Monday 28 October 2019

Lexis Suite Penang 2019



Walawei
Pecah kepala la dapat dok Lexis. Hei kita cadang nak pi Langkawi tau cuti raya deepavali tapi kan disebab kan adahal yang tak dapat dielakkan (tiket kapal terbang mahai dan mama takut naik feri) maka kita batalkan percutian kita ke Langkawi walaupun mama dok teringin lama dah nak lepak lagi kat Pantai Chenang nu...
So kejadiannya adalah pada hari jumaat dan jatuh cutinya bercantum pulak dengan Raya Deepavali. Memang setiap tahun kita memang tak ada kat rumah time ni sebab pertama cuti dan sebab kedua adalah kerana pasti kawasan rumah kita akan meriah dengan mercun serta bunga api. Anak-anak mama adalah spesis takut bunyi kuat. Hangpa tak sedaq sora mak hangpa pun boleh tahan gak la... kikiki
Tujuan percutian ini adalah kerana hari jadi kakak Kayra la, anak sulung mama memang demand sikit, tanya nak apa mesti nak hotel. Papa pun turut je. Check in pukul tiga hari jumaat. Mula-mula mama rasa macam nak pi kerja je pagi tu lepas tu petang mintak excuse balik awal. Akan tetapi pikir punya pikir, baiklah mama cuti je. Sebabnya Kakak dan audra dah start cuti jumaat tu, papa plak nak bawak tok Honey checkup pagi tu. So anak-anak mama ni nak duduk dengan sapa ?  Papa balik Taiping naik tren ja...
Kita gerak dari rumah jam dua. Lepas makan (mama beli untuk kita bertiga je sebab papa dari Taiping), hantar molly dulu pergi boarding (eh ! pernah tak cerita pasal molly the cat ? ,  kucing hitamputih kita tu ? takda ? ok nanti mama cerita). Papa sampai baru kita gerak. Papa pi Taiping park motor kat Stesen tren, pi mai pi mai pun kena balik jugak ambik kereta. On waze, sajalah nak tengok lalulintas maklumlah cuti.... tapi ok je kalau naik jambatan kedua, jawi ke juru dah nampak sesak sikit dah start dari hentian sungai Bakap tu tapi so far perjalanan kita sampai ke Bayan Lepas no jammed at all. 

Bila sampai anak-anak so excited. Terutamanya kakak. Park kat bawah dulu papa check in barulah cari parking kat parking bertingkat hotel ni. Kenapa Lexis ? Kenapa tak kat Gurney Hotel je ? Sebab Lexis ni ada kolam dalam bilik so lebih untuk mama la sebab tak payah berenang bertudung walaupun hakikatnya bukannya puas pun mandi kat kolam kecik tu. Tapi mama suka je, apadehal..




Bilik kita 2602. Parking kat tingkat 4 rasanya (mama lupa, maafkan mama), parking bertingkat tau je la. Kira park lepas tu takyah la kemana, nak parking pun ya Rabbi punya la siksa berpusing-pusing. Naik lif kena sebelah kanan je sebab lif sebelah kiri tak ada sampai tingkat 26. Lepas tu nak tunggu lif punya lah susah. bila sampai je lif kiri, sampai je lif kiri. Tapi elok je lepas tu kita naik ke bilik. Cerita pasal lif pun penat mama rasa.


Happy gila tengok bilik. Rasanya better bilik ni daripada yang dulu. Yang ni nampak macam luas sikit ruang yang ada katilnya. Kalau dulu sempit sikit. Kalau yang dulu masuk bilik jumpa ruang depan dulu ada dinding yang lindung katil dari pintu masuk. ada ruang sebelah kanan ada ruang toilet dan bilik mandi. hujung kaki ada ruang kecik je, yang tu la lorong nak ke kolam. Tapi bilik yang terbaru ni ruang yang ada katil luas sikit, pastu jumpa ruang toilet dan bilik mandi, baru jumpa ruang kolam. tapi kekurangannnya buka pintu bilik terus nampak katil, yang dulu tak nampak. Tu je lah nak cerita. Harap faham. Kikikiki...


Perkara pertama yang dibuat bila masuk bilik ialah bergambar. Bergambarla sampai lebam (mama la tu) yang anak-anak ni dah tak sabar dah jerit-jerit dah nak mandi. Sabaq sat na, selagi acara bergambar tak selesai, hangpa jangan sentuh apa-apa pun.







Lepas tu terjunlah depa dengan gembira. Eh sebelum tu, mama jugak yang tiup pelampung depa tu. Dua pelampung gais. Habih nafas mak depa. Campur satu lagi jaket keselamatan Audra lagi.






Dalam dua jam berendam, papa suruh naik nak ajak turun bawah. Beli kek dan tempah tempat dan makanan untuk dinner birthday Kayra. Tapi papa pesan takyah order banyak sebab lepas tu nak makan nasi kandaq depan hotel ni. 👀

Sempat kita jalan-jalan kat kolam bawah dan KayraAudra sempat main kat indoor playground sat.



