Monday, 18 June 2012

Kenduri di Batu Gajah

2 minggu lepas ke Lost World dan minggu selepas tu  kita ke Ipoh lagi tapi kali ni untuk hadiri kenduri kat rumah saudara sebelah arwah ayah papa. Kita join tok Honey dan Auntie emma sefamily kesana. Kiranya kita gerak dengan dua buah kereta. Kereta Tok Honey dan kereta mama.  Mama pun tak sempat kenal lagi family papa yang ni sebab tu tok honey ajak kita sekali ikut.
Kita sampai awal sebelum makan kita lepak-lepak dulu sambil tunggu Tok Honey dok bersembang dengan tuan rumah. Kayra berlari sana sini, seronok sangat dia. Tambah-tambah ada kakak pulak dapat berkawan.
Mama pun dah tak tau dah nak cerita apa. Tengok je la sama-sama gambar ni k...




Yang berbaju merah tu tuan rumah.





 Dah sudah makan kita tunggu sekejap nak jumpa uncle Din papa yang masih belum sampai masa tu.



 Dah sampai kita bergambar dulu. Bersembang sekejap dan tak lama lepas tu kita mintak diri.



Lepas ke rumah kenduri kita singgah sekejap Kellie Castle tapi tengah buat renovate la. Tak masuk pun. Turun sekejpa ambik angin.
Papa nak jugak-jugak ajak kita semua makan mi kicap. Apa lagi, tanpa membuang masa terus gerak kesitu. Sedar-sedar dah sampai. Bukan jauh sangat pun.



 Dan Kayra macam biasa masih tak mau duduk diam. Mama malas layan, biar je dia main-main.


 Bihun kicap mama. Ok la rasanya tapi sup tu sedap la...



 Dah sudah makan kita kesini pulak. Bukan nak membeli belah sangat, saja nak tengok Mydin mall ni. Besar betul.


 Ada pulak mamat ni buat promotion Garnier.


 Tumpang ambil gambar. Fahrin ahmad.


Kita pusing-pusing dalam sejam lebih kat dalam tu. Ramai sangat orang. Sesak. Lepas keluar kita gerak balik Nibong Tebal, Tok Honey pulak balik Taiping.
Macam biasa, cik Kayra tidur kepenatan kat belakang.







No comments:

Post a Comment