Wednesday, 21 August 2013

Aidilfitri 1434 H....2013 M



Mama hampir lupa nak update pasal raya kita la Kayra. Terlampau fikir sangat pasal kaki ni kot. Takpa-takpa kita masih dalam bulan syawal, masih tak terlambat ...
Tahun ni raya pertama kat Taiping. Rumah Tok Honey. Semua adik beradik papa dapat berkumpul. Adik beradik papa tiga orang saja pun. Auntie Emmy, Auntie Emma dan Papa Kayra. Uncle Midi husband Auntie Emmy tak dapat bersama-sama kita sebab terpaksa bekerja di pagi raya tapi nanti dia balik juga menjemput Auntie emmy masa nak balik nanti. Tak kisah la, janji di aidilfitri ni semuanya ada.


Gambar Raya. Nak mama kenalkan ke ?
Dari kiri atas papa, Tok Yang, Aaron dan Uncle azmi.
Duduk dari kiri mama, tok Honey, Auntie Emma dan Auntie Emmy.
Duduk bawah Kayra, Adelia, alisha, Eisya dan erfan.


Gambar kita sekeluarga yang masih bertiga. 


Mama kau dengan papa kau...


Kita dengan tok berdua...


Papa bersaudara dengan Tok Honey...


Spontan semasa hari kejadian


semua cucu tok Honey. Dua lelaki dan empat perempuan
Erfan, Eisya, Alisha, aaron, Adelia dan Kayra.


Mama dan Tok Yang


Papa bagi duit raya kat Kayra


Salam dan cium tangan papa dulu sayang...


Me and kakak ipar. Berposing sebelum anak masing-masing buat perangai.


Nur Kayra berposing raya pulak


Keadaan sebenar mama di syawal tahun ini.



Kenapa Kayra ada dua baju raya ?  Sebenarnya awal-awal lagi mama dah siap upah orang jahitkan baju kurung kayra. Kain yang buat baju mama dengan Kayra ni dah lama beli masa mama pi Jakarta tahun 2010 lagi. Sebab tak tau nak buat baju apa, mama simpan dulu sampai lah tahun ni. Kain tu pun cukup-cukup untuk buat baju mama sepasang dan baju untuk kayra saja, untuk buat kain, mama beli kain kosong . Mama dah upah orang jahitkan dua pasang baju kurung Kayra. Satu untuk dipakai di Taiping satu lagi kat Jeneri. Tapi hujung-hujung Syaaban, tok Honey cakap tahun ni dia teringin nak pakai sedondon dengan cucu-cucu sementelah semua dapat balik kan ?  Mula-mula tok Honey belikan untuk aaron dan Kayra sebab masa tu Aaron tinggal dengan tok Honey, sehari sebelum raya baru belikan untuk cucu-cucu yang selebihnya. Kayra hari tu pakai dua baju raya la sebab nak bergambar dengan sepupu dan mamaPapa. Baju kurung warna maroon tu cantik , Kayra dan sepupu nampak comel sangat. Terima kasih Tok Honey sebab belikan untuk  kami...

So tahun ni sebab keadaan mama yang begini, kemana pun kita tak pergi beraya. So duduk rumah sajalah. Tahun ni Papa masak nasi tomato tau, dah pandai papa kita. Lauk pauknya tok Honey dah siap tempah. Lauk-lauk lain adalah kita buat sikit-sikit. Ramai jugak tetamu Tok Honey tahun ni dari petang membawa ke malam. Raya kedua baru kita akan bergerak balik ke Jeneri beraya rumah Tok dan wan pulak.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA    !!!!

1 comment:

  1. knpa dgn kaki tu, nmpak cam parah je

    ReplyDelete