Thursday 22 November 2012

Konsert Graduan Q Preschool 2012



4 November 2012 adalah hari yang mamaPapa nantikan dan sudah tentunya Kayra. Hari tu adalah hari konsert Kayra untuk tahun ni. Masa sembang dengan teacher Pratibha hari tu katanya dia buat preparation untuk konsert ni agak lama jugak dan kayra dengan kawan-kawan dah mula start berlatih sejak jun lagi. Hmmm....lama jugak kan?  Bukan senang nak ajar kanak-kanak aktif ni, kena pandai tackle.
Mama ambik masa jugak untuk buat entry ni pun bukan apa, mama ingat mama nak la tunggu gambar-gambar daripada Graduan Q sebab depa ada upah profesional photographer untuk ambil gambar tahun ni tapi lambat sangat la. Gambar yang papa ambik tahun ni pun banyak yang tak berapa menjadi so mama ambik je la mana yang sempat. Lagiupun banyak sangat. tak tau mana nak pilih.

 Pagi hari tu  teacher Pratibha mintak mama hantar Kayra sekali lagi ke dewan tempat berlansungnya majlis tu. Kayra dan kawan-kawan perlukan rehearsal terakhir sebab kata teacher Kayra dan kawan-kawan masih keliru dengan cara naik turun pentas. Jadi untuk elak kekeliruan, Kayra kenalah buat rehearsal sekali lagi.
Nampak tak tu ?  Boot baru kayra, baru petang hari sebelum tu papaMama pi beli sebab Kayra tak ada kasut yang sesuai untuk pakai dengan baju masa acara fashion show.  :)


 Terkejut masa dah selesai rehearsal pagi tu ternampak Tok Yang, Tok Honey dan Aaron datang sama dengan mamaPapa untuk jemput Kayra balik ke rumah.


 Konsert Kayra akan berlansung jam 3.45ptg. Teacher Pratibha mintak mama make_upkan Kayra dan pakaikan terus  baju yang akan dipakai masa acara pembukaan. Kita keluar rumah jam 3.20ptg sebab Dewan ILP tempat berlansungnya acara tu dekat saja dengan rumah kita.


 Apa-apapun bila sampai terus saja bergambar ok.


 Gaun ni labuh sebenarnya. Mama pendekkan sikit tapi mama tak la potong kain tu, mama lipat sikit dan jahit jelujur kasar-kasar dan iron bagi nampak kemas. kalau tidak nanti, tersembam pulak Kayra jatuh terpijak kain atas pentas manalah tahu. Cuma tangan baju kat luar tu je mama tak tau macammana nak buat sebab panjang sangat, mama tak boleh jahit sebab kain net tu nipis takut terkoyak, last-last mama cuma pinkan saja bagi pendek sikit kat bahu tu.


 Teacher Chang yang datang sambut Kayra petang tu. Cantik pulak mama tengok teacher kayra ni berbaju kebaya tapi nampak susah jugak tengok dia bergerak sana-sini petang tu.


Tok honey, Tok Yang dan Aaron duduk sebaris didepan mamaPapa. Sangat baik Aaron hari tu, tak adalah dia meragam sepanjang majlis berlansung. Dalam bising-bising pun dia boleh tidur tapi dengan syarat mesti atas riba Tok yang.

 Acara pembukaan pun bermula. Semua pelajar tadika Graduan Q naik ke pentas dan menyanyi dengan iringan muzik lagu i love the flower ( Boondiya song) dengan chicken dance.


 Tapi Kayra sangat pemalu di atas pentas.  Kat depan Kayra tu, boy baju biru tu Khor William, jiran depan rumah kita tau. Selalu panggil-panggil Kayra kalau nampak Kayra kat porch depan tapi Kayra buat tak tau saja macam tak kenal. Apa la Kayra ni.


 Lepas habis satu acara, Kayra dan kawan-kawan akan duduk kat atas pentas tu sekejap dan para ibu bapa dibenarkan datang depan dan ambik gambar depa sementara cikgu dan petugas akan buat persiapan untuk acara lain pulak.


