Thursday 18 December 2014

Terlalu indah untuk diceritakan....


Well, mama tak sempat nak update blog sekarang ni. Banyak sebab sebenarnya. So bertangguhlah cerita trip empat negeri kita. Tapi tak apa, tak lama lagi mama akan kembali stabil. Kerja pun dah hampir nak siap, emosi dah makin ok, maka rasanya tak lama lagi mama akan aktif berblog lagi.
Rindu memang rindu untuk kembali menaip tapi dua tiga menjak ni memang masa sangat mencemburui mama. Tak cukup rasanya dua puluh empat jam nak settlekan semua tugasan di depan mata ni, balik rumah lak nak hug-hug kayra lagi, nak tengok cerita korea lagi. Lepas tu letih macam tu saja. Lalu tertidurlah mama kepenatan.
Sebenarnya mama nak kongsi satu berita. Papa, Kayra dan semestinya mama happy sangat dengan berita ini. Rasa macam nak menangis je bila dapat tahu. Dah bertahun dah tunggu. Kayra pun dah nak masuk darjah satu dah tahun depan.


There is something inside my stomach. 
Ya betul, Kayra akan jadi kakak. Patutlah mama rasa lain macam masa trip kita hari tu. Rasa macam  mama ni tak sedap badan je. Rupanya dah ada 'dia' senyap-senyap kat dalam tu. Sebenarnya hari tu mama miscarriage jugak sekali, mama pun tak tau masa tu mama pregnant, mama pi bersukan. Lasak sangat time tu, apa nak buat, benda dah jadi. Tapi apa pun mama bersyukur sebab selepas kehilangan itu, mama dapat gantinya. :)
Sekarang dah empat bulan dah baby mama dalam perut. Tak sabar rasanya nak tunggu baby keluar. Walaupun mama rasa morning sickness yang berlainan kali ni lain sangat dengan masa Kayra dulu. asyik muntah saja, makan pun tak boleh, lesu , asyik nak tidur saja, takleh dekat dengan kayra dan papa. Tapi itu cerita masa first trimister, sekarang ni, dah cergas balik. Mana boleh lembik lama-lama. Tak rock la gitu.

Dah, itu je nak cerita. Lain masa tulis lagi. Banyak jugak cerita kayra yang mama tertinggal ni. Birthday, konsert, holiday activities, jalan-jalan cari makan dan macam-macam lagi. Nanti lah saja.
Ada jugak cerita kehilangan yang buatkan mama tersentak sangat sebab tak sangka. Nanti lah jugak.

So, till now. Mama stop dulu.