Friday 8 August 2014

Aidilfitri 2014....Tentang Kasih Yang Tak Terbeli....



Rindu menggamit kerana disini kasih tertumpah

Tahun ni turn raya kat Kedah. Kat mana-mana pun sama saja. Kita tetap happy bila sentiasa bertiga. Tapi bila bersama wan dan tok lagi happy. Tak bermakna kita lupakan tok honey dan tok yang kat Taiping. Raya kedua kita balik Taiping pulak. 

Gambar kita berdua lepas bersiap sementara tunggu papa balik daripada bersembahyang sunat aidilfitri. 


Kita bertiga dengan tona warna purple Aidilfitri tahun ni. Kain baju melayu papa beli kat Kamdar,  kayra punya beli kat nagoya, mama punya beli kat Jakarta. Yey, mama punya paling jauh...


Tahun ni raya pertama family ummi pun ada dengan kita. So salam raya abah pagi tu...

Turn ummi pulak...



Mama tak kira, mama nak jugak gambar macam ni oleh wan dan tok. Kikikiki...



Mintak ampun mintak maaf juga kat papa.


Nampak macam over pulak salam mintak ampun Kayra ni. 



Salam wan pulak sayang...


Salam tok pulak..


Mintak ampun mintak maaf ye ayah...


Salam duit raya dari Abang Eifadz.


Salam duit raya jugak dari abang asyraffi..


Omei-omei Ammar. Kedekut maksu, nak pinjam ammar sekejap bawak balik pun tak bagi.


Ammar pun pakai purple jugak. sayangnya tahun pertama abah ammar tak dapat sambut sama-sama ye Ammar. Petang ni baru paksu balik. Ummi pun tak siap-siap betul-betul lagi. Asyik buat kerja je ummi kita.


Kakak Fasihah dan mama


Kakak Mursyida dan mama.


Keluar balik ke depan bergambar dengan tripod


So, this is our family potrait this Eid. 


Tengahhari sikit family pak tih ki mai rumah kita.


Gambar hari raya adik kakak untuk hari raya kali ni. Wan dah tukar uniform.


So, inilah gambar-gambar yang mama ambik secara rawak daripada berkeping-keping gambar dari pagi ke tengahhari. Dalam pukul 1 tengahhari kita keluar beraya. nanti mama letak kat lain entry ok. :)


Mood raya lagi ni...

SELAMAT HARI RAYA


XOXOXOXO

No comments:

Post a Comment