Tuesday, 12 June 2012

Tetamu Jauh Kita

Kita terus gerak balik lepas tu akan tetapi bila papa berasa  lapar, kita singgah sekejap kalau tak salah mama kat Chemor untuk makan nasi barang sepinggan untuk alas perut. Pagi tadi kita sarapan  kat hotel, lepas tu kita tak makan apapun sampailah kita keluar dari Lost World. So singgah sekejap makan k, Kayra tidur kat dalam kereta, Park kereta dekat dengan meja makan, lepas tu buka tingkap sikit.
Lepas  makan kita mulakan balik perjalanan, sampai lah ke Kuala Kangsar. Singgah sekejap masjid dan beli laksa.
Gegas balik sambil sms kawan mama yang kebetulan masa tu datang jalan-jalan kat  Penang. Nak ajak depa mai rumah kita.  Dah bertahun mama tak jumpa dia. Masuk highway kita kearah utara, disebelah jalan menuju ke selatan, kenderaan sesak jalan pun slow sangat. Terus call bagitau dia. Ajak bermalam di rumah, tapi jual mahal dia. Suatu hari nanti Lin, kalau kau datang sini, mesti tidur kat rumah aku, kalau tak pun, lepak lama sikit.
Kita sampai di rumah, sempat angkat barang kat bonet, family berempat tu sampai. Bergambar tak hengat kita.
 Dah dua anak kau Lin. Kita kahwin tahun yang sama, tarikh yang sama. Anak aku seorang tunggal masih. Kayra sangat seronok berjumpa  Damia dan Daliesya .
Kisahnya datang ke Penang nak raikan cinta, ulangtahun perkahwinan. Sambil hadiri kenduri kahwin, berjalan-jalan sekali. Menyelam sambil minum air.
Rumah aku masih tak bersofa lin, lain kali kau datang tak tentu lagi ada. Hajat hati nak bersofa gedabak tapi sedar poketnya koyak rabak.  Hehehe.....
Seronoknya Kayra jumpa kawan baru. Habis semua mainan dia keluarkan. Banyak tak basikal Kayra ?
Mia dan Kayra
Adat tetamu datang mesti menjamu. Tak tahu nak masak apa. Nasib baik ada telur itik pemberian kawan pejabat.  Bermasak lemak kita petang tu.
Tak ada lauk pun nak dijamu. Ala kadar saja. Maklumlah baru balik berjalan kekdahnya.
Makanlah dulu apa yang ada. InsyaAllah ada rezeki datang lagi. Mama masak yang  lain pulak.
Semua mainan dia angkut keluar.
Kita pulak. Lin, ko makan sikit je kan ?  Patutla badan kecik je....
Lin, entah bila kita dapat jumpa lagi ?
Bergambar lagi berdua. Biar orang tengok gambar kita sampai muntah. Hahaha....
Damia  tinggi macam ibunya. Umur sama ni, cuma Kayra lahir bulan sepuluh. Damia bulan 5 kan ?
Pujuk-pujuk ajak tidur sini tapi taknak jugak. Patutnya rehatla lagi semalam sebelum balik. Tak apalah, ada rezeki singgahlah, jangan serik.

Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita berjumpa lagi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi.
Jumpa lagi Lin, Ali, Damia dan Daliesya

4 comments:

  1. tak puas aku baca ida.....tak puas tgk gambar2 kita.......aku baca ulang2 kali....huwaaaaa..... lain kali kita rancang betul2 k.....ntah bila la aku dtg sana lagi.... mayb masa kayra kawin....insyaallah kalau panjang umur.........salam peluk cium untuk kayra ye..

    ReplyDelete
  2. Kalau masa Kayra kawin maknanya bertahun lagi tu. huhuhu....datang lagi nanti k....

    ReplyDelete
  3. salam..

    mmg seronok klau ada yg brtndang

    ReplyDelete