Wednesday 29 June 2011

Word of the day...



Mama : Kayra, mama nak sikat rambut kayra dulu...
Kayra : No mama no....
Mama : Cepat la ...
Kayra: Kau Omot.....!!!   (kau comot)


Hari ni ntah berapa kali kayra cakap mama comot.......




Monday 27 June 2011

Dua hari bersama Tok Honey

Hari sabtu dan ahad lepas, kayra join tok honey dan tok yang pergi kenduri kat Recsam (MPPPP) dan Layar Yoi. Hari sabtu tu Tok Honey dan Tok Yang tidur rumah kayra. Ok, cerita satu-satu la senang. Pagi ahad, mama kejut kayra bangun awal, mandi bersiap dan ikat rambut pakai getah rambut warna warni. Hairan jugak kayra kenapa nak bangun awal-awal sangat, kan mamapapa cuti. Kayra rasa nak marah jugak sebab mama tak bagi kayra bangun lambat sikit hari cuti. Dah la bangun awal, mandi pun kena awal jugak. Pagi tu pukul 6.30 mama dah bagi kayra susu botol. Pukul 8 mama kejut, kayra mengamuk-mengamuk nak susu lagi, bukan susu botol, kayra nak susu dutch lady dalam peti ais. mama tak bagi pastu kayra menangis. Last-last mama bagi jugak... Pastu kayra mandi dan mama pakaikan baju. Kayra pakai gaun  yang mama beli pakai kenduri maksu padankan dengan seluar ketat purple jugak. Pastu mama ikat rambut kayra. Tok honey sampai dalam pukul sepuluh, kami bertolak ke Pulau ikut jambatan.
Makan kenduri kat kafeteria Recsam. Kayra jumpa ramai kenalan tok honey. Kayra makan nasi sikit. makan telur rebus kenduri. Pastu Tok honey bagi kayra try tapai. ok jugak tapi kayra takleh makan banyak sebab rasa dia pelik sikit la...
Lepas kenduri kami terus ke Bukit bendera. Ini second time kayra kesana, first time dulu masa kayra umur 6 bulan lagi tapi time tu masih keretapi lama, sekarang keretapi pun dah tukar. Baru. Time papa beli tiket, mama belikan kayra milo guna mesin tekan-tekan. First time kayra tengok mama beli guna mesin tu, mama bagi kayra peluang ambil sendiri milo tu. Pastu kayra duduk sebelah tok yang untuk minum dan kejadian yang berlaku memang bagi mama kayra marah. kayra tumpahkan air milo tu ke baju. Tapi mama tak marah sangat. mama tak cubit pun...
Dalam keretapi memang best. Kayra nampak rama-rama dari tingkap keretapi. Keretapi tu meluncur laju sangat la.. kayra dengar papa dengan mama cakap, kalau dulu perlahan saja lepas tu dulu ada substation kita boleh berenti, sekarang dah tak boleh. Kayra nampak bangunan-bangunan dibawah sana, nampak laut. Pokok durian pun kayra tengok.
Kat atas 'top of the hill' kami naik 'buggy' pusing kawasan atas sebab tok yang tak larat nak jalan. Kayra tengok banyak banglo cantik kat atas sana. Mamapapa sukalah boleh berenti kat banyak tempat untuk bergambar.
Dalam sejam jugak kat atas tu kami turun. Tok honey nak pi botanical garden, so papa pun bawak lah kesana. Kat sana kami naik train je keliling garden. Sempat la kayra enjoy-enjoy tengok pokok-pokok. tapi kayra tak nampak la monyet kat sana. Dulu masa kayra pergi dengan papamama ada banyak monkey.
Lepas kesitu papa bawak kami semua pi makan cucuk-cucuk kat satu tempat tu. Kayra makan telur puyuh rebus je dekat 7 biji. kayra memang suka telur rebus. Cucuk-cucuk tu macam makanan frozen pastu diorang cucuk kat lidi. masa kita nak makan kita rendam kat dalan air mendidih yang ada kat meja tu jugak. Ada sosej, fish ball, udang dan macam-macam lagi...
Lepas makan kat situ kami terus balik. Malam ni Tok Honey dan tok yang tidur rumah kita. Yeyy....!!!!
Esoknya kayra ikut tok honey pergi kenduri lagi. Tok Yang tak ikut. Tok honey kata tu rumah saudara kami jugak. Lepas kenduri papa bawak singgah jusco perda sekejap. Dalam sejam kat situ, kami pergi pasific perai pulak sebab papa nak beli handphone. Kayra jalan-jalan kat situ dengan tok honey dan mama. Tok honey sempat juga beli jubah sepasang. Sebelum balik, tok honey belikan kayra roti kat 'bread history' Sampai je kat rumah, lepas minum-minum Tok Honey dan Tok Yang bertolak balik ke Taiping. Kayra tidur. Lepas bangun kayra makan mi rebus dengan papamama, pedas tapi sedap. Kiranya sekarang, kayra dah belajar-belajar makan makanan pedas.
Malam makan nasi lagi. Penatnya kayra. Dua hari ni memang penuh jadual. Tapi Happy dan Best...

