paling disukai Kayra sejak-sejak dia tak takut air ni. Nampak dia sangat enjoy. Tengok tu tu dia kata dia nak 'take care' papa, nak mandikan papa.



Yang dia nak , papa dah beli, so dia sangat enjoy dengan barang-barang tu.



Ramai kat pantai petang tu. kami pilih untuk mandi kat belakang pangkor Rimba Camp sebab jauh sikit daripada jalan. Rasa tersorok la sikit.



Banyak jugak tourist.


Papa sewa kayak jugak tapi nampak macam boring ja sorang-sorang. Mama ni kalau ada orang tolong tengokkan Kayra, nak la jugak berkayak dengan papa. dah lama tak berkayak ni...



Tapi walau apapun, tengok Kayra sangat happy bermain, sangat puas rasa hati mama. Walaupun dia sorang-sorang saja...



Ok, ini gambar terakhir mama dengan kamera kompak mama sebelum mama simpan kamera dan join Kayra main pasir. Seronoknya kita petang tu kayra....



dah habis kayak, tak leh jadi, jelous tengok kami main pasir, papa pun datang join.



Gambar ni dah ada mama letak masa teaser. Nak jugak letak sekali lagi mama ni pun....



Ololololo Kayra dengan papa tu...



Baju jatuh pun tak sedar.  Syok la kita main-main kamera petang tu.



Dia lukis sendiri....



Agak petang sikit, kita balik chalet. Dah basuh badan kat paip, tak masuk bilik lagi, kita sambung pulak kat kolam . Berendam lebih kurang satu jam. Anakku gembira tak terkata.....



xoxoxo