Saturday, 9 August 2014

Aidilfitri 2014...... F.R.A.N.C.E... Geng 'Class Of 96 SMI' Mai Beraya...


Tahun ni ai kena paksa tau jadi tuan rumah. Menolak berkali-kali bukan sebab ai tak sudi nak ajak kawan-kawan mai rumah. Tapi sebab ai rasa ai tak mampu nak masak, nak jadi tuan rumah dan rasa segan nak terima tetamu ramai-ramai macam ni. Betul tak tipu,  Ai segan. Di samping itu jugak, ai takut rumah ai tak cukup muat untuk tempatkan ramai tetamu. Ai tak biasa.

Mula-mula, ai memang tak sanggup. Ai bagi berjuta alasan, ai menolak dan ai cakap ai tak mau. Akhirnya ai terpaksarela tau. Ai kena paksa dengan ishraf. Bencik tau...

Tapi lama-lama ai terpaksa akur, ai mula redha dan ai tekadkan hati untuk terima tetamu di rumah ai tu dan menjadi tuan rumah perjumpaan kecil ala-ala reunion ini. 

 Ai masak semua ni tau. nak masak banyak ni pun drama bukan main macam-macam pagi tu. Pagi-pagi buta kereta ai takleh start, kononnya ai nak pi la market pagi tu bateri kereta plak dah kong pagi-pagi buta. Baru 4 hari tak start dah buat perangai. Papa lah tolong beli ikan sebelum pi ofis. Nasib baik la ada sikit daging dan sayur beli sebelum raya. Pastu dok tengah sedap masak, jadi plak dah drama babak kedua, gas pulak habis. Plan B, bawak keluaq belanga letrik, masak dalam tu. Nasib baik ai cepat bertindak dan cekap berfikir. Dah dapat sepuluh markah di situ.


 Tetamu kehormat dah sampai. Ai bagi alamat rumah, depa waze dan sampai walaupun lewat sejam dari waktu yang dijanjikan. Cerita sebelum depa sampai tu, ai wassup la rap nak tanya agak-agak berapa orang la agaknya yang akan mai hari tu, katanya dalam 20 orang, dah sudah.... makanan ai sure tak cukup. Semua dah masak ni, so ai tawakal je la. Nasib baik ai dah mengaku awal-awal ai memang tak pandai nak agak masak banyak mana.  Pandai dak ai cover diri ai ?


 So sampai sekarang ai rasa terkilan, sedih dan rasa macam nak menangis sebab ai tau lauk yang ai masak tu memang tak berapa nak cukup sebenarnya. Ai cukup risau kalau-kalau tetamu ai hari tu dapat makan sikit saja dan pura-pura kenyang. ai harap depa tau yang ai jujur mengaku ai memang tak biasa menjamu-jamu ni.


 Tapi ai tau depa selesa bila tengokkan gambar ini. Dengan gaya duduk fazil yang santai, gaya apit satu kaki di bawah satu kaki di atas dan menongkat dahi, gaya ishraf mendukung anak bersama patung cicak hijau di atas bahu dan anak-anak yang bermain bertaburan di ruang tamu rumah ai.


 Hang kata hang nak makan dua kali mukrish tapi hang makan sekali ja, satu periuk nasi yang ai masak tambah tu tak terusik tau. Ishraf, ai tau lauk yang ai masak tak melepasi standard piawaian u, tapi bertambah jugak ai tengok u makan, so alhamdulillah...


 Satu-satunya rakan sekelas perempuan ai yang sudi datang. Terima kasih rap. Ai tak pandai masak rap, ai mintak maaf.


 Apit bawak monopod yang terpanjang didunia. Ai tau ai tipu tapi ai terpaksa cakap begitu sebab apit selalunya akan ada benda yang terbest di dalam dunia, ai terpaksa jaga hati apit. Ai tau apit, orang lain semua ada monopod 2 meter setengah ja, hang ada monopod 4 meter, beli tang mana ?


 Cantik gambar ni. ai suka sangat. Sedih pulak rasa, terharu....Tisu please....sob....sob...


 Biar ai terangkan fakta sebenar di sebalik gambar ini. Ai nak ambik gambar dengan rap sahaja tau, ai tak tau kenapa si mukrish ni tiba-tiba muncul, duduk dan buat gaya tidak bersalah. Dan tindakan beliau itu menghasilkan gambar seperti di atas.


 OMG....anak siapa lah itu, nampaknya sangat berpuas hati dengan hasil duit raya pada hari tersebut. 


 Senyum tak perlu kata apa-apa...


Berdebar-debar menunggu depa datang tadi tapi masa depa nak balik rasa sedih dan berat hati plak nak lepas depa balik. Sekejap sangat jumpa. Tak puas gelak sakan hari tu. 


Lepas semua dah balik, sambil kemas sambil perati Kayra. Katanya, rumah kita dah tak ada orang, ye la tadi riuh rendah dengan gelak tawa. 


So kawan-kawan, terima kasih kerana sudi datang rumah ai yang tak sepertinya ini. Kalut ai sorang-sorang, husband ai kerja tak dapat join. Minta maaf kalau ada kekurangan kat mana-mana, terkasar bahasa ke haraplah dimaafkan. 

Entry ini ai dedicated kat ai punya ex classmate 5 sains 4 Sekolah Menengah Ibrahim tahun 1996. Class of 96 yang sangat havoc.

Jemput singgah lagi bila-bila.

Friendship...Remains...And....Never....Can....End  


xoxoxo

7 comments:

  1. apa lak tak reti masak.. masing2 bertambah min 2x. aku 3x ooo... lauk pun elok2 je.. tak kurang tak berlebih2..sesuai.. anyway tima kasih byk2 sediakan semua ni... ~ raph.. please reply kat whatapps

    ReplyDelete
  2. thanks sya coz terpaksarela jd tuan rumah... serius cantik rumah hg ngan makanan hg sedap... aku bukan jenih hg nk jaga2 hati bagai... serius best... kami enjoy...😎✌ Friendship never a part...

    ReplyDelete
  3. TQ...TQ...TQ.. Semua orang best hari tu. Wife-wife pun sporting, anak-anak comel-comel. Maaf kalau ada kekurangan kat mana-mana.

    ReplyDelete
  4. syoknya.... bila nk jemput kak efa pulak

    ReplyDelete