Tuesday 10 October 2017

Bandung yukk....Day 3....20 Mac 2017




Entahla macammana nak cakap, mama malas sikit nak update blog sekarang. Banyak kerja jugak la. Upload gambaq lepas tu buat-buat lupa. So sekarang hari ketiga kan. sambung je lah cerita.  oh sebelum tu nak bagitau ja sebelum mama lupa. Sepatutnya rancangan/aktiviti kita hari ni kita buat pada hari kedua, tapi dah ada aral melintang pukang disebabkan beg kita yang tak sampai tu, terpaksa lah kita tangguh ke hari ni. Yela, tunggu beg saja dah makan sekerat hari, rugi ja nak jalan jauh, makan masa punya hal pasai beg.
Hari tu kita bangun awai, siap awai dan pakai baju daripada beg kita yang tertinggal tu :)
So rancangannya kita nak la pusing-pusing ke arah Lembang. Lembang tu kawasan tanah tinggi kat Bandung. Lebih kurang macam Cameron Highlands. Tapi mama rasa kawasannya lagi luas kot. Best. Tapi kita kesuntukan masa, kita tak dapat nak pi kesemua tempat menarik kat Lembang, so kita pilih-pilih yang mana terbaik je la. Rugi jugak kalau ke bandung tak pi kawasan gunung berapi, tapi takpa la next trip kita pi Kawan Putih dengan Tangkuban Perahu ok.



Ini tempat pertama yang kita pi Hari ni kita pi Farmhouse dulu na. Park je kereta , kita turun dan papa terus beli tiket. Tiket tu kita boleh tukar dengan susu segar atau sosej. Kita ambik susu je lah. Tengok tu kakak dok kepit je patung marsha dia.


Kita lepak dululah, cuba habiskan susu tu dulu. kalau boleh habis. Sebab audra tu nak pegang sendiri bekas susu tu, mama risau takut tumpah.


Lambatnya lahai nak habiskan susu tu. 


mata audra lebam kesan daripada terjatuh tangga masa sebelum kita terbang ke bandung tempohari. Syukur sebab tak ada cedera yang serius. Runsing mama tau Audra...



Tidak la dinamakan farmhouse kalau takda binatang-binatang kan?  Apa barang tengok-tengok kat luar, ha ni kita masuk ke dalam terus. No fear ok. Saya cucu penternak kambing ok. Setakat kambing belaan ni apa lah sangat....


anje boleh pegang and usap-usap kepala kambing tu okeh, tak takut sikit pun okeh... Kakak mana? kakak hanya mampu melihat dari luar kandang, penakut nau...



Setelah beberapa detik kat dalam tu. Kita keluaq. Itupun jenuh pujuk. Dia ingat nak tidur semalaman kat dalam tu kot. Sayang nau kat kambing-kambing tu...



Ok kakak ambik juga gambaq dengan binatang. Binatang comel-comel manja ja dia berani. So menjadilah gambar ini, kakak dengan rabbit.

Gambaq family hari ni dengan patung rabbit. Nasib ada orang baik tolong ambikkan.


lagi gambar-gambar kat situ. Best. Macam biasa, si kakak memang tak mau dekat la binatang-binatang situ. Adik steady ja.


rumah hobbit


ini rumah hamster



ini taman kat atas. melaui kedai cenderamata akan jumpa taman yang luas kat atas.


Latarbelakang rumah-rumah kat bawah sana.


taman dengan bunga-bunga segar, sangat canti. Puas la depa dok lari-lari dalam tu.


ini kat dalam bangunan , macam hall besar ada sikit ruang kat sudut tempat makeup dan sesiapa yang nak sewa baju dutch untuk bergambar.


kakak dan anje


gambar keluarga kat farmhouse Lembang


Gambar keluarga lagi


tempat cantik, udara segar, apa lagi yang kita nakkk....syukurlah...



Ini tempat kedua kita pergi hari ni. Grafika Cikole. Macam hutan simpan je. Hutan pokok pain ke pokok apa ntah. Cantik sangat. Mama paling takleh moveon dengan tempat ni. Orang lain yang pi mungkin kata tak ada apa-apa tapi pada mama cantik sangat....



letak gambar cantum-cantum dulu.


Rasa macam dalam set filem. Entah kenapa mama rasa teringat filem my heart...


ada dwarf jugak, so seronok la depa...


alololo kakak melayan adik...