 Tema acara hari tu adalah 'around the world'. Acara kedua dari USA rasanya, mama pun tak ingat. Tapi mama ingat la tarian ni ala pom pom girl. :)


 Mc yang boleh tahan cemerlangnya hari tu. Suka bertanya, 'anda tahu tak lepas ni persembahan dari negara mana?'  Bagusnya mc ni adalah dia buatkan suasana jadi tak boring ye lah sebab kadang-kadang ada la dua tiga perkara yang jadi gangguan semasa acara berlansung. Muzik tak keluarla, slide show sangkut la, screen tak turun la, macam-macam...


 Lepas tu, ini lah yang mamaPapa tunggu-tunggu. Persembahan dari negara China. Petang tu kayra jadi Amoi sekejap.


 Sia sia minoto pei la ti pei la to, nga peng nya... masa mula-mula kayra dok nyanyi kat rumah mama heran jugak apa la Kayra ni dok sebut..... dau tiga hari lepas sebelum konsert ni baru mama tau kayra dok nyanyi lagu cina.  baru lah mama macam....oooo...lagu cina rupanya ingatkan apa. Maklumla Kayra nyanyi tanpa muzik macam baca sajak pun ada...


 Comel, comel...suka mama tengok....


 Ok, selesai acara ni ibubapa yang terlibat dengan lagu cina ni turun la untuk ambik gambar. Papa tak turun, mama kau yang gigih ni turun ambik gambar. Ini gambar dari kamera papa.


 Ha, ini dari kamera mama. Berkilau-kilau mama tengok anak mama ni.


 Ini persembahan dari negara Arab. Buat tarian gelek.


 Ini ballet dance. Sangat comel. Kata teacher Pratibha mula-mula dia nak Kayra join tarian ni tapi Kayra taknak. ok, Kayra mana makan saman. kalau dia tak mau takmau la dia. Tahun depan boleh try lagi.


 Ini tarian melayu.


 Ini tarian dari negara India. Tarian ni ulang dua kali sebab ada kesilapan teknik sikit. Ada dua tiga lagi persembahan tapi mama tak letak semua gambar sebab banyak sangat


 Yang ni pu Kayra terlibat. Fashion show. Kayra jadi cow girl. Betapa pemalunya dia, kan kalau fashion show mesti naik pentas sorang-sorang dan jalan pastu pusing-pusing. Tak nak dia, naik pentas lepas tu gigit jari lepas tu tengok teacher Pratibha. Last-last teacher Pratibha yang pimpin dia bejalan atas pentas.


 Tengok tu, berdiri pun kat belakang orang. Terlindung muka.


 Hmmm...boot tu nampak dah bergaya sangat dah. Ada satu hari tu mama nak ambik Kayra dari kindy, teacher Pratibha mintak mama pujuk Kayra sebab dia takmau pakai baju ni. Kalau boleh Teacher nak la Kayra masuk at least dua acara. Menangis-nangis dia tak mau tapi lepas mama dan teacher puji menggunung siap janji nak beli aiskrim moo (wall's) baru dia nak. Kalau tak sambil mengis dok sebut  'i don't want , i don't want'


Slide show, papa sempat snap gambar Kayra.


Last sekali gambar Kayra ambil hadiah. Kira ok lah Kayra dapat nombor dua dalam kelas. Dua kali Kayra naik pentas ambik hadiah, kali keduanya Kayra dapat terbaiok English dalam kelas. Bangga sekejap mamaPapa.   :)


Dan gambar-gambar bawah ni pulak mama ambik kat FB Teacher Pratibha. Gambar random hari tu.




Lepas majlis Tok Honey dan Tok Yang terus gerak balik Taiping. Kita ? Kitra balik rumah sekejap lepas turus gerak ke Jusco pulak. Hehehe...idea papa, bukan idea mama.

Majlis habis lewat hari tu sampai dah nak masuk maghrib. Sebab tadi tu start lambat sebab nak tunggu semua sampai dulu baru acara nak mula. Lepas tu nak siapkan semua dan anak-anak ni naik ke pentas bukan senang. Harap tahun depan boleh siap cepat sebab sensitiviti kaum kena jaga jugak kan.... wink !!!

Tapi semua orang happy hari tu, Sangat happy. 

'kanak-kanak, apalah yang dia tahu tentang kehidupan...'

3 comments:

chinta safia said...

Comei la kyra, dah mcm amoi betui untie tgk..

ida said...

Hehehe...bagaimana pula dengan mak dia ?

Siti Hajar said...

betul betul sekali tengok macam amoi.. ikut sapa kah muka amoi tu? adakah maknya hehe

Post a Comment