Monday, 11 June 2012

Dunia Yang Hilang

Wake Up Call, Morning Clock pagi ni adalah ' Lost World Of  Tambun'.
Ya, memang rancangan kita pagi ni sebelum balik adalah nak pergi 'Lost World Of Tambun'. Kebanyakan orang dah pergi, cuma kita je yang tak pergi-pergi lagi. Takpa, hari ni kita pergi lah. Kita bersarapan kat hotel hari ni. Makan macam-macam tapi tak boleh kenyang sangat sebab sat lagi kita nak berendam. Cik Kayra bila dah dapat mi goreng dengan koko crunch ok lah dia. Nasib baik tak buat perangai yang pelik-pelik depan orang ramai-ramai tu.

Lepas  makan kita naik atas. Kemas barang, turun bawah balik dan buat urusan kat kaunter untuk check out.  Start kereta, panaskan enjin dulu dan tanpa lengah masa kita terus menuju ke tambun. Ramai betul orang, maklumlah cuti sekolah. Upin dan Ipin pun time ni jugak nak buat promosi kelab peminat. Memang meriah berganda. Beratur panjang nak beli tiket, papa yang beratur. Kayra ? Mama bawak untuk daftar ahli kelab Upin Ipin. Jadi ahli, dapatlah diskaun tapi tak sempat jadi ahli lagi tengok-tengok papa dah belikan tiket untuk kita. Melepas lagi....
Drama  lepas masuk, Kayra cakap takmau swimming. Mama dah dapat bayangkan apa akan jadi sekejap lagi. Apa-apapun. Kita bergambar kat depan dulu.
Memang betul lah apa yang dijangka. Bila masuk dalam, Kayra takmau mandi. Bukan setakat tak mau mandi berendam, pijak gigi air pun dia tak mau. Geram betul mama. Bila papaMama masuk dalam kolam dan panggil dia, dia lambai-lambai saja sambil cakap bye. Ada sekali tu mama geram, tarik jugak dia masuk. Menangis menjerit-menjerit dia.  Last sekali papa yang bergumbira dan mama duduk kat atas temankan dia bersembang. Nak tinggalkan dia sorang risau jugak. Pencapaian terbaik cuma pijak air je sikit. Mama boleh tengok je la anak orang lain bila tengok air meloncat-loncat seronok, anak sendiri berjuraian air mata. Sangat kontra ok.
Mama basahkan badan kayra kat toilet  sementara tunggu papa hantar pelampung balik. Bergambar dulu.  Nasib baik ada tempat lain lagi kat dalam tu yang kita boleh tuju selain  main air. Tak la rasa rugi bayar tiket.
Kita pi petting zoo pulak. Tengok binatang-binatang. Kat situ Kayra sangat happy.
Keluar dari petting zoo, kita pergi tengok swan, lepas tu harimau.  Pastu masuk gua sekejap dan naik kuda pusing. Tin valley malas nak pergi sebab dan letih lah berjalan.
Berpusing-pusing dengan kuda pusing, papaMama  pun pusing sekali. Dah sudah kita dah ready nak keluar.  Tak sampai lagi bilik persalinan, berenti pulak dua tiga kali bergambar. Orang makin ramai, perut pulak makin lapar. Kita kena keluar cepat ni.
Pergi bilik persalinan. Ramai orangberatur panjang tapi nasib kita baik kan Kayra, sekejap saja dah dapat masuk. Mandi sikit cuci badan, salin baju. Ready semua kita dah boleh bertolak balik.
 Perjalanan balik yang lancar sambil dengar radio kegemaran sebab Kayra  terbongkang tidur keletihan kat belakang lepas dapat sebotol susu.

1 comment:

ladylily said...

next time aku nak gi gak.....hari tu g penang pun x habis pusing.......

Post a Comment