Tuesday 30 October 2012

Meraikan Empat Tahun Kelahirannya...


23 Oktober 2012 hari jadi Kayra yang ke 4. 
Mama dah cakap hari tu kan...tahun ni Kayra tak ada birthday party kat rumah. Tahun ni Kayra bawak kek pergi school dan celebrate dengan kawan-kawan. Awal-awal lagi PapaMama dah prepare goodies untuk Kayra bagi kawan-kawan sorang satu, kek birthday pink colour (Kayra nak kek warna pink), dan bihun goreng. Pertama kali Kayra nak sambut birthday dengan kawan-kawan sebab tahun lepas kan kita buat makan-makan kat rumah. Tapi tahun ni takda la kek secret recipe, mama tempah kek kat kedai biasa saja. Tapi ok kek tu, sedap.

Goodies tu ada empat item makanan saja dalam tu termasuk lolipop. MamaPapa packing dalam lima puluh bungkus dan masuk dalam karung plastik siap-siap. Nanti lepas majlis barulah Kayra bagi kat kawan sorang satu.

Pagi tu birthday girl bergambar dulu dengan hadiah dari papa.Tak sabarnya nak bukak. Tapi kena tunggu petang lepas balik dari school ok...

Pagi tu mama hantar Kayra macam biasa pukul tujuh setengah. Pukul sembilan mamaPapa sampai bawak kek dan bihun. Goodies pun bawak jugak. Kayra terkejut tengok mama, ingat mama nak ambik Kayra ke ?

Sebelum ni Kayra tengok saja kawan-kawan yang lain sambut hari jadi kan ?  Tapi hari ni giliran Kayra pulak.

Hmmm...nampak sedap kan ?  Kayra request nak kek berwarna pink. Tapi tak dapat la kek princess. Kek  gambar epal denga ulat pun ok jugak kan Kayra ?

Semua orang pun macam tak sabar nak makan kek.

Bihun goreng pun ada. Mama dah siap pesankan takmau daging, takmau sayur. Cuma letak ayam dan fishball saja.

Tak sabarnya nak tiup lilin sampaikan masa Teacher Pratibha belum siap nyalakan lilin pun Kayra dah siap tiup. 

Semua kawan-kawan nyanyikan lagu Happy Birthday untuk Kayra.

Dah tiup lilin, Kayra potong kek.

Wah !!!  Bestnya...

Kayra suapkan kek untuk mama

Suap papa pulak..

Teacher Pratibha potong kek untuk kawan-kawan kayra pulak...

Semua orang dah tak sabar nak makan..

Makan bihun dulu

Sebab hari ni birthday Kayra, Kayra duduk depan.

Makan bihun. Kayra panggil bihun ni mi. puas mama betulkan tapi tetap jugak dia nak sebut bihun tu mi.

Birthday present dari Teacher Pratibha. Princess gown. So lovely. Tq

Kayra dengan uncle. Kat depan muka pintu. Sedih sebab mamaPapa dah nak balik lepas majlis selesai.



Selamat Hari Jadi Nur Kayra Salsabila. MamaPapa sayang kamu sangat-sangat. Berjayalah kamu dunia akhirat ....muahhh....

Tuesday 23 October 2012

Dan ketika bercuti sakit itu.....


Tujuh hari bekerja mama tak masuk ofis. Jumpa doktor cuma dibagi dua hari mc. Bila selesai dua hari tu, kalau sakit lagi, jumpa doktor lagi, dibagi mc lagi sampailah genap 7 hari. Lebih sepuluh hari mama menderita sakit mata. Itupun masa awal-awal  jangkitan mama tetap ke ofis sebab mama nak jugak hadiri mesyuarat tapak projek mama sebabnya memang tugas mama nak catat minit semua. Takut pulak mama nak lepaskan tanggungjawab tu kat orang lain. Takut missing kat mana-mana. Ada dua mesyuarat tapak projek yang mama attend dan bila dah selesai kedua-duanya, barulah mama ready untuk bercuti sakit, Ahakkk...boleh macam tu ?