Ini kat surau RECSAM. Tengok akad nikah

Kaya, tok honey n Tok Yang with pengantin

Time ni kayra dah tumpahkan milo kat baju..


 
Masa dalam tren

Tren baru Bukit Bendera

Time ni kat Botanical garden


 
We enjoy dengan pokok-pokok semua...

papa kat kenduri Lahar Yoi

Sibuk dengan goodies, mama dah takleh larang...

Thursday 23 June 2011

Gaya.....Gaya.....Gaya....!!!

Dua tiga hari ni jadi malas plak nak update blog. Takda sebab sebenarnya. Maklumla puasa, rasa malas tu menggebu-gebu tiba. Rumah pun malas nak mengemas. Sampaikan pagi tadi papa cakap, nanti tengok-tengok sikit rumah, dah macam huru-hara ja nampak. Dua tiga hari ni jugak kayra makin lasak dan sensitif. Panjat, lompat, bila mamapapa marah mula la nak buat muka sedih, pastu menangis tak keluar suara. Petang semalam papa ambik dari rumah pengasuh, mulut kayra lebam. Kata pengasuh, kayra jatuh sofa sebab memanjat. Aduhai anak mama... Bila jadi macam ni teringat la cakap mak mertua, 'dulu ida teringin sangat anak lelaki, sampai kayra pun perangai macam lelaki'. Mungkin tu kebetulan. Tapi memangla, dulu memang mama teringin anak lelaki. Sekarang ni, bila tengok muka anak mama yang makin lama makin comel, tak kisah dah perempuan pun. Tapi impian tu mama simpan untuk anak kedua, kalau ada rezeki. Yang bestnya anak perempuan ni, boleh dandan cantik-cantik, ikat rambut macam-macam stail, ikat kuda la, pintal la. Macam-macam koleksi sepit rambut kayra dah ada. Getah ikat rambut yang macam-macam colour tu pun banyak. Baju dan gaun tak payah cakap la, berlambak-lambak.

Cadangnya kat sini mama nak letak banyak gambar kayra dengan macam-macam gaya lagi. tapi tengok-tengok gambar sikit je yang ada kat pc mama ni. Lagipun koleksi gambar kayra banyak papa yang simpan. Yang ada kat sini sikit je. Gambar kayra masa baby pun kat mana ntah mama simpan. Jom kita tengok gambar kayra dengan gaya rambut.

Kayra dengan gaya butterfly bersusun kat kepala

Gaya Bebas


Gaya di tepi tasik


gaya rambut ikat ulat-ulat


Gaya sepit-sepitan dua


Gaya muslimah


Gaya ' The Nanny '


Gaya Sha Na Na

Mama rasa orang lain pun sama. kalau ada anak perempuan mesti nak dandan dan bagi pakai macam-macam. Mama pun ada gak koleksi kayra pakai macam-macam baju. Nanti mama letak kat sini. Lagi satu, barang-barang untuk anak perempuan ni macam-macam dan banyak yang kita boleh gayakan. Geram saja kalau jalan-jalan kat supermarket tu, teringin nak beli baju yang macam-macam colour. tapi papa selalu warning mama sebab tu mama  selalu beringat bila nak membeli untuk kayra. Kadang-kadang terbabas jugak. Hehehe.


