Friday, 1 August 2014

Sebelum Aidilfitri 2014



 Hey, sebulan mama tak update kan ? mama tak dan. Bulan puasa kayra mengaji petang, pukul 5.30ptg . Balik dari ofis mama terus ambik kayra kat Kindy dan hantaq ke qiraati. Baju kayra untuk mengaji mama siap letak dalam beg school, nanti petang teacher chang tolong tukarkan, mama pakaikan tudung kayra je. Lepas hantar Kayra kat Qiraati, mama balik masak plak untuk berbuka, Kayra habis kelas pukul 6.40 petang dan tugas papa pulak ambik dia. Sepanjang bulan puasa mama masak tau. Bukan sebab rajin, tapi sebab tak semp[at pun nak pi bazar ramadhan, pastu sebab dok dengaq orang cerita pasal keracunan makanan semua, terus semangat nak membeli tu kurang la sikit. tapi ada jugak la hujung-hujung ramadhan kita beli dan ada masanya kita berbuka kat luar jugak. Kesian jugak la papa kat kita, kan kayra?

Panjang lebar penerangan. Sebenarnya banyak benda nak cerita , gambar pun dah upload tapi tersimpan dalam folder draft ja. kalau ada masa mama publish semua. banyak cerita ni. Pasai jambatan kedua, pasai baby baru maksu, pasal Kayra ikut papa pi KL dan macam-macam lagi la. Cerita puasa pun ada, tapi nanti la ok.

Jadual raya kita tahun ni sangat padat tau. Banyak masa atas kereta je. Taiping-Kedah-Taiping , tu je la kerja kita. Nampak macam penat, tapi memang penat pun. Tak tipu punya.


Hari sabtu sebelum raya 26 julai 2014 kita balik Taiping sekejap. Jenguk Tok Honey. Petang tu mama tinggalkan Kayra sekejap dengan tok honey sebab nak papa nak pi bayar zakat fitrah dan nak membeli songkok jugak.


Ramai orang petang tu, semua pakat nak beli kelengkapan raya. Semua nampaknya buat persiapan last minit macam kita jugak.


Dah settle cerita songkok, satu lagi keperluan raya tahun ini adalah monopod. Memulunnya papa...



Satu batang monopod tu rm 40, jadilah. takyah la beli mahal-mahal sangat. kalau nak mahal kena beli goPro la kan .



keperluan raya yang lain tahun ni ? 
Baju kurung mama tempah untuk diri sendiri 3 helai, kayra pun 3 helai baju kurung dan papa sehelai baju melayu. Pastu adalah selai jeans untuk kayra, 2 t shirt. Kasut, mama nak jugak kayra pakai converse, dapat la dia sepasang. So belanja untuk pakaian untuk tahun ini, itula saja. Tak ada membazir-membazir melampau tahun ni. Dua kali saja kita keluar pi supermarket. Satu hari tu semata-mata nak beli kasut Kayra, satu jam kat dalam queensbay. Dah dapat kasut converse kayra dan 4 biji pasu bunga baba kita keluar dari situ untuk terus berbuka makan nasi kandar. Ramainya orang Ya Allah kat dalam Queensbay, ya ampun kalau nak berlama-lama. Kali kedua kita ke Sunway carnival sebab nak beli t shirt dan jeans , satu jam jugak kat dalam tu, sebabnya, papa malas nak duduk lama-lama. ok, untuk kali ni mama memang bebai, sebab tak ramai sangat orang tapi papa tak mau duduk lama. Bebai ka tak bebai tetap kena ikut balik sebab driver ajak balik. Aish....
Tapi bila fikir balik, selamat duit aku...



Pagi ahad 27 Julai bersamaan 29 ramadhan, kita gerak balik kampung mama.


Entah jalan mana kita lalu, jalan jauh sebab papa nak test monopod. Tapi indahnya permandangan. Masa tu dah pukul sebelas tapi sejuk ja cuaca.


Kita bertiga pagi tu. 


Indahnya suasana kampung. rasa macam berjalan dalam lukisan.


Papa pasang lampu kelip-kelip kat rumah wan. Abaikan tuala yang bersidai. Depa ramai-ramai pi mandi sungai petang tu. Sebabnya petang tu tak ada ayaq dan air dalam kolah pun dah surut sangat dah. So meloncat la anak-anak bila abah dan ummi ajak pi mandi sungai. Kayra dan papa ikut sekali.


Malamnya depa main mercun pulak. Bising berlawan-lawan.


Kayra dah tak takut bunyi mercun lagi... Dah berani...


Bersepah dapur. Tapi depa ni makan tak ingat apa dah. Tau le posa pun...


Ada dua plak gambar ni. Belasah je la...


Introducing Kayra's new cousin. Anak maksu. So sekarang secara rasminya kayra dah ada baby, ada adik. Seronok dia bila dipanggil kakak. Namanya Ammar asyraf.


So, inilah saja cerita malam raya. Dah jarang bergambar sekarang. Sebab mama dah gemuk balik. Doakan mama kurus semula supaya mama rajin bergambar dan update blog.  :)

Sekian.


Selamat Hari  Raya


xoxoxox

1 comment:

ladylily"s Kitchen said...

meriahhhh.....selamat hari raya ida....

Post a Comment