Ini sebahagian je tau ubat mama. Ada satu ubat titik kat dalam fridge dan satu lagi standby kat dalam handbag. Pill ada lagi kat dalam laci dan ubat macam paste ubat gigi tu entah mana mama letak. Jangan kata mama tak berusaha untuk cepat-cepat sembuh. Telan pil tu dah macam makan coklat dah...ingat seronok ke cuti sakit lama-lama ?


Ada  satu hari tu papa tinggalkan RM 10 kat meja makan bawah suruh mama beli sarapan nasi lemak. Duit tu mama beli bahan untuk buat laksa. Cukup RM 10 untuk satu hidangan laksa. Boleh makan dua hari. 


Masa kat pasar tu mama ternampak orang jual pokok-pokok. Ada la dua tiga nyonya tengah belek-belek pokok bunga. Mama terus pi dan terus tanya si penjual berapa harga pokok ni. Auntie tu tanya, you kenal ke pokok ni ? Kenal, ni pokok Rosemary. Pandai dia kata kat mama. Dia kata you nak masak apa. Mama cakap la nak buat roasted chicken. Tiba-tiba nyonya-nyonya yang tengah belek-belek pokok tadi datang jugak nak beli pokok ni. Satu pokok RM14, mahal jugak kan ? Selalu boleh dapat RM8 saja. Tapi pokok ni cantik. Mama tak tau mana nak letak ni. Nak gantung kat dapur nanti papa bising pulak.


Hadiah Kayra pun dah beli. Tapi nun terletak tinggi di atas almari. Macammana tak buat macam tu. Sibuk je dia nak. Mana boleh. Kena tunggu 23 oktober dulu. ok ?


Dalam mama cakap mama buat laksa untuk lunch. Ada orang tu bawak balik ni pulak untuk lunch dia. Kue Teow sup favourite papa.


Sambil masak, sempat berlari tengok jemuran kat balkoni.


Hujan petang pulak


Dah lama tak membelek orkid. Dah besar semua. Entah bila nak tukar pasu. Mama ingat nak pakai pasu tembikar je semua...


Lambat betul la pokok kerak nasi tu nak besar dan menjalar kat railing balkoni kita, yang hijau kat dalam pasu baba tu pokok kembang pukul sepuluh. Tengah naik segar tu. Harap-harap banyak la berbunga nanti.


Puas hati, tapi bila betul-betul menjadi mama akan susun semula. Ada dua tiga tangkai orkid yang akan berkembang dua tiga hari lagi ni....


Dan masa bercuti tu, tak sabar mama nak tunggu pukul lima setengah nak jemput Kayra dari school dan peluk-peluk dia...


Goodies birthday Kayra untuk bagi kawan-kawan pun dah ready. Tahun ni kita tak buat party (party la sangat..) kat rumah, kita buat kat school je. Lagi ramai lagi meriah. Lagipun asyik Kayra je tengok birthday cake kat school kan ?


Itu la kerja mama sepanjang bercuti sakit. Dah sihat, mata dah tak merah, tak gatal lagi, mama dah ready untuk pergi ofis dan sambung kerja-kerja terbengkalai dalam seminggu ni.
Mama kena cepat sembuh sebab kita ada plan hujung bulan ni...



Tok dan Wan, selamat berangkat ya....

16 Oktober 2012 tok dan Wan akan berangkat untuk menjalani ibadah haji di Makkah. Tapi 16 haribulan tu hari isnin la. Kayra kena pi school. Lagipun wan dan tok dijangka berada di balai berlepas jam 8 pagi. Awal sangat, bukannya kita boleh menghantar macam umrah dulu. Kita tak hantar wan dan tok sampai Kompleks tabung Haji, kita cuma pi jenguk je petang ahad tu. Lagipun mama tengah sakit mata. Tak boleh berlama-lama pun.
Cuma ummi saja yang akan hantar Wan dan Tok Pagi isnin tu. Mak su pun akan pergi tapi dek kerana hujan yang terlalu lebat, jem teruk dan tak sempat jugak mak siu dan paksu jumpa Wan. Mak cik Azian pun takl sempat.
Mama tak tau nak cerita apa dah. Tulis sikit-sikit je. Yang penting gambar...

