Sambung je la terus cerita tengahhari membawa ke petang aidilfitri. Tak la petang sangat. Kira-kira sejurus selepas family tok teh balik. Kita pi rumah tok ngah pulak. Mama tak ingat kenapa kita tak pi rumah tok su, sebab kita tengok ramai sangat kot. Lagipun Kayra dah ikut maklang balik. So papaMama ikut je la abah dan ummi yang nak pi rumah tok ngah.
Tok ikut mama tapi wan tak ikut. Tok ngah is kakak and tok is adik. Kata Kayra.
Rumah yang banyak nostalgia. Kenangan dengan arwah tok dan wan mama. kalau depa masih ada, kayra akan panggil depa keduanya 'nek'. Al fatihah...
Rumah tok ngah ni sangat terkenal kerana kebersihannya. Jarang la nak jumpa daun-daun kat halaman walaupun kat sekeliling penuh dengan pokok. Tok ngah akan kutip daun bila nampak dan kalau banyak akan cepat-cepat sapu.
Pak ngah Bae anak tok ngah ada balik beraya dengan tok ngah kali ni. Tok ngah pun dah jarang duduk kat rumah ni sebenarnya, maklumlah sorang saja, risau jugak kita. Kadang-kadang tokngah tinggal dengan pak ngah, dengan tok anjang dan tok su. Susah jugak kita nak jumpa tok ngah ni.
Sedapnya depa ni menyuap. Sedap nampaknya nasi arab dan lauk pauk jawa tu. Ayam masak kicap memang best. kalau ada pecal lagi best.
Mama tak makan, setakat rasa-rasa ja. Sebab sat lagi mama nak makan nasi kat rumah mak lang. Diulangi, makan nasi kat rumah mak lang. Hahahaha...
Dah selesai makan, salam-salam, bagi duit raya semua. Kita gerak ke rumah mak lang pulak.
Awat gambaq blur ni ? Tak kisah la.
Sesampainya di rumah mak lang yang jarak perjalanan tak sampai 10 minit tu, nampak la cik kayra ni dah tukaq uniform raya. elok ja berseluaq pendek di petang raya yang permai ini. Lantak kau la nak...
Tok ngah tadi tu dok tanya-tanya awat tak bawak kamu, dah lama tak tengok katanya...

orang yang dah kenyang elok ja berehat kat depan. Orang yang tengah lapar terus buka periuk ala-lala buat la macam rumah sendiri ye tak. Tak main la malu-malu kalau lapaq. mama le tu... Walaupun cuma ada ikan masin, sambal belacan, kacang buncis dan gulai daging, tetap mama makan bertambah-tambah. Best... nikmatnya hari raya...
Lepas kenyang kita terus balik. nampak sangat pi rumah dia semata-mata nak makan. Sampai kat rumah wan tengok si kecik ammar dah terbongkang tidur ditemani wan dan tok. Geram sangat aih.
Dah cakap dah jangan kacau adik tidoq, nak jugak dia menyelit tumpang bantal. sorry ammar, kakak bukan boleh nampak bantal, nak pegang bucu.
Tau dak pasaipa depa semua nak balik awal? Sebab depa semua rancang nak pi mandi sungai di petang raya yang permai ini. Jadi kerja semua. Papa la tukang rancang, ajak abah lepas tu meloncat semua anak buah nak ikut. So petang tu, mama tunggu kat rumah je temankan ammar.
Nanti la sambung lagi cerita. Sekarang kat pejabat ni, Nak habis dah waktu rehat tengahhari ni....
xoxoxoxo

No comments:
Post a Comment