Tuesday, 31 July 2012

Siput

Bulan Puasa saja mesti kita nak makan siput. Kedai Mak Siti tu cuma jual siput pada bulan puasa. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab siput-siput tu banyak pada bulan puasa atau memang strategi berniaga gerai Mak Siti macam ni. Tak kisah lah apa pun.
Kayra memang tidur lambat, tak larat nak bergaduh dengan dia mama ni kalau nak ajak tidur. Suruh baca 'Peter And Jane' mengantuk, suruh tidur nak tengok kartun pulak. malam tu dia buat perangai, nak tengok tv. Katanya " Teacher cakap, tengok kartun, mama". Banyak cantik, macam tu lah dia. Suruh buat matematik atau belajar apa-apa, semedangnya teacher suruh macam-macam. Hari tu suruh minum air masak dia jawab "Teacher cakap, tak boleh minum, mama" Hmm...macam-macam.
So malam tu, kita keluar lah. makan siput. Dah takmau tidoq sangat kan ?

Duduk je dan kita terus start order. Kita pilih tiga jenis siput. Nanti sat, nanti sat....mama nak perah otak mengingat nama-nama siput ni. Maklumlah, dah berhari-hari pergi, berhari-hari jugak tersimpan posting ni dalam draft. Takpalah, kita cakap pasal air je la dulu nak ? Papa tengah makan lin chee kang. Sekian.
Hehehe...
Bekas putih yang bertanda 36 tu tempat buang kulit siput. Kalau dah makan siput, jangan tak reti-reti buang kat dalam bekas tu. Kalau tak, penuhla lantai dengan cengkerang pulak. Jangan risau, kat sini ada tempat basuh tangan jugak. Tupperware biru tu mama bawak bekal Kayra. hari-hari makan donut je sampaikan kat kedai pun bawak donut. Ye lah, dia bukan makan siput pun. Tapi, malam tu dia tak makan pun. Geram mama, buat penat bawak saja.

Semua siput ni di 'serve' kan dengan sos pencicah. Tak tau la mama sos ni buat sendiri ke beli. Macam sos cili, pastu depa tabur plak atas sos tu dengan kacang tanah. Sedap. Sepinggan siput ni harganya RM6.

Cik kak ni kerjanya dok main-main saja dengan siput ni. Ye lah, bentuknya kan unik sikit. Makan tak mau, main mau. Esok nak pi school tu, malam pukul sebelas dok cerah lagi bijik mata. Kalau tak pujuk-pujuk tutup lampu, maunya sampai pukul 2 pagi. Esoknya mama jemput kat school petang, adalah nanti teacher cakap, Kayra mengantuk lah, kayra tertidur lah. Hmm...tak tau la... Nak marah sangat pun kecik lagi.

Ok, sessi memperkenalkan siput secara one by one. Ini katanya si 'waiter' kedai tu, nama siput ni siput duri. Favourite mama ni. kalau papa bagi pilih, memang siput ni lah yang mama akan order.  Isinya kenyal tapi nak ambik isi tu macam susah sikit. Pegang pun kena hati-hati kan, sebab tajam.

Ni kalau tak silap mama namanya siput unam. Tapi mama tak boleh telan la. Sebab rasanya berbau selut sikit. Mual sikit mama rasa. Satu je mama makan. Tekak tak boleh terima. Tapi papa tu, papa telan macam tak ada apa-apa je. Mungkin orang lain suka kot tapi mama tak berkenan la.

Ini tau ? Kalau tak tau baik pi masuk dalam peti ais la. Ini kerang. Tapi yang kami makan ni namanya kerang bulu. Saiznya besar sikit daripada kerang biasa dan kat kulitnya yang hitam tu macam berbulu sikit. Hmmm, nama pun berbulu je nak sebut. Isinya kenyal sikit daripada kerang biasa. Tapi mama tak berapa suka jugak la. Macam besar sangat.

Dah la cerita pasal kerang. Tahun lepas bulan puasa pun mama ada cerita jugak pasal siput-siput ni. Tahun depan mesti datang lagi kalau ada rezeki. Tahun ni pun dah dua kali pi. Kalau sapa-sapa nak cuba try, datang lah Gerai Mak Siti kat Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Bukan siput saja ada tau. Macam-macam ada. Laksa pun sedap. Mai la na...

2 comments:

  1. kat mana ida????wahhh bestnyer....lain kali ko bawak aku gi sini yer...

    ReplyDelete
  2. Lin, gerai ni buka bulan puasa saja. Hari tak puasa tak bukak. Aku pun heran, mungkin siput2 banyak masa time bulan puasa kot. :)

    ReplyDelete