Hari Last kita, papa masih tak sihat pagi tu. Tapi kita yang sihat ni, harus teruskan aktiviti. Mama nak bawak kayra berendam lagi pagi ni. Resort tempat kita duduk kan ada kolam. Semalam lepas balik dari pantai dapat sekejap saja. So pagi ni sebelum balik, kita berendam puas-puas.
Bila papa dah rasa lega sikit, papa ikut kita ke tepi kolam. Dapatlah jugak snap gambar kita kat tepi kolam ni.
Kesian Kayra sorang-sorang, tak ada kawan. ada budak-budak kat situ tapi tak mau berkawan sebab mereka dah sekumpulan.
Papa suruh Kayra ambilkan nescafe, laju je dia ambik. Tak ada bantahan. Memang Kayra selalu begini, mudah sangat kalau nak mintak tolong. Jarang melawan.
Tak ada kawan tak bererti tidak gembira kan ?
Rasa seronok tengok gambar kayra di dalam kolam sebab sebelum ni, dia takut sangat dengan air. Sampai mama rasa macam nak tolak-tolak je dia masuk kolam yang cetek tu dulu masa dia takutkan air.
Persis model majalah mangga. Lima tahun umur kamu sekarang, dua bulan lagi dah enam tahun. Cepatnya masa berlalu...
Dah penat berendam papa panggil naik. Sebelum tu, cuci badan dulu.
Mandi sendiri, mama nak tengok pandai ke tak...
Kita dah settlekan hal kolam pagi ni. Jom balik bilik dan siap-siap untuk balik.
ok, dah siap.
Beg katak tak lupa.
Sempat lagi sebelum van sampai papa nak urut pulak.
Sibuk je dia nak naik sama.
Van pink kita dah sampai. Orang kaunter tolong panggilkan.
Senyum dulu. So sweet Kayra, dan papa pun walaupun tak sihat lagi.
Bertiga. dah tak sweet sangat dah. dah jadi sweet and sour. Mama sangat kembang di situ.
Bila dah sampai jeti, bot kita tak sampai lagi. Kita yang sihat ni kecuali orang sakit tu rasa nak makan la pulak mama yang lapaq sebenarnya. So, kita berdua pergilah makan dulu tinggalkan papa jaga beg. Makan cepat-cepat , sedap sungguh sambal sotong kat situ. Pastu, tengah makan papa call cakap dia tak tahan sangat, nak tidur kat bahu. Cepat-cepat la kita pergi kat papa. Kesian papa.
Nasib lah baik bot kita ke Jeti Marina tak ramai orang. eh tak, bukan tak ramai orang sebab masa naik tu penuh jugak tempat duduk, maksud mama tak ramai orang menunggu untuk naik. Jadi mana datangnya orang-orang itu ya ??
Ok, dah naik bot kita bergambar dulu. Selfie je. Oh papa, muka kamu sangat tak larat ternampak di situ.
Dah sampai tanah besar, panaskan enjin kereta dan terus gerak. Eh !! Kena bayar parking dulu.
Bye Jeti Marina, Bye Semua, bye Kenangan....
xoxoxo
xoxoxo
No comments:
Post a Comment