Tuesday 29 October 2013

Setelah Lama Berehat Panjang Bercuti Sakit.....terbang ke Kuching...



Jeng...jeng...jeng...

Dah rasa sihat sikit, dah boleh jalan sikit, dah rasa macam kuat sikit. Kebetulan mc pun berbaki lagi dua tiga hari lagi ni.... Papa ajak kita terbang lagi. Sebenarnya dah lama plan. Sebelum operation lagi. Masa hari tu baru-baru lepas operation rasa macam trip kali ni terpaksa burn saja... tapi Syukur, mama boleh gagahkan kaki jugak berjalan. Tiga bulan terperap dalam rumah mengenang nasib diri, bermuram durja....kikikikiki.... Sekaranglah masanya kita bergumbira merawat jiwa nan lara...

Kali ni kita naik MAS. Puas kita survey masa dan waktu. Kita bandingkan dengan Air asia Fire Fly semua. Dan akhirnya ketemu juga tarikh dan tambang yang murah ni. Lebih murah berbanding Air Asia. Pada tarikh ni la...Walaupun kelas ekonomi ja pun... :)


Cerah ja pagi tu. Laluan kat atas jambatan pun tak la sesak sangat....


Dah sampai  pun kita.... Penang Internasional Airport.


Macam biasa selalu-selalu. Kita ambik maksu kat ofis, maksu hantar kita pi airport dan Maksu bawak balik kereta mama park kat rumah dia. Jimat duit parking....


Ludgage check in. Kayra pun sibuk jugak sambil pegang bantal busuk...


Lepas tu kita sarapan dulu kat McDonalds. Masing-masing dah lapaq kan ?


Ok, masuk balai berlepas. 


Tunggu-tunggu. Lapaq, makan  biskut pulak...


Tak ramai  orang sangat pagi tu...


Dan dia pun bukan boleh duduk lama menunggu. Mula la nak buat perangai macam-macam...sayang dia...


Ok,flight dah sampai. Berjalanlah kita masuk...


Seronoklah kita bila ada steward yang tawar diri nak ambil gambar kita. Senyum sajalah...


Macam-macam perangai lagi walaupun dah kat dalam perut kapal... Tapi sayang dia....


Mama suka corak batik kat uniform stewardess ni. Sangat Malaysia....


Dari Penang ke KL  kita dijamu  jus dengan kacang saja. Kayra suka orange juice...


Kita dah sampai KLIA


Happy


Lari sana lari sini. Jauh sikit dari mama, mama dah risau. Maklumla mama bukan boleh kejar-kejar Kayra macam  dulu. Kaki  mama masih belum  pulih sepenuhnya lagi...


Ala Sayang...Kenapa letak gambar ni ?  Sebab ada Ella kat belakang....


Gambar ni pun... Sebab Ella  jugak...


Ok, flight KLIA-Kuching dah sampai. Jom masuk dulu.


Papa  berebut dengan Kayra  nak duduk tepi  tingkap. Papa menang...Dengan anak pun nak berebut papa ni...


Saja suka-suka letak gambar ni.


Penerbangan dari KLIA ke Kuching ambil masa dalam dua jam kalau tak salah mama. Penat duduk dalam kapal terbang. Hari tu, bersama-sama kita dalam kapal ada Ella, Tomok, Aizat dan ramai lagi la artis. Sebab ada program Jom Heboh kat Kuching.
Kayra tak tidur lansung dalam penerbangan, macam-macam kelaku dia buat tapi dah baik sikit dah dia sekarang.  Dah besar kan dia...?


Sesampai saja disana. papa terus pi kat kaunter untuk ambik kereta sewa yang kita book awal lagi. Tapi sayang la, kita book kenari  tapi tak ada, rosak ka apa ntah kereta tu. Dan diganti dengan Proton Saga. Tak kisah la. Tapi bayaran kena tambah lagi lah. Kita rasa ralat la jugak sebab tak dapat macammana yang kita book awal tu.


Oleh kerana ini adalah percutian budget. Maka, kita pun duduk kat hotel murah-murah saja. Tapi ok lah, kita tak merungut pun...janji dapat berjalan naik kapal terbang.


Biliknya luas. Ada bath tub. Tapi hotel ni hotel lama la jugak... Tapi ok...



Lepas check in, kita naik atas simpan barang dan kita keluar balik untuk makan. Lapar dah Kayra. Kat dalam kapal terbang dia makan roti canai. Mama dah start  sakit kepala dah. Tapi papa nak jugak keluar makan. Tak apa lah, ikut sajalah papa tu...

Nanti sambung lagi ok...

Wednesday 23 October 2013

Fisio ke 5




25 September 2013
Hari ni fisio ke lima. mama dah hampir pulih sepenuhnya. maksud mama, gerakan kaki berjalan dah makin laju. Tidak la macam yang lepas, lambat sangat nak gerak. Hari ni ada lah fisio ke lima pada minggu kesepuluh sesudah pembedahan.
Hari ni Kayra ikut sekali tau sebab Teacher suspek Kayra kena chicken pox tapi bila pi jumpa doktor pakar kanak-kanak, katanya kayra ok, tak ada apa-apa. So hari ni hari Kayra tak pi school la. Ke
Hari ni saja Kayra ponteng sebab esok dengan lusa memang sekolah kayra ditutup sekejap sebab ramai sangat kawan kayra kena chicken pox.


Hari ni mama diminta cuba mengayuh. Ok saja, tak ada masalah. Tapi kaki cepat lenguh.



Poyo. Kayra yang tangkap gambar-gambar ni tau.


Tengok tu, nampak jari jemari anakku.


Hehehehe...Makin gemuk ni...


Bukan mama tunjuk kaki kat semua orang k. Tapi mama nak tunjuk dalam latihan pemberat ni, mama dah boleh angkat beban satu kilo. :)


Latihan berjalan


Candid


OK, ini pulak urutan ultrasound. Kayra yang ambik gambar ni. Sebab tu gegar-gegar.



hmmmm....Mama dah boleh jalan. Makin cekap atur langkah.
Tak boleh pun kena boleh la kan...??


Lagipun kan....lagi dua hari kita ada plan kan..... :)

Blow Your Candle Kayra, Because Now You Are 5 ......


Happy Birthday Kayra.  23 Oktober yang lepas adalah hari jadi Kayra. Tengok tarikh  hari ni betapa lambatnya mama nak update cerita Kayra. Sorry ya Kayra, lambat-lambat pun hari ni mama tulis jugak.

Mama update cerita ini pada 16/1/2014
Sorry kayra

Dengan kawan-kawan. Hari ini Kayra dah 5 tahun ok....



Sebenarnya hari ini Kayra ada exam akhir tahun. terpaksa lah break sekejap untuk celebrate birthday Kayra. Mama pun tak join, mama just bagi kamera kat teacher.



Tahun ni mama just prepare goodies saja. Taknak curi masa lama-lama.



Tahun depan tahun terakhir Kayra kat school ni. Dah besar dah Kayra....


Sekarang tibalah masa Kayra membahagi-bahagikan pada kawan goodies yang Kayra bawak....



Setiap orang dapat sorang satu ok...



Gadisku...


Last minutes Papamama cari kek untuk Kayra. Dapat jugakla yang berkenan di hati. Janji ada gambar princess.



So, Kayra sangat berpuas hati dengan kek birthday tu.



Peace dan semua kawan-kawan Kayra tak sabar-sabar nak makan kek yang nampak sedap itu...



Disuruh bergambar lagi. Padahal semua dah bosan...



Again....




And again...



Semua orang muka dah manis sikit sebab lilin dah dinyalakan... Tak sabar ni....



Tiup lilin ye Kayra, sekarang kamu dah lima tahun....



Awat hang tengok Teacher Pratibha macam tu....??



Mama sangat-sangat hectic sampai lupa nak buat makan-makan yang lain. Just bagi kek saja. Lupa sangat mama. Tak sempat satu hal la. Lain kali, mama tak lupa lagi InsyAllah.


Semoga Kayra menjadi anak yang solehah dan membanggakan papa dan Mama. PapaMama sayang kamu sangat-sangat.






xoxoxoxoxo