Kakak Mursyida dan mak su


Pak Lang dan Tok


Ummi, Wan dan Mak su


Tok, Mursyida, Wan, Ainna, Khairunnisa' dan Kayra


Wan jaga kesihatan kat sana ye Wan...


Tok pun sama, jaga diri ye Tok...


Wan sempat  jugak sekali call mama dari tanah suci. Kat Mekah panas kata Wan...



Nampak tak si sepet tu ?


Ha, nampak bergaya sikit bila berspek hitam. Tak tahan pedih..



Apapun, moga Wan dengan tok dapat menjalani ibadah dengan sempurna. Kami tak sabar nak tunggu wan dan Tok balik. Rindu...


Monday 22 October 2012

Walaupun bermata merah....

Mama dah dapat mc dan tak boleh pi ofis tapi tersangatlah jemunya duduk rumah. Kalau anda bekerja dan ngelat sikit dan balik lepak-lepak kat rumah dalam ertikata lain time rehat tu balik awal sikit atau masuk lambat sikit ofis, itu thrill namanya. Tapi kalau doktor anda yang bertauliah menyatakan bahawa anda tidak boleh hadir bekerja kerana sakit mata dan memberikan anda cuti sakit kerana sakit anda ini berkemungkinan berjangkit dengan orang lain, itu adalah terribble. Anda akan duduk rumah merenung siling, berada didalam kesuraman bilik dengan tingkap yang ditutup dengan langsir gelap kerana mata anda akan berasa amat pedih dan perit bila melihat cahaya matahari. Adalah malang juga bagi anda jika anak kesayangan anda yang cuma mengalami sindrom mata sebelah merah, menjangkiti sakitnya itu pada anda kedua-dua mata. Jadilah anda S Jibeng bercerminmata hitam didalam rumah dalam tempoh lebih seminggu itu.
Akan tetapi, amatlah girangnya hati mama tatkala papa menyatakan bahawa dia amat kasihan mendengar rintihan mama dan mengajak mama keluar ambik angin. Wah...apa lagi...

Inilah keadaan mata mama yang merah pada hari kedua bercuti sakit.


Cik Kayra yang dah sihat. Happy.


Papa tak berjangkit pun. Kenapa ya ?


Kami berdua


Kerap kami kesini.


Ikan siakap bakar. Asal nak makan ikan bakar saja mesti kita sampai ke Teluk Tempoyak ni....


Kayra makan nasi dengan sup ayam...


Mama diajak ke QueensbayMall dan sempat jugak mama bershopping walaupun bermata merah. Lepas tu papa ajak kesini. Ada Fun Fair pulak kat tepi laut.


Mereka berdua sangat teruja dengan fun fair


Tengok tu, tak sabar-sabar nak masuk.


Mama kamu, mata merah


Ha , bila buat macam ni , dah tak nampak mata yang merah...


Candid


Papa pulak candid gambar kita


Banyak sangat permainan and she don't know which one to try first.



Siapa yang beranai naik ni. Kalau bagi mama seribu pun mama tak sanggup


Dan akhirnya , Kayra akan memandu sebuah kereta...


Yeay...


Dan saya berpusing-pusing dengan si Goofy ni pulak...


Saya nak Barbie tu tapi papa try satu game tapi tak menang-menang. Papa kata nanti nak beli Barbie yang real punya kat Kayra untuk tutup kekelahannya malam tu. Hehehe...Kayra gelak dalam hati.



Tak lama dalam tu kita pun balik. Balik terus tak singgah mana-mana walaupun awal lagi dan esok hari sabtu. Papa kata kita balik awal sebab dah penat dan kenyang... Kita pun terpaksa lah ikut balik walaupun hati tak rela.....

Dan seperti yang dijangkakan, esoknya, mata mama makin teruk.