Tidak ketinggalan juga ibu dan bapa mereka...


ini kat bawah...


ini plak kat atas sebelah kiri



Ini kat laluan nak naik ke sebelah kanan (faham-faham sendiri je la...)


ini kat atas sebelah kanan


ini kat atas sebelah kiri ada chalet-chalet kalau ada yang nak menginap kat sini.


ini kat bawah


penghujung laluan naik ke atas sebelah kiri...



cantik betul permandangan...tak boleh lupa lagi ni...



oh ini lah luwak. Comel rupanya kamu ni. Jom balik rumah kita nak ?
Musang ni  dipanggil luwak. Pernah dengar kan pasal kopi luwak.  Biji kopi atas pokok musang ni akan makan, lepas tu dia membuang aka pas motion lepas tu biji-biji kopi tu akan diambil untuk dijadikan kopi untuk diminum. Kopi ni difatwakan halal oleh  Majlis ulama Indonesia. Ramai je orang yang minum kopi luwak. Tapi kita tak minum. Kedai kopi  yang ada luwak ni kita singgah lepas grafika cikole. Memang tak bercadang nak membeli kopi so kita singgah-singgah je la main-main dengan musang sat.


Papa tak pegang tapi papa bagi dia main atas bahu terus. kikikiki...


Kita tak lama pun kat situ sebab kita nak pi satu lagi tempat. Pengisian penuh bila mai Bandung ni. Asalkan anak-anak semua happy. Hari ni sehari untuk depa ja. Takda shopping-shopping siang hari. Semua yang kita pi hari ni semua boleh lari-lari tapi dengan pengawasan la.
So, next stop is Floating Market Lembang. Luas cantik dan bersih. 


Bergambar dulu kat depan, gambaq tak cantik, dapat sekerat saja  sign belakang tu sebab mama crop orang kat sebelah tu. Audra menangis sebab dia nak lari-lari. Mana boleh, mestilah bergambar dulu.


sama macam kat farmhouse tadi, beli tiket dapan kupon lepas tu boleh tukar dengan air. Kita ada 3 kupon, dapat la 3 cawan air.


Duduk sekejap minum ok.


Semua tempat cantik, semua tempat rasa nak ambik gambaq. Suruh ja anak mama yang sulung ni posing, dia memang jarang tolak punya.



 cantik kan? Ikan pun besar-besar. Mama memang tak boleh lepas pegang Audra sebab mama risau dia terjun masuk dalam tu.



Bila jauh sikit dari air barulah mama berani nak lepas tangan dia. So berlari-larilah dia kesana sini.



gerai makan kebanyakannya dijual atas bot tapi ada jugak gerai-gerai atas darat macam gerai-gerai ni. Time ni la banyak nau slime, puas la memujuk si kakak supaya tak membeli lagi.


Lepas tu kita naik bot keliling tasik. Papa naik dengan kayra, mama dengan Audra.

So happy kakak


Tengah panas seronok la bergambar. 


Lepas turun dari bot kita rasa lapar plak



Kita duduk dulu sementara tunggu papa pi tukar duit kepada token. Kat sini nak beli kena guna token. Tapi tak boleh tukar banyak-banyak sebab kalau tak habis guna tak boleh tukar balik kepada rupiah. So kalau kesini, kena decide dulu nak makan apa lepas tu baru tukar token.



ini sate sapi. Sedapnya...recommended...papa tak bagi makan banyak sangat sebab satgi kita nak pi makan yang proper sikit. So kita cuma makan sate ni je dua bekas dengan air...



Lepas makan hujan turun renyai-renyai. Mama sikit cuak, ye lah jauh-jauh kita mai hujan pulak. tapi nasib baik lepas tu berenti sat, so kita bagi kakak try flying fox. Sangat enjoy dia. Tapi sekali je sebab kita nak rush jugak, cuaca jugak satu hal. Nanti takut tak sempat pulak nak explore lagi floating market Lembang ni.



tadi layankan kakak, sekarang time adik pulak...



Taman arnab
 masih dalam kawasan floating market. Kita tiba di satu kawasan dimana terdapatnya taman kecil. Masuk kena bayar . Tempat ni kita panggil apa ek? Mama lupa.



Ruang kecik je. Tapi anak-anak mama happy. 


Bila kita masuk dalam ni, sebiji keretapi akan bergerak, jadi kita semua ikut keretapi ni bergerak ikut laluannya , sambil-sambil tu kita dapatlah tengok permandangan dan lanskap di kawasan keretapi tu. Rumah-rumah kecil, kampung-kampung yang keretapi tu lalu, sungai, jambatan dan lain-lain lagi. Apa yang mama dapat katakan, kita akan asyik melihat.



Ini antara figure-figure yang sempat mama snap. Sebenarnya banyak, tapi tak sempatlah. Keretapi tu akan akan lalu di beberapa stesyen, kawasan perumahan, kampung, sungai, denai, ladang dan macam-macam lagi. Masa kita kat dalam tu, ada satu group lagi masuk, kita tengok, ada sebuah lagi keretapi digerakkan dan satu lagi bila kita dah dekat nak keluar. Maknanya kita sempat tengok 3 buah keretapi dalam tu. 