Monday 20 June 2011

Hari ini hari PAPA

Kehadapan papa yang disayangi...


hari ni hari papa..



Kayra sayang papa

Sayang papa luas macam laut....


Tinggi macam langit...



Terima kasih sebab sayangkan kayra...


Sebab sayangkan mama....


Sebab sayangkan kami...


*Terima Kasih PAPA*


Sepetang kayra di taman permainan

Lama dah rasanya tak bawak kayra main-main kat taman permainan. Asyik terperap kat dalam rumah tengok tv ja. Aktiviti yang tak sihat lansung. So last week mama masa lepas pick up kayra dari rumah pengasuh, berenti la sekejap kat taman permainan dekat rumah kita ni nak bagi kayra main-main. Kecik ja taman permainannya tapi kira ok la sebab dekat je dengan rumah kita, satu lorong. Sebelum sampai situ, mama beli aiskrim. Ini kira first time kayra pegang aiskrim besar sendiri. selalu mama yang pegangkan dan tolong suap. Sebab takmau baju kayra kotor. tapi kali ni sebab nak bagi kayra main comot-comot takpa la, lepas balik dari main, sampai rumah boleh mandi terus.

Bestnye dapat makan aiskrim petang-petang yang panas ni...


Bestnya boleh main-main, dah lama tak datang sini...


Eh, kasut dah hilang...


Terbang kayra terbang...



 ooopppsss...tangan mama tu sibuklah...


Yang ni tinggi sangat kayra, mama tak bagi. Tangan tu, takleh ke kalau tak gigit kuku ??



Panjat kat sini takpe, jangan nak memanjat kat rumah lak...

Ingat kat bila balik rumah, dah penat tidur awal la kayra. Pukul sebelas jugak tidurnya. hai anak mama, tak tau penat rupanya dia... Lasak.. mama pulak yang terbalik tidur awal. nanti kita keluar main-main lagi. Best...best...

Saturday 18 June 2011

sabtu tengahhari...

Papa dah cakap nak ajak keluar petang ni. nak bagi kayra main-main dan nak bagi mama shopping-shopping...Tapi si kayra pulak tiba-tiba demam. Mama dah bagi ubat. Cepat la kayra cergas balik. Mama rasa otak mama dah tepu ni, boring duduk rumah. Demam tu satu cerita la, tapi tetap tak bagi tv tukar chanel lain selain 613. Arghhh...mama bosan betul. Cepatla cergas balik kayra. Ubat dah makan kan ??? Jom kita tengok dunia luar pulak...Rumah pun dah berkilat dah ni...tak fikir apa-apa dah...

Wednesday 15 June 2011

Let go...






Monday 13 June 2011

Berangan tak salah kan ??

Last jumaat mama pergi tengok rumah lagi. Cantik rumahnya kat Taman Sungai Duri Indah. Mama pergi dengan kawan mama dua orang. Rumah jenis semi D. Kat Porch depan siap inprint finishing lantai sampai pagar depan. Mama minat la tengok decorating rumah ni. Ye la, mama kan kerja dalam bidang ni. Mama tengok-tengok bukan sebab nak beli pun. Kitakan dah ada rumah.



Tengok bentuk bumbungnya kayra. Cantik kan ? Tengok dari luar pun kita dah nampak cantik. Rumput menghijau je kan ? Rumah kita sekarang rumah teres, takda rumput pun. Kesian kayra tak merasa pijak rumput kat rumah sendiri. tapi rumah kita ada balkoni kan kayra ? penuh dengan pokok orkid.
Tengok tu kayra, bilik tidur cantikkan. Bilik kita kat rumah pun cantik jugak. Tapi bilik ni nampak cerah kan. Bilik kita kat rumah gelap bukan apa, langsir kita kan warna coklat gelap.

cantikkan kayra ? Dinding colour biru. Kawan-kawan mama dah terlebih suka dah tu. Mama lebih-lebih lagi la. Rumah kita papa cat purple kan ? Warna apa Kayra suka, purple ke biru ?


