Tuesday, 26 June 2012

Taman Tamadun Islam Terengganu


Bagai yang dikatakan, kita berkunjung jugak kesini. Taman tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Ada 21 monumen senibina Islam yang kebanyakan masjid. Cantik, besar dan gah dimana ianya dibina dengan skala 1: 8 daripada saiz asal.  Wah, sangat teruja kita hari ni.

We are welcoming to come



Dah masuk dalam kita nak ke kawasan monumen pulak. Tengah panas kita berjalan ye nak....



Papa bayar tiket dulu. Bayaran RM 10, Kayra tak kena caj.  Lepas bayar dapat satu buku kecil (passport). Masuk saja kena cop passport.



Kawasan dalamnya luas. Kayra nampak choo choo train (trem)  pulak. Dia nak naik. Ok lah, lagipun malas nak berjalan panas-panas ni. Selain ada tren, kat dalam tu ada jugak basikal dan buggy untuk disewa.



Kita di atas trem, di kiri mama passport, di kanan mama Kayra.



Papa



Dah la, kita tengok je la gambar-gambar kita kat dalam ni dulu. Ada yang kita berenti dan masuk dalam monumen untuk tengok tayangan video dan pameran tapi tak dibenarkan bergambar. So, memang tak ada gambar dalam bangunan. Kita naik tren, turun, tengok video, pusing keliling dan naik tren sekali lagi untuk pergi monumen lain dan begitulah seterusnya. Tapi kita naik dua kali saja, lepas tu kita berjalan saja sebab lebih puas bila berjalan kaki. Nasib baik Kayra tak meragam dan dia sangat enjoy dapat berlari sana sini.
















Sebelum keluar, nampak pulak benda ni. Bergambar dulu dia.



Kita bergambar bertiga sebelum keluar. Mintak tolong petugas yang nak cop passport keluar  tu ambilkan. Oh ya, bila kita dah masuk, dapat passport semua, lain kali nak mai adalah diskaun untuk datang kali kedua dan ketiga.



Dan ini adalah apa yang kita makan disini. Nasi dagang tu sedaplah....



Sempat jugak kita snap gambar masjid kristal. Ini masjid betul tau. Bukan monumen.


Lepas beredar, kita terus cari jalan ke hotel. Kuala Terengganu banyak laluan 'one way' ,   GPS pun pening. Berpusing-pusing kita nak cari jalan.


4 comments:

  1. kami pun yg dok kat pantai timur tu pun x sampai2 lag kat tmpt nie...org jauh dh sampai dh pun...hehehehe:-)

    ReplyDelete
  2. :) kami ada misi.....hehehehe

    ReplyDelete
  3. Lin, memeng best, kalau nak tengok yang betul2 mungkin kita tak mampu nak sampai sana. Tapi kat sini, semua ada walaupun monumen saja...

    Respek orang Terengganu yang bagi idea ni...

    ReplyDelete