Wednesday, 20 June 2012

Roti Bakar Jalan Transfer

Hari tu pergi Komtar, lepas urusan rasa lapar pulak. ajak cik Faridah dengan Kazrul try makan roti bakar kat Jalan Transfer. Rasa teringat ingat sebab hari tu ada la bagitau kat sorang kawan ni masa dia mai jalan-jalan Penang. Dia datang dan makan katanya sedap dan mama pun teringat sebab dah lama tak pekena. Lagipun Cik Faridah dan kazrul tak pernah rasa kata mereka la.
Ya, dengan bantuan GPS kami sampai sebab mama tak ingat la jalannya ( ni kalau papa tau mesti bising kat mama, sebab mama memang susah nak ingat jalan ).

Memang teringat-ingat roti bakar yang ada telur separuh masak ni. 


Dah makan roti bakar nak jugak makan benda lain tu.



Sedap jugak nasi lemaknya. 



Sure Kazrul lepas ni ajak anak isteri datang sini lagi. Tapi ada pagi je tau.



Semua makanan yang masuk dalam perut kita pagi tu.



Mintak daging, dan dibagi kari ke sambal mama tak tau la tapi sangat sedap. Nampak memang merah tapi tak pedas sangat.



Cik Faridah belanja, terima kasih. Kak ida hutang satu sarapan dengan cik faridah ye....



Pelanggan pun ramai pagi tu.



Tak disangka, rupanya kami makan kat depan pintu kubur wali. Mama yang dah berkali datang pun tak perasan.



Gambar dari luar tempat kami duduk makan tadi.



Agak sporting mereka bila mama cakap nak ambil gambar. Tapi sayang satu lagi gambar tak cantik pulak. Mama letak gambar ni je la....



Kalau tak mau duduk kat tempat tadi, kita boleh duduk kat sini dan order.



 Wah, kenyang. Dah tentunya mama kalau buat entry mesti ada cerita pasal makan sebab mama memang suka makan. Huahuahua....



2 comments:

  1. sedapkan....kari dia memang power tp sayang pedas sangat...next time klu dtg nak gi makan kat sini lagi

    ReplyDelete
  2. :) kalau mai utara, mesti mau kari....

    ReplyDelete