Dapur, tempat kegemaran mama. Ye la, mama kan suka makan. Orang kata, kalau dapur cantik, makin bersemangat kita nak masak sedap-sedap. No wonder la papa makin lama makin besar kan kayra....

Kalau la mama boleh decorate bilik anak mama macam ni. Rumah kita sekarang, bilik kayra papa cat colour pink. Kayra dah ada katil besar. Cukup la kan kayra ??


Mama and Elvis. Siapa comel, mama ke Elvis ?
Bilik bacaan. Teringin jugak mama nak buat bilik bacaan. Rumah kita sekarang satu bilik dah jadi bilik seterika dah. Takda chance la nampaknya.


Ruang tamu. Cantik. Mama memang suka rumah cantik yang simple-simple macam ni. Sesuai dengan kita, orang biasa. Ada rezeki kita tambah lagi rumah ye papa... best la rumah setingkat ni, takyah nak naik tangga bagai. anak mama pun senang nak kayuh basikal. Sekarang ni, basikal kayra sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Penat mama nak angkat naik turun.

Oh ya... Rumah ni, patern macam ni akan jadi milik kawan-kawan mama. Tapi bukan show house ni. Best la depa dapat rumah baru. nanti kalau depa jemput, boleh la kita jalan-jalan tengok rumah baru depa kan kayra. kalau tak jemput kita tengok bumbung ja. Boleh macam tu ?

Friday 10 June 2011

Terima Kasih


Seronok, happy. Minggu ni asyik berseronok saja. Terasa macam berjalan didalam sebuah taman yang besar yang penuh dengan bunga-bunga yang kembang dan mengharum.
Minggu ni kayra cergas dan riang. Asyik berlari-lari bermain. Dunia kanak-kanaknya penuh warna warni.

Bersyukur kepada Allah dengan nikmat kesihatan yang diberikan.
Terima kasih suamiku.
Terima kasih anakku.
Terima kasih keluargaku.
Terima kasih kawan-kawan yang berkongsi cerita.
Terima kasih semua


Wednesday 8 June 2011

Kayra ku...


Kayra dah 2 tahun lebih dah umurnya tapi mama  masih hantar dia kat rumah pengasuh. Rasa macam dah cukup besar untuk hantar pi nursery. Teringin jugak nak dia dia cepat-cepat belajar membaca. Tapi papa cakap, tunggu kayra 3 tahun baru kita hantar pergi nursery. Kayra cakap pun tak pandai lagi katanya. Risau jugak bila dengar macam-macam berita pasal kanak-kanak kat nursery ni.


Yang paling mama teringin tengok, kayra berkawan. Sekarang ni kayra tak pandai sangat berkawan. Asyik nak menang saja. Maklumla anak sorang. Tak payah nak share apa-apa dengan orang lain. Bila bergaul dengan kanak-kanak lain kayra nampak macam nak conquer tapi kalau kalah cepat-cepat nak mintak tolong mama. Tak independent.


Kayra suka menyanyi sekarang. Akibat hari-hari tengok kartun dan dengar nursery rhythm. Tapi tak faham butir. Kalau twinkle twinkle little star tu tau la. Tapi tu je la ayat yang boleh dia sebut penuh.


Takpa, tak lama lagi mama papa hantar kayra pergi nursery. Mama harap kayra akan cepat belajar lepas ni. Seronok tengok anak orang lain kecik-kecik dah pandai baca. Buku kayra pun dah banyak. Buku cerita macam-macam dah. Sekarang kayra tak boleh sentuh lagi. Tak sabar nak suruh kayra baca buku cerita kat mama.