Keluar dari situ hujan pulak. Hujan tak kisahlah tapi sejuk tu yang tak tahan. Dah la kita ada audra. Buatnya dia demam ke. Tu belum lagi cerita kakak kayra yang berlari-lari nak beli slime. Kat negara orang dia boleh buat berani sendiri. Risau mama. Dah dekat pintu keluar hujan menderu turun. Berlari-lari kita cari tempat berteduh. Nasib baik sekejap ja.
Walauapapun terjadi kita mesti cepat-cepat keluaq sebab mama laparrr bangat.

Destinasi kita yang seterusnya adalah...
'KAMPUNG DAUN'
Tempat makan kena letak huruf besaq, sebab penting...hahahaha
Kampung Daun ni macam resort ada anak sungai, air terjun, di sepanjang laluan ada bangsal-bangsal kecik untuk dijadikan tempat makan privasi setiap pelanggan. Ikutla kalau ramai ahli rombongan, ambikla bangsal yang besar sikit. Suasana sejuk nyaman mungkin sebab baru lepas hujan dan jugak rasanya memang macam tu, suasana hutan. ada jugak gerai rasanya kalau bukan sebab hujan ada ja orang berniaga. 



Ni ja gambaq sebelum yang mama sempat snap. Ye lah, perut lapaq kan ....susah hati, kalau perut kenyang barulah senang hati...So kalau lapaq memang takdak mood nak bergambar.



Mula-mula masuk kita akan cari dulu kat mana tempat yang kita nak duduk. Tempatnya macam bangsal atau pondok atau balai ke apa nama mama tak tau. Buku menu dah ada tersedia. Lepas tu kita pukul macam beduk ka apa ntah untuk panggil orang ambik order.


Ha kau, semua ni kita order dan satu lagi tambahan fries Audra tapi mama tak snap pulak. nasi timbel, sedapnya bila ingat balik.



Sebelum mama lupa, kat pondok ni ada meja untuk kita makan bersila, ada bantal-bantal untuk kita berehat santai dengan penuh istirehat dan bergaya. (pulakkkk....)
Si anje Audra senang je makannya. Mama letak fries depan dia, yang tu je dia makan. Tapi sebelum tu memang dia dah habiskan susu sebotol la. Sos fries tu pedas, sekali tu dia cicah fries dalam sos tu, menangis dia. Ha tu la, nak cuba sangat...



So sekarang barulah kenyang perut senang hati.  Dapatlah kita bergambar dengan gembira sekali...



Permandangan di dalam kampung Daun pada waktu malam. Indah bukan, dengan lampunya, dengan pokok-pokok, sangat berbeza. Sekarang pun mama masih teringat-ingat suasana di sana. Rasa macam jauh pulak perjalanan dari pondok tempat kita bersantai makan tu nak ke Kaunter pembayaran. Harga makanan tak la murah sangat tapi pengalaman makan di tempat yang indah itu sangat tak dapat kita lupakan.



Hahaha...barulah ada gambaq papa. Suasana masa ni sejuk dingin dengan bunyi cengkerik dan katak merata-rata. Kampung Daun, nanti lagi sekali berkunjung ke Bandung, insyaAllah kami singgah lagi...




Sorry ye anak-anak. Dah bagitaukan hari ni untuk anak-anak mama je, no shopping, tapi mama tak mampu nakkk. Dugaan factory outlet di Kota Bandung ni amat menggugat keimanan mama. Balik dari Kampung daun, lepas mama makan, mama rasa kekuatan mama sudah kembali pulih, bateri bagai sudah di charge. So kita singgahla sebentar Rumah Mode. Sementara mama menjamu mata, papa jagakan Audra, Kakak Kayra temankan mama pilih baju. Cantik-cantik baju kat sini. Dapat je sehelai dua, kita keluar. Mama tangkap gambar kamu berdua ye... :)




Papa dah tak tahan sabar, dah malas menunggu. Makanya papa pergi mencari supir kita yang tadinya entah dimana. Anak-anak terserah mama, layankan sekejap mereka melihat ikan, nyaris-nyaris Audra terjun nak tangkap ikan kat dalam kolam itu. MasyaAllah anak ku....
Tunggu punya tunggu sedar-sedar kereta supir dah ada kat sebelah kita dengan muka papa yang mencuka. Dugaan untuk kita... :)
Masa untuk balik, bukan sebab penat sangat tapi sebab pintu Kedai Rumah Mode dah tutup. 
.
.
.
.
.
 Selesailah sudah cerita hari ketiga di Bandung setelah berbulan di dalam draft. Puas perah otak nak remind balik semua. InsyaAllah esok mama taip cerita hari ke empat pulak...Sama-sama lah kita doakan...hahahaha



xoxoxoxo