Dua potong kek RM 15, itupun sebab buy one free one. Sudah pastinya mama nak kek kegemaran mama. Beli kat Lobi, lepas tu kita naik semula ke mezanine sebab kat situ coffee house depa order makan utk malam ni. Kita order pizza sebijik, ayaq tembikai  dua gelas dan air kosong dua gelas. Pukul 8 kita akan turun.

So kita naik atas balik, tukar baju solat siap-siap dan turun makan.







Lepas makan, seperti yang dijanjikan, turun lah kita menuju ke nasi kandaq depan tu. Tapi mama surrender, mama takleh makan lagi. Papa beli bungkus je. Bungkus pulak nasi 3 cencaru sumbat, terung ,sambal petai udang dan ayam masak hitam. Tepuk dahi mama...


Naik atas, anak-anakku nak mandi lagi. Mandi la hangpa mama nak tengok instagram. Lepas tu tengok papa dah buka bungkus nasi plak. tak sampai sejam lepas kita makan pizza , pizza pa bukan kita makan bertih jagung...
Selepas itu mama suapla KayraAudra dengan nasi lauk ayam tu dan kemudiannya diikuti dengan mama menyuap mulut sendiri dengan bungkus nasi yang berbaki. Habis dan tidak mengecewakan. Lepas habis papa kata minggu depan kita diet na... what ???!!!!

Mama ingat nak berendam lepas anak-anak tidoq tapi papa plak takmau teman, takut gak mama nak berenang sorang-sorang takut ada yang lain teman kat tepi dinding kolam tu...


Pagi-pagi lepas subuh kita dah terpacak kat dining sebabnya papa kata kita kena awal sebab semalam ada rombongan pelancong cina baru sampai. Takut tempat tak ada. Asal makan saja gigih kita ni. Inilah semangat kita...bueeekkk....



Dan makan kan semua ? Dah kenyang kan ? Makanya sampai la masanya kita naik semula ke bilik. Ya masa kita keluar dari dining tu, ramai lagi tengah tunggu giliran nak masuk makan, tempat tak ada. Papa cakap, nasib baik kita mai awal. OK pa.

So naik atas KayraAudra dan papa berendam lagi sementara mama mengemas. Checkout pukul 11 dan kita dah ready. Sementara nak tunggu jam 11 tu, gambaq-gambaq ada la dekat 100 keping. Hahaha...



Lepas tu tolak beg turun bawah untuk checkout sebab papa kata satgi boleh naik tempat parking sekali jalan dan terus gerak.





So Happy trip ni, tapi Audra je tak berapa happy sebab katanya dia nak Kolam yang ada mushroom... cuba teka Hotel apa ?


xoxo


Thursday 24 October 2019

Cerita malas, tak sempat dan tak cukup masa...



Assalamualaikum 


Lately, eh bukan lately sangatlah. Dah bertahun dah mama dah rasa malas bangat nak menaip kat blog ni. Tuntutan kerja dan komitmen mama pada keluarga membuatkan mama tak sempat sangat nak duduk depan pc nak tulis-tulis macam dulu-dulu. Tapi mama sedar kalau mama tak tulis dalam ni, macammana mama nak tinggalkan memori masa kecil anak-anak mama dalam ni. Ye lah, tengok gambar-gambar saja di dalam album tak sama dengan baca cerita bergambar kan ?  Dan hal-hal macam ni lah yang buatkan mama renung kembali apa tujuan sebenarnya mama masa mula-mula menulis blog dulu.


Tapikan, kalau la ada reader yang belek-belek blog mama, mama ada update yang mana mama tertinggal. Contohnya cerita 2018 yang tertinggal, tiba-tiba ada, tu kira mama dah add on entry baru la tu. Seronok jugak iba-tiba selitkan post baru diantara post lama yang tertinggal. Sebab apa jadi macam tu, sebab kadang mama dah taip tapi malas nak edit gambar, so tinggal la sekejap. Sehari jadi seminggu, seminggu jadi setahun, dan seterusnya lah. Lagipun mama dok rasa skil1 menulis mama makin teruk, atau tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Mama tak reti la nak tiru-tiru orang, mama tulis je apa yang mama nak tulis, yang terlintas difikiran gitu. Originality kata orang (padahal, ntah apa-apa ja orang baca).



Tapi itulah, apa-apapun berbaliklah kepada tujuan asal kita menulis blog. Pembaca blog ni bukannnya ramai pun. Mama tulis syok-syok sendiri ja. Saja nak create the memory dan mama terjemahkan di dalam blog ni hadiah mama untuk anak-anak mama nanti. Kisah klasik untuk masa depan gitu...




Di saat media sosial makin berkembang. Ramai orang dah lari kepada facebook dan instagram, mama masih rasa menulis dalam blog ni lebih cool. Rindu nak baca tulisan-tulisan dalam blog. Dua tiga tahun lepas, masa semua orang masih asyik dengan blog, hari-hari mama akan baca blog yang bermacam ragam. Tapi sekarang dah makin sunyi sepi. Sumpah rindu.


So mama rasa mama akan cuba setia di sini. Cuba menulis disini dan letak gambar banyak-banyak. Cipta kenangan banyak-banyak dan coretkan disini.


xoxoxo