Kita pergi Pangkor lagi. Dah lama tak pi pangkor kan ? Kali terakhir kita pi bila ye ? Last year ka last two year. Masa tu kayra takut air lagi. sekarang ni, dah tak takut dah. Mama pun tak tau bila betul-betul kayra dah hilang fobia tu, rasanya sejak pi mandi sungai masa hari raya hari tu kot.
Sebelum ke Lumut, kita singgah manjung sekejap, jumpa saudara papa. Mama pun tak tau sangat macammana hubungan saudara ni, sebab depa family sebelah arwah ayah papa. Tapi happy bila jumpa depa dan depa pun rasa berbesar hati terima kita sebagai tetamu hari tu walaupun kita pi tak disangka-sangka dan rasa macam mengganggu pulak sebab kedua-dua berpuasa sunat syawal hari tu.
Selepas singgah lebihkurang sejam kita teruskan perjalanan kita. Kali ni kita tak naik bot kat Lumut Kita naik kat Jeti Marina pulak.
ololololo cik Kayra. Ini la Jetty Complex tempat kita nak naik feri/bot nanti.
Marina kan tempat parking kapal. so banyak la kapal-kapal kat situ.
Masa dah time. tersenget-senget kamu pikul katak tu ye Kayra. bukan ada apa sangat dalam tu. ada bantal busuk ja. tak ada bantal busuk macammana nak tidoq malam ye tak ?
Tak ramai sangat kalau naik dari jeti marina ni. Lain kalau naik kat Lumut, memang ramai gila.
Ok, boat dah sampai. Marah dia mama suruh bergambar dulu.
Selfie dalam boat.
Dah sampai pulau. Bergambar lagi. apa lah mama ni, orang dah tak sabar dah tau...
Bila sampai kita cari tempat makan dulu. Lapar dah tau, lepas tu kita cuci-cuci mata sekejap tengok stall-stall kat situ. Kayra nak mainan untuk main pasir, so papa cakap nanti dulu. Lepas check in kita keluar cari.
Van yang akan bawak kita ke chalet kita.
Mama and kayra.
Yey dah sampai Pangkot Bayview Beach Resort.
Ok. Check in. Rehat-rehat sekejap. Mandi. Tukar baju. Terus keluar. Macam biasa kat sini kita akan sewa motor. Sebab kita bertiga masih boleh naik motor semua sekali. Kalau nak selesa sikit, kita sewa skuter. Boleh la Kayra berdiri kat depan.
xoxoxo
Ok. Check in. Rehat-rehat sekejap. Mandi. Tukar baju. Terus keluar. Macam biasa kat sini kita akan sewa motor. Sebab kita bertiga masih boleh naik motor semua sekali. Kalau nak selesa sikit, kita sewa skuter. Boleh la Kayra berdiri kat depan.
xoxoxo
No comments:
Post a Comment