Tuesday 31 December 2013

Hari terakhir di hatyai.... 20.10.2013...


hmmm...hari ni last kita kat hatyai...



Pagi-pagi kita nak cari sarapan dulu. Tapi sebelum tu kita bergambar dulu kat tangga. :)



Berjalan kaki kita mencari makan. Tak jauh sangat tapi berpeluh jugakla kita...



Jumpa pun kita makanan pagi kita. Nasi goreng.



wifi free kan ? Belasah je la Kayra....



Shopping lagi....Best betul tengok barang...



Le garden Plaza di siang hari...
Lepas tu balik bilik. Kemas-kemas dan checkout.




On the way balik kita singgah sini sekejap. dah lama teringin nak pi. 



Tempat ni ala-ala ikea. Tapi tak la se'complete'  macam ikea sangat. Tapi best...



Dok fikir-fikir. Kalau beli payung besar hijau tu, macammana la nak bawak balik ?  Sabar je la...



Nak jugak mama tangkap gambar Kayra kat dalam ni. :)



Sekitar ruang legar dalam tu...



Ada surau dan tandas yang sangat bersih. Itu pun mau cerita ka mama ?



Kayra bergambar dengan tong sampah. Tak apa, tong sampah cantik.... :)   



PapaDaughter kesayangan mama....



Dah sudah berposing kat Homepro, kita gerak terus ke padang Bezar. Kita singgah makan tengahhari pada jam tiga petang. Makan macam ni, bila tengok bill, buat kita terduduk.  Mahal. Lebih mahal daripada Hatyai.



Kat imegresen Thailand. Macam biasa, kena turun cop pasport dan papa kena surrender kereta jugak...



Hati girang bila nampak gerbang ni....



Ramai jugak kat Imigresen Malaysia tapi syukur la tak payah turun cop pasport lagi. kat sebelah kita ni, cuma scan saja passport. Teeknologi sedikit mendahului berbanding Thailand.



Fuh... dah selesai cerita Thailand kali ni. Banyak lagi cerita ni. Sempat ke selesai entah la....



xoxoxo

Malam 19.10.13 di Hatyai...


Lepas pi Klong Hae kita balik hotel sat mandi-mandi pastu kita keluar balik... Malam di Hatyai malam yang hidup. Ramai betul orang. 

Depan Le Garden Plaza Hotel yang pernah kena bom suatu masa dulu. Tahun lepas ke dua tahun lepas kena bom. Tak ingat la mama...



Depan Le garden ada supermarket. Masuk la. Tunggu lagi. tapi mama tak beli apa-apa sebab mahal jugak la harga-harganya...



Keluar daripada supermarket tu, jalan kedepan sikit. Jumpa gerai ni. Pulut ayam yang sangat memikat jiwa dan menyesakkan dada... Lapar............tapi papa tak bagi beli... :(



Jalan lagi... jumpa ini pulak....hmmmmm....



Pastu, papa ajak makan. Hamid Restaurant. Rata-rata yang mama baca, blogger-blogger yang mai Hatyai mesti makan kat sini. So, papa kata kita kena try...



Kedai ni ada wifi. So, jangan buang masa. Hantaq la wassup... Bukan setakat kedai ni saja, kebanyakan kedai makan kat hatyai memang free wifi.



makanan dah sampai. Tomyam sedap, ayam pandan sedap, telur dadar sedap. Harga ? Pun sedap jugak...hehehehe



Lepas makan mama nak cuci rambut pulak. Berjalan pulak kita cari kedai. Papa urut kaki kat kedai yang sama. Kayra setia temankan  papa kat kerusi sebelah. Mama kat belakang tu. Mama tak berani lagi nak urut kaki sebab baru sangat lepas operation.



Lepas mama cuci rambut, papa urut kaki sambung pulak mama papa Kayra ni buat pedicure manicure. Kena tunggu lagi Kayra.




Lepas settle semua, berjalan kaki lah kita balik ke hotel. Nasib baik dekat. Selesai sudah hari ini. Esok dah nak balik dah.....




xoxoxoxox

Monday 23 December 2013

Klong Hae Floating Market Hatyai 19.10.2013



Semalam Danok kena bom kan ? Syukur lah tak jadi apa-apa masa kita kat sana. Syukur jugak negara kita Malaysia yang tercinta ini masih aman damai.   Ini pun sebab dengar berita pasal Thailand kena bom baru mama teringat nak update blog, kalau tidak, tertunggak lagi la cerita Hatyai kita.

ok, sambung balik ya...

Lepas tu....

Lepas mandi, rehat lebih kurang kat hotel kita keluar balik. Takmau duduk bilik lama-lama sebab esok kita dah nak balik. Kalau asyik lepak bilik ja, rugi la mai jauh-jauh.

Klong Hae Floating market bila kita sampai sampai tu tengok macam ni la.


Lepas tu kita akan melalui jambatan ni untuk kesana. Oh ya, sebelum kita ke floating market ni kita akan jumpa tempat jualan jugak. Kat depan Kuil. Kat situ non muslim yang berjualan.


Kat sini plak yang menjual semua muslim.


Ramai kan ??


Semua jual makanan. Penjual jual barang atas sampan yang float atas air dan orang yang membeli plak berjalan kat atas pelantar macam jambatan.


So kalau berminat kita beli la, nanti diorang hulur je barang belian kita guna kayu . Macam kakak baju merah tu tengah ambik tu.


Kita beli air. Tengok tu, cantik tak bekas air Kayra ?



Ada la jugak kuih sikit-sikit kita beli.


Bila dah nak gelap depa buka lampu. Orang makin ramai.


Bila dah gelap kita naik atas. Ramai kan ?


:) Jangan risau. Ada surau jugak. Cuma tempat ambik air sembahyang saja terbuka sikit...


Ini mama suka. Kat atas tu ada gerai-gerai jualan jugak. Ada jual baju, kain, beg dan lain-lain. Tapi yang paling mama suka yang ni la. Kedai barang tembikar. Jual macam pasu-pasu. Ada jugak jual macam bekas minuman yang kita beli tadi.



Tak lama kat sini kita balik hotel sat. Mandi-mandi Kayra lepas tu keluar lagi...


xoxoxoxo


Wednesday 18 December 2013

Hatyai 19.10.13



Ehem.... ehem....
Kan mama dah cakap kita ni suka berjalan. Kali ni kita  sampai ke Thailand lagi. Ingat tak Kayra kali terakhir kita ke Thailand pada tahun 2011 kan ? Ala... masa  tu kita pi ramai-ramai dengan Najla semua kan??  Sebenarnya, papa tu yang nak bawak Kayra sangat sebab katanya hari tu mamaPapa pi Betong tak bawak Kayra.

So pagi tu, Kayra dengan muka  kegembiraan dah sampai  ke Imigresen Bukit Kayu Hitam.


Tengok tu, ramai sangat yang berbaris untuk cop pasport. Sabar je lah... Itupun kita mai awal, kalau lambat lagi tak tau la berapa lama kita kena berbaris


Lepas cop passport, baru lah kita teruskan perjalanan kita. Hmmmm... Hatyai....


Setengah perjalanan kita jumpa ini kat sebelah kiri kita.


Jumpa ini pulak lepas tu kat sebelah kanan kita.


Perjalanan kita terskan sampai ke Songkhla. Lapar, jangan risau banyak tempat makan halal kat sini. Nak order, depa bagi je kertas dan kita tulis dan tick apa yang kita nak makan. Depa tak faham cakap melayu dan english pun...


Mari kita makan. Tapi sedia maklumla, mahal sikit. Semua ni pun dah Rm50 lebih. Kalau kat tempat kita tak sampai rasanya. Mama pun tak tau kenapa sampai semahal tu, sebab memang harga macam tu ke atau sebab kita pelancong. 


Simla Beach,  Songkhla. Mesti cari dan bergambar dengan replika mermaid ni kalau mai sini. Harus.


Ada banyak gerai kat situ yang buatkan Kayra tak dapat duduk diam.

Dua benda yang kita beli kat sini. Bakul tu dengan patung mermaid. Cantik sangat permandangan.


Oh ya, ini dekat roundabout. Kita park kereta kat sini dan berjalan kaki ke pantai yang ada patung mermaid tadi. Masih kat Pantai Simla.


Dari Songkhla kita terus ke Pekan Hatyai. Cari Hotel.


Hotel Grand Season. Bilik 805. Sehari Rm 190 rasanya. mama lupa.


Mama kan gigih. Mama tangkap je gambar toiletteries ni. :)


Ok dah. Ini hari kita sampai. Kita rehat dan mandi sekejap lepas tu kita keluar balik. Kita keluar kemana ? Tunggu je la entry mama lepas ni. harap mama ada cukup masa untuk update entry yang seterusnya.

Thailand aku datang...


xoxoxo