Tuesday 26 June 2012

Mendarat dan terus ke negeri penyu...

Kita sampai di Kelantan dalam pukul lapan. Ambik je bagasi kita yang hanya satu je tu  terus cari kereta. Papa memang dah book dari Penang lagi. Kalau tak silap mama, syarikat sewa kereta tu namanya HAWK. Kita ambik kereta saga auto dan bayarannya dalam RM 100 sehari. Conditionnya adalah sangat memuaskan hati.


Tak mau berjalan cik kak ni, penat katanya. So, dia duduk saja atas troli dan papa pun tolak.




Ini kereta kita. Kereta ni sangat bersih dan masih nampak baru. Apa-apapun kita check dulu sebelum ambik.


Dah ambik kereta, kita pergi cari makan dulu. Mama nak makan nasi berlauk Kelantan, best. Papa makan nasi dagang kelantan, gulai ikan kayu memang sedap tapi nasi dagang tu manis sikit la. Tak apa, nanti kita makan kat Terengganu pulak.
Lepas makan kita teruskan perjalanan dengan bantuan GPS dan Google map, tak adalah masalah sangat. Mama sempat snap dua tiga gambar ketika dalam perjalanan.



Ini gambar kat kuala Besut, singgah sekejap nak tengok kat mana orang selalu naik bot untuk ke Pulau Perhentian.



Cantik, Kuala Besut.




 Dah sampai Kuala Terengganu. Nampak pulak kereta ni. Jangan tak snap.




 Kayra ternampak bas cantik, suruh mama tengok, macam rumah bas tu....






 China Town





Awal lagi kita sampai. nak check in pukul tiga. Papa tanya nak kemana kita ?  Ada muzium dan ada tempat membeli belah.
 Mama kena fikir dulu kat mana kita nak pergi ni....hmmm
Last-last mama kata kat papa, kita pergi sajalah kat tempat gambar atas ni. Gambar yang last tu...


4 comments:

Anonymous said...

bila nk mai Kuantan plak??hehehehe...:-)

syarida said...

Kuantan nanti-nanti la.... nak bawak Kayra pi negeri yang dia tak pernah pi lagi. Kalau Pahang dah sampai Cameron Highlands dengan Genting dah... :)

Lily said...

tak boleh blah,tang pajero JKR tu....hahahahahahaha hidup JKR!!!!!!

syarida said...

hahaha...itu kan maskot dan dia ada dimana-mana....:)
Saja je muncul, nak ingatkan aku la tu...pergi le bercuti kat mana pun tapi balik ofis nanti, buat kerja.....

Post a Comment