Friday, 16 May 2014

Day 5 Jakarta - Berangkat Pulang Yukk......


31 Mac 2014

Tiba lah harinya untuk berangkat pulang sesudah berhari-hari disini. Jakarta kota yang sangat  besar dan cantik. Kami gembira disini tapi kami juga sangat rindu untuk pulang. 
Pagi-pagi dah bangun untuk bersiap balik. Tak sabar-sabar nak naik kapal terbang sekali lagi.


Kayra marah mama sebab asyik dok snap gambar lagi sedangkan pintu lif dah nak buka. Takut mama tertinggal lif agaknya. :)

Sebelum balik sarapan dulu. Tapi hari last kita makan so so saja. Maklumlah, dah nak balik kan. Dah terbayang-bayang  nasi kandaq penang.

Bluebird yang terakhir untuk  hari  yang  terakhir. Kayra sangat excited. 


Perjalanan hampir setengah jam dan bila nampak permandangan ini menandakan kita dah hampir ke lapangan terbang.


Ada masa lagi dan sementara menunggu waktu. Kayra menghabiskan masanya dengan melukis.


Sama saja anak beranak. Papa pun sama melekat  dengan gajet sambil-sambil dok mengira baki rupiah yang ada. Cukupkah untuk beli mama apa-apa lagi ?



  Masa dah time. :) 
Check in dulu.


Cheeky face. Mengada-ngada budak ni. Tu barbie tu  teman papa ke ?


Dalam perjalanan nak ke balai berlepas,melalui lot-lot kedai, sangat membuntangkan mata mama ok.  Kain-kain mahal kat sini tapi barang kosmetik boleh tahan la. Facial cleanser clinique habis ok, kalau tak mama dah bawak terbang ke Penang dah. Papa sempat jugak beli fridge magnet kat sini dengan rupiah yang berbaki. Oh ya mama lupa, kat sini bayar dengan ringgit pun depa terima. T shirt i love Jakarta sehelai Rm26 untuk kayra satu beli kat sini.




Aktiviti wajib. Sekarang ni, setiap kali kita kemana-mana kita  mesti nak beli poskad dan pos ke alamat sendiri. Saja lah, sebagai tanda kenangan. Bila dah balik sekian hari, dapat pulak poskad dari tempat yang kita baru pergi, berbunga rasa hati teringat kenangan yang baru lepas. Poskad dari Jakarta ni ambik masa dua minggu untuk sampai ke rumah kita. 


Besaq  sangat Soekarno Hatta Airport ni. Sampai tak larat nak jalan. Rehat la sekejap sambil-sambil cuci mata.




Menghijau sepanjang jalan. Ruang menunggu lagi sebab penerbangan lambat lagi.



Nampaknya ini lah rupa-rupa penumpang yang satu penerbangan dengan kita nanti.


MH jugak walaupun sekadar economy class. Tapi kita happy. Masa ni cerita MH370 masih hangat lagi. So hati mama masih bergetar takut. Berserah sajalah, tak naik kang, tak sampai pulak Penang.



Dah selamat masuk pun dalam perut kapal terbang.Ada rombongan umrah dari Jakarta jugak. Depa transit kat KLIA dulu kot. Meriah dengan depa ni. Seronok tengok antara ahli rombongan yang muda-muda. Kecik-kecik lagi dah sampai kesana.



Terbang megah pesawat negaraku.... Semoga terus membanggakan kami...


Macam biasa. Anak kapal yang peramah dan sedia membantu jugak. Tolong kita ambikkan gambar ni. 


Kayra habiskan masa dengan menonton kartun. Kat rumah kartun, kat sini pun nak kartun jugak. Tahun depan dah masuk sekolah rendah ni, dah darjah satu. Sekejap saja masa berlalu.


Mama dah tak ingat kita makan apa. Ikan salut tepung kot tu. Papa punya.


Ayam  dan kacang panjang. Mama dan Kayra sama saja. Cepat lah sampai Penang, nak makan nasi kandaq.



Setelah lebih kurang dua jam kat atas kapal terbang tu dari Jakarta, kita sampailah ke KLIA. Akhirnya sampai jugak. Dengan cuaca berjerebu,  sedikit drama masa nak landing, sampai jugak kita. Seingat mama kita lepak kat KLIA dalam sejam sebelum kita naik balik kapal terbang untuk ke Penang.



Akhirnya....


Lapang dada bila  dahh sampai sini. Sesampai di sini, kamera mama pun dah mula buat hal. Hahahaha...tunjuk perasaan sebab dah dua tiga hari bekerja tak henti-henti.

Dan, seperti yang dijanjikan papa, kita mesti nak juga pekena nasi kandaq sebelum balik rumah. Dua foto  ini menggambarkan segala kepuasan kita. kikiki



Nampaknya, nasi padang kota Jakarta masih tak boleh lawan nasi kandaq line clear ni ha. Papadom tetap menjadi pujaan hatiku...



Dan bila dah sampai rumah, segala beg letak tepi dulu. Tidur dulu, esok baru mengemas segala. Sikit saja beg kita . Kan mama dah cakap kita kesana bukan untuk bershopping. Sekadar penuhi permintaan kayra nak tengok castle. :)


Berakhir jugak cerita mama untuk percutian kita kali ini. Memang ambik masa berbulan untuk disiapkan. Sungguh-sungguh mama kena curi masa untuk siapkan. Kenangan ini kita perlu  simpan kan ? Sekurang-kurangnya perlu tempat untuk dicatat. Dan mama sangat gembira bila sudah berjaya untuk habiskan. :)
Bangga pulak rasanya.


xoxoxox

No comments:

Post a Comment