Amaran : Entry ini mengandungi banyak gambar, jangan sampai termuntah...
Lantak le, papa kata semua nak tulis, semua nak letak gambar. Eh ! Kita nak bagi detail la papa, senang nanti Kayra nak baca dan nak ingat apa yang jadi. Kan kayra kan. Mama buat semua ni untuk kayra dan anak-anak mama, kalau mama ada anak lain le...
ok, lepas check in papa ambik motor sewa. mula-mula nak ambik motor tapi macam tak best, kalau ada raga kat depan. Mula-mula papa kata kita ambik ja la motor, tapi kesian la kayra pulak kan. kalau motor dia kena duduk anatara mama dan papa. Kalau naik skuter, boleh duduk depan, skuter kan tak ada raga kat depan. Lama jugak kita dok pilih-pilih, last-last dapat jugak skuter yang orang baru hantar rasanya.
Tempat pertama yang kita pi adalah ke arah Teluk Dalam, nampak lapangan terbang, singgah la sekejap bergambar. Airport ni kecik ja, untuk landing pesawat kecik.
Nasib baik family kita tak ramai dan kayra pun kecik lagi. Dapatla kita merambu dengan sebiji skuter, kalau ramai dan Kayra dah besar sikit tak dapatlah agaknya kita naik satu motor lagi.
Di hujung tanjung merenung cantiknya air.
Cantik sangat sampaikan tak boleh nak stop snap gambar walaupun panas membahang ketika ini.
Sengih sungguh mama aih...
Kat tempat lain, guna monopod pulak....
Bestnya main pasir.
Kayra ajak mandi tapi no...cannot sebab sat lagi kita mandi kat tempat lain.
Kat situ ada sampan lama, dah dilitupi pasir pun. Dah jadi tempat duduk la sekarang. :)
Sambung naik motor, bergambar kat tempat lain plak. Yang ni dekat belakang Pangkor Rimba Camp.
Dekat pintu masuk kuil. Bergambar lah pulak dengan patung mouse ni...
Menuju ke arah bertentangan ke arah pekan. Sebab kayra nak mainan untuk main pasir. Nampak tempat menarik, berhenti bergambar.
Dah dapat mainan, menuju ke arah kota Belanda, terus lagi, sampai tempat best, berenti lagi...
Gambar ke arah laut cantik sangat kan ? Tapi bila arah bertentangan, ambik kau...hahahaha...kuari....
Pergunakan sepenuhnya monopod, dapatlah kita bergambar berdua pa....
Kota Belanda
Bertiga di Kota Belanda
Bergantungan ikan buntal di gerai-gerai kat situ, tak kira, nak ambik jugak gambar.
Dah sampai lah kita ke acara paling disukai Kayra sejak-sejak dia tak takut air ni. Nampak dia sangat enjoy. Tengok tu tu dia kata dia nak 'take care' papa, nak mandikan papa.
Yang dia nak , papa dah beli, so dia sangat enjoy dengan barang-barang tu.
Ramai kat pantai petang tu. kami pilih untuk mandi kat belakang pangkor Rimba Camp sebab jauh sikit daripada jalan. Rasa tersorok la sikit.
Banyak jugak tourist.
Papa sewa kayak jugak tapi nampak macam boring ja sorang-sorang. Mama ni kalau ada orang tolong tengokkan Kayra, nak la jugak berkayak dengan papa. dah lama tak berkayak ni...
Tapi walau apapun, tengok Kayra sangat happy bermain, sangat puas rasa hati mama. Walaupun dia sorang-sorang saja...
Ok, ini gambar terakhir mama dengan kamera kompak mama sebelum mama simpan kamera dan join Kayra main pasir. Seronoknya kita petang tu kayra....
dah habis kayak, tak leh jadi, jelous tengok kami main pasir, papa pun datang join.
Gambar ni dah ada mama letak masa teaser. Nak jugak letak sekali lagi mama ni pun....
Ololololo Kayra dengan papa tu...
Baju jatuh pun tak sedar. Syok la kita main-main kamera petang tu.
Dia lukis sendiri....
Agak petang sikit, kita balik chalet. Dah basuh badan kat paip, tak masuk bilik lagi, kita sambung pulak kat kolam . Berendam lebih kurang satu jam. Anakku gembira tak terkata.....
xoxoxo
dah habis kayak, tak leh jadi, jelous tengok kami main pasir, papa pun datang join.
Gambar ni dah ada mama letak masa teaser. Nak jugak letak sekali lagi mama ni pun....
Ololololo Kayra dengan papa tu...
Baju jatuh pun tak sedar. Syok la kita main-main kamera petang tu.
Dia lukis sendiri....
Agak petang sikit, kita balik chalet. Dah basuh badan kat paip, tak masuk bilik lagi, kita sambung pulak kat kolam . Berendam lebih kurang satu jam. Anakku gembira tak terkata.....
xoxoxo
No comments:
